Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puasa

Ikan siakap stim limau, murah je kosnya!

Imej
Assalamualaikum   Bertemu lagi kita dalam slot mari memasak bersama mama safiyya ye :)   Berbuka semalam aku masak ikan siakap stim limau je. Dah lama tak masak ikan siakap ni. Last masak bila entah, tak ingat aku sebab masa mengandungkan safiyya, aku cukup tak suka ikan ni. Berlanjutanlah sampai umur safiyya berapa aku pon lupa baru aku boleh terima balik ikan ni :)   Teringat haritu masa aku makan kat Mali Corner kat Dengkil aritu, kitorang order ikan siakap stim limau, sotong celup tepung, sayur kangkung kot, telur bistik dengan ayam masak merah ke apa tak ingat, nasi 2 orang makan, dengan air buah  2 orang minum kena caj dekat RM65. Mak aih, gila mahal diorang caj ikan siakap ni.   Memang mengaut untung sungguh diorang ni. Tak berbaloi sangat aku rasa. Menyesal pulak aku rasa, tapi dah makankan, mestilah kena bayar walaupon dalam hati rasa tak puas hati.   Aku beli ikan siakap ni kat Mydin aritu baru RM 5.99 seekor. M...

Almond london setiap tahun!

Imej
Assalamualaikum   Aku tak tau kenapa, tahun ni memang mood memasak aku masa bulan puasa membuak-buak. Kalau setakat masak lauk pauk tu, takdelah aku heran sangatkan. Ni mood rajin nak cuba buat kuih muih boleh pulak meresap dalam jiwa aku tahun ni. Aku perasan, bila hujung minggu je, mesti dari pagi aku dah terfikir-fikir nak buat kuih apa ye masa berbuka nanti. Kalau hari kerja, memang tak sempatlah nak berkuih bagai. Tapi, selera aku tetap teringin nak berbuka dengan kuih lepas makan kurma. Tak taulah kot-kot pembawakan time mengandung nie pulakkan, sebab tahun-tahun sebelum ni, tidaklah aku kesah ada menu kuih ke tidak masa berbuka. Tahun ni lain macam pulak peelnya.   Macam arini je, aku dah siap beli frozen crab stick dari akak kat putrajaya tu. Aku mintak dia hantarkan kat ofis en.aril tadi dan dah selamat sampai pon kat tangan en.aril. Balik ni bolehlah goreng  untuk berbuka karang.   Kalau korang nak tau, favour...

Juadah berbuka lagi (^_^)

Imej
  Assalamualaikum   Hari Jumaat haritu tekak aku teringin sangat nak makan roti john + kuih tepung pelita dengan air soya. Aku suka roti john kat foodcourt Presint 9 sana tu. Kena sangat dengan tekak. Tapi, kalau pergi ke sana, belum tentu kuih tepung pelita dengan air soya panas ada jualkan? Tekak ni mengadalah pulak, tak nak soya yang dalam kotak tu, nak soya yang orang jual kat bazar  pulak (macam entah apa-apa jekan).   On the way nak sampai rumah, call en.aril ajak pergi P.9 nak beli roti john tu. Tapi bila sampai rumah, tukar plan pulak. Aku ajak en.aril pergi bazar kat desa pinggiran je. Dekat dengan rumah + tentu-tentu kuih tepung pelita dengan soya panas ada jualkan. Roti john tu lain kali beli pon takpe :) Sekali memang rezekilah, pergi bazar sana, kemain ramai yang jual roti john tu. Cuma sedap dengan tak sedap jelahkan. Dah tekak teringin sangat nak makan, tibai jelah beli yang mana-mana pon.   Daripa...

1st time makan buffet ramadhan di Bangi Golf Resort, kesiankan?

