Safiyya dah boleh meniarap, alhamdulillah ^_^
Alhamdulillah..pada tanggal 24 Disember 2011, jam 9 malam (lebih kurang) genap umur Hannah Safiyya 6 bulan setengah, berjaya dier untuk tiarapkan badan dier yang bam-bam comel tue,hehe..Sekali lagi aku bersyukur sebab proses untuk dia terapkan badan dier tue aku dapat tengok sendiri live depan mata waktu nak layan MasterChef,hehe..Gumbira sangat..Walaupon agak lambat berbanding baby yang berusia sama dengan Safiyya, tapi aku bersyukur..Tak bimbang dah,hehe.. Tak sangka plak..Baru last week aku post pasal kebimbangan aku niekan..Akhirnya, Allah S.W.T makbulkan permintaan aku (^_^) Lepas tengok safiyya berjaya meniarap, terus terasa lapar..Sedangkan sebelum tue, aku rasa badan aku sangat lemau+tak bermaya..Rasa MALAS jer nak wat aper2..Kain tak berlipat, rumah tak berkemas..Aku siap cakap kat husband naperlah aku MALAS giler arini..Nak masak pon takder mood..Nak bersembang lagilah..Rupenyer ALLAH S.W.T nak beri aku peluang untuk lihat sendiri macam maner Safiyya berusaha...