2017, menghitung hari untuk baby ketiga :)

Assalamualaikum.

Hai hai hai semua. Harini dah 18 Januari 2017, bermakna kandungan aku dah masuk 37w4d. Baby masih belum menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Aku berdoa sentiasa supaya aku dapat bersalin 22 Jan ini, hehe. Takde sebab apa pun, saje supaya tak kelam kabut bersalin time CNY + anak-anak daapt diuruskan dengan baik sebelum cuti. Ahad lepas pun dah pergi jumpa Acik untuk tumpangkan anak-anak aku time aku sakit nak beranak nanti. Kat situ dah lega sikitlah, cuma aku berharap aku sakit nak bersalin tu kalau boleh biarlah time hari siang bukan tengah malam time orang sedang lena diulit mimpi, hehe. Kesian Acik kena kacau tidur dia tengah-tengah malam nanti, huahuahua...

Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku baik-baik sahaja sekarang ni. Beg persiapan ke hospital pun dah siap, tunggu masa je. Aku tak letakkan beg dalam kereta pon, aku tinggal kat rumah je. Sebab kami tak de kemana pun. Sekadar pusing-pusing Putrajaya dan kawasan berdekatan je. Pregnancy kali ni, aku tak sibuk mencari nama anak pun. Memang sampai sekarang aku tak cari nama baby. Nak tau sebab apa? Hahaha..Sebab husbandku dah siap-siap ada nama pilihan dia sendiri, Baik untuk anak perempuan atau anak lelaki. Aku dah dengar dan bagi aku ok, sedap je...Cumanya, nama anak lelaki tu sama sangat dengan anak junior aku kat sekolah rendah dulu. Nak buat camno, kalau dah amik nama dari sejarah-sejarah Islam ni memang tak boleh larilah kan. Aku tak tanya lagi kot dia ada pilihan lain. Nantilah tanya balik bila dah bersalin sebab jantina pon masih tak yakin. Walaupon doc dah cakap insyaAllah BOBOY, tapi kuasa Allah S.W.T takde siapa tahukan. 

Walaupun macam tu, bila dapat tau je jantina anak boboy, semangat lain maciam sikit bila nampak kain baju boy, haha..Cadangnya dah taknak membeli. Tapi, paham-paham jelah perempuan ni. Bila pegi shoppim complex, dan duit ada sikit kat tangan, terus menggeletis nak membeli, hahahaha...Tapi, yg aku beli, baju yg besar-besarlah. Bukan pakai sekarang, pakai masa dah 6 bulan ke atas gitewwww...

Harapnya, dipermudahkan proses bersalin aku kali ni. Jangan sakit lama-lama, dan dapat bersalin normal macam sebelum-sebelum ni..InsyaAllah :)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017