Imej
Assalamualaikum   Maaflah update menu berbuka pagi-pagi cenggini. Ini pon sebab mood rajin tengah ada. Kalau tak rajin, tu yang jadi macam semalam tu. Membisu je aku. Padan muka, sebab malas sangat semalam, dah gambar lauk udang masam manis+telur dadar aku terdelete dalam fon. Jadinya tak boleh nak tunjuk gambar yang itu. Ampun ye. 3 menu tu aku masak hari selasa lepas. Bayangkan aku dengan en.aril masak 3 menu tu dalam masa setengah jam je, hebait tak??   Citernya bermula bila aku sibuk nak menghantar cookies kat customerlah masa balik rumah petang tu. Aku ajak en.aril teman sekali. Aku bajet sebelum 6.30 aku akan sampai kat rumah balik, sekali hamek ko! Pukul 7 malam baru sampai. Nasib aku dah keluarkan udang siap-siap. Laju-laju masak nasi, terus potong segala jenis bawang, bahan tumisan dan kobis.   Memang sangat pantas dan cekap kitorang laki bini buat kerja. Aku sediakan bahan, en.aril tolong masakkan. Baguskan?? Macam nilah kerjasama yang kit...

Menu-menu berbuka puasa mama safiyya

Imej
Assalamualaikum   Harini baru berkesempatan nak update. Semalam agak sibuk sikit dengan perkara baru :) Perkara apa, nanti-nantilah kita citer. Up satu-satu entry dulu yeh. Yang ini pon aku dok qada' je pasal menu berbuka. Bukanlah kata nak show off pasal kehandalan skill aku memasak. Nonono!!! Tak terlintas pon di hati ni tau. Cuma rasa seronok dapat share citer menu-menu berbuka time puasa ni. Blog korang-korang yang dok citer pasal makanan-makanan ni pon memang aku akan terjah awal-awal. Seronok tengok kemeriahan atas meja makan, sambil-sambil tu boleh dapat idea nak masak apa untuk berbuka kejap lagi :)   Hari Jumaat haritu kitorang tak berbuka dengan nasi. Jemulah pulak hari-hari mengadap menda yang sama. Kebetulan kari semalam (khamis) ada lebih lagi, en.aril terus dapat idea nak buat roti canai sendiri.     ROTI CANAI + KARI IKAN   Percubaan untuk pertama kali memang tak mengecewakan, Alhamdulillah. Berebut-rebut laki bini m...

Kari ikan nyok-nyok in da house!!!

Imej
Assalamualaikum   Arini berbuka apa korang? Cadangnya arini aku nak buat mee goreng basah je. Tak taulah kalau balik rumah karnag bertukar pulak menunya :)   Harini genap 37 minggu kandunganku. Masih belum ada tanda-tanda baby nak keluar pon! Sedangkan aku ni tiap hari berdoa cepatlah baby keluar, cepatlah baby keluar. Sungguh tak sabar nak jumpa (walaupon lepas tu tak cukup tidur sebab berjaga malam dengan baby, hikhikhik)!!       Nie lauk semalam. Aku buat kari ikan nyok-nyok/lemuduk (kenal tak korang??). Sangat sedap u ollssssss bila dah semalaman lauk ni dimasak. Lauk nie sebenarnya special request dari en.aril. Dia dok makan kepala ikan sampai licin tau!   Gandingan hebat kari ikan nyok-nyok mestilah kobis goreng beserta bebola ayam. Safiyya suka u olsss. Siap bertambah nasi anak dara aku :) Dah ada sayur kobis, kenalah ada sambal belacan. Wajib ni tau kalau dah masak kari. Kalau takde memang tak feel bila makan. Licin ...

Tragedi Ramadhan pertamaku!

Imej
Assalamualaikum   Haa, amacam puasa pertama korang semalam? Semuanya berjalan lancar ke tidak??? Buat aku dan baby, alhamdulillah kitorang berjaya survive berpuasa satu hari dengan jayanya walaupon aku tak bersahur pon semalam, hikhikhik. Bukan aku sengaja tak bangun sahur tau korang. Aku dah siap-siap masak nasi dengan perap ayam dah malam sebelumnya untuk buat sahur pagi esoknya. Tapi, kita hanya mampu merancangkan, Allah jua yang menentukan. Boleh pulak aku dengan en.aril tak dengar langsung bunyi alarm henset yang kitorang letak kat kepala katil. MasyaAllah, tidur mati sungguh!!   Aku banyak kali terjaga malam tu sebab asyik nak buang air je kerjanya, jadi faham-faham jelah, bila dah banyak kali terjaga, kepala ada sedikit ting tonglahkan??? Adalah aku tersedar pukul berapa entah, aku rasa mcam dah lama sangat je aku tido, nak tengok henset macam malas sebab badan ni dok menyucuk-nyucuk. Jadi aku golek-golek jelah dulu. Dalam pada bergolek tulah, aku ter...

