Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 3rd pregnancy

2017, menghitung hari untuk baby ketiga :)

Assalamualaikum. Hai hai hai semua. Harini dah 18 Januari 2017, bermakna kandungan aku dah masuk 37w4d. Baby masih belum menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Aku berdoa sentiasa supaya aku dapat bersalin 22 Jan ini, hehe. Takde sebab apa pun, saje supaya tak kelam kabut bersalin time CNY + anak-anak daapt diuruskan dengan baik sebelum cuti. Ahad lepas pun dah pergi jumpa Acik untuk tumpangkan anak-anak aku time aku sakit nak beranak nanti. Kat situ dah lega sikitlah, cuma aku berharap aku sakit nak bersalin tu kalau boleh biarlah time hari siang bukan tengah malam time orang sedang lena diulit mimpi, hehe. Kesian Acik kena kacau tidur dia tengah-tengah malam nanti, huahuahua... Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku baik-baik sahaja sekarang ni. Beg persiapan ke hospital pun dah siap, tunggu masa je. Aku tak letakkan beg dalam kereta pon, aku tinggal kat rumah je. Sebab kami tak de kemana pun. Sekadar pusing-pusing Putrajaya dan kawasan berdekatan je. Pregnancy kali ni, aku tak s...