Menu-menu sepanjang tak update :)

Imej
Assalamualaikum Orang lain update bab makan, aku sibok nak update jugak..Beselah, tak nak kalah..Walaupon bukan semua aku masak,kakakaka... Hari Rabu a.k.a ramadhan ke 5, aku berbuka kat rumah mak sedara..Kebetulan nak anta tudung kat sepupu, langsung jelah berbuka kat cana..Tapi, sebab aritu last day kupon Buy 1 Free 1 Foldover Mc D, nak jugak torai sekali..Mintak lakiku singgak alamanda tapau untuk sahur.. Sampai rumah, ingat nak simpan, tapi, lakiku kata lapar..Dah dia makan, aku pon join sekali..tapi, tak abis pon..Aku forward untuk sahur esoknya..Sedap rupanya menda alah nie..Patutlah orang dok makan sokmo!! Menda sedap, makan sedap, lemak pon sedap menempel kat badan..Pengsan!! Esoknya pulak, aku tapau lauk kat ofis je..Mentua ofismate ada bukak meja jual lauk pauk untuk berbuka..Officer aku cakap sup diorang sedap..Mehlah kita cuba....Bila dah bayar, nampak pulak rebung masak lemak cili api..Memang feveret!! Lagipon dah lama dah tak makan..Pantang po...

Menu berbuka hari ke4

Imej
Macam yang aku gebang semalam, lauk berbuka aku memang ikan patin tempoyak yang dah dimasak sehari sebelum tue..memang umph gila!! Pekat, likat dan memang memikat kalbu!! Sayangnya gulai tue tak berapa pedas..Itu je kurengggg..Takpelah...nanti makan pedas2 sangat takut sakit perut pulakkan... Pegedil tue sepupu aku bagi semalam..Opah ngan mak sedara aku datang rumah dia..Aku pun singgah kejap je lepas amik safiyya kat rumah Ibu..Dapatlah bekalan cikit ke rumah,hehe..Sayur pon abiskan sayur ari Isnin je... Arini cadangnya nak beli Mc D Foldover jelah!! Kupon yang Buy 1 Free 1 tuekan arini last untuk redeem...Jomlah kita beramai-ramai penuhkan kaunter Drive Thru Mc D petang karang eh :)

Menu Berbuka Semalam

Imej
Assalamulaikum...Selamat Berpuasa ye korang..Maaflah, dah masuk hari ke4 puasa baru nak ucap selamat berpuasa bagai..Maklumlah, akukan bizi sekarang..Bizi dengan bisnes cookies..Padahal jadi agen je pon! Tahap kebizian kalah mak aji,nampak sangat menipu,hehehe.. Last week akukan balik kampung, sambut puasa dengan family..Seronok sangat, walaupon dapat sehari je berbuka dengan family..Along aku pon ada balik, meriahlah rumah mak kejap..Aritu aku yang jadik chef..Tak taulah sedap ke tak kat tekak diorang..Tengok lauk banyak je diorang makan..Sedaplah kot! Sorylah, takder gambar..Bizi sangat aritu kat rumah mak..Ari pertama puasa aku masak sambal sotong+petai, kangkung belacan dengan cendawan celup tepung..Mak aku pulak bakar ikan talapia dengan air asam.. Memang maveleslah sangatlah aritu.. Hari kedua pulak, aku berbuka kat rumah pak mentua..Abah masak ayam masak merah style nasi minyak dengan kurma daging..Siap ditapaunya ayam masak merah +nasi putih untuk kitorang bersah...