Tragedi Ramadhan pertamaku!
Assalamualaikum
Haa, amacam puasa pertama korang semalam? Semuanya berjalan lancar ke tidak??? Buat aku dan baby, alhamdulillah kitorang berjaya survive berpuasa satu hari dengan jayanya walaupon aku tak bersahur pon semalam, hikhikhik. Bukan aku sengaja tak bangun sahur tau korang. Aku dah siap-siap masak nasi dengan perap ayam dah malam sebelumnya untuk buat sahur pagi esoknya. Tapi, kita hanya mampu merancangkan, Allah jua yang menentukan. Boleh pulak aku dengan en.aril tak dengar langsung bunyi alarm henset yang kitorang letak kat kepala katil. MasyaAllah, tidur mati sungguh!!
Aku banyak kali terjaga malam tu sebab asyik nak buang air je kerjanya, jadi faham-faham jelah, bila dah banyak kali terjaga, kepala ada sedikit ting tonglahkan??? Adalah aku tersedar pukul berapa entah, aku rasa mcam dah lama sangat je aku tido, nak tengok henset macam malas sebab badan ni dok menyucuk-nyucuk. Jadi aku golek-golek jelah dulu. Dalam pada bergolek tulah, aku terkejut bunyi azan subuh kat henset. Bukan je aku terkejut, en.aril pon sama naik terkejutnya. Hah!! Amik kau. Padan muka, siapa suruh ikutkan sangat rasa sakit badan tukannnn. Tak memasal semalam dua-dua laki bini tak bersahur.
Bila dah terkejut, apa pon tak boleh nak buat dah masa tu. En.Aril terus pesan kat aku kalau tak larat puasa tak payah puasa arini. Tapi, bagi aku pulak sayang sangat-sangat kalau aku tak puasa semata sebab tak bersahurkan. Lagipon hari pertama puasa kot! Tak bestlah kalau tak puasa (lainlah kalau ada sebab yang memang tak boleh dielakkan).
Aku cakap dengan baby baik-baik, supaya dia bagi kerjasama kat aku untuk berpuasa seharian. Memang kalau ikutkan kesian kat dia, tapi aku rasa selagi tak memudaratkan aku dan baby, aku akan bertahan. Alhamdulillah, memang betul. Bila kita niat bersungguh, sambil berpesan pada anak yang kita kandung untuk faham keadaan kita, semuanya akan dipermudahkan Allah S.W.T. Tenkiu baby, mama sayangggg baby sangat-sangat. Cepat keluar eh (tetiba!!!)!!
Semalam menu berbuka memang masak sendiri je kat rumah. Tak rasa nak makan lauk beli pon! Takut dapat yang basi/tak sedap/tak menepati piawaian anak tekak dan lain-lainlah. Aku sempat singgah kedai runcit kat Desa Pinggiran semata-mata nak cari sotong kembang. Masa aku cari kat pasar malam hari selasa tu, satu kedai pon takde jual. Sedih betul mak yong masa tu. Nasiblah semalam jumpa jugak idaman kalbu ni. InsyaAllah, tak melelehlah air liur anak aku nanti (^_^)
Sedapnya sambal sotong idaman kalbuku!! En.aril siap cakap, kalau ada nasi lemak ni lagi layankannn...Aku pulak jawab, alah bang, takde nasi lemak, nasi putih pon bolehkannnn?????? Sengih je dia, hahahaha.
Dah ada sambal sotong, ayam panggang pon ada jugak (ayam yang kononnya nak makan masa bersahur pagi semalam)!!! Percubaan pertama menggunakan Pemanggang Ajaib HIG u olls!! Bersemangat aku kirim kat akak ofis masa dia pergi kursus kat Langkawi hujung bulan Jun aritu. Asyik tengok orang up kelebihan-kelebihan pemanggang ni je, hati perempuan mana yang tak keruankan?? Nak-nak perempuan yang suka makanan macam aku. Haruslah menjuling bijik mata bila baca cerita diorang-diorang yang dah beli pemanggang ni. Kebetulan pulak kat rumah aku memang takde oven, jadi bagai pucuk dicita ulam mendatanglah pulak. Lagipon harganya murah, RM55 hengget je. Bolehlahkan???!!
Serius, yang ini memang sedap!! Terbaekkkk sangat!! Juicy abis ayamnya. Bab perap memerap ni memang serah kat en.aril je sebab sokmo menjadi je hasil air tangannya. Kadang tu, hasil perapan aku pon tak boleh lawan hasil perapan dia tau. Memang ada bakat chef sungguh lakiku ni!! Kalau korang nak tau, aku rasa ayam panggang en.aril ni lagi sedap dari pasar malam/bazar ramadhan kot. Bukan nak puji laki sendiri tak tentu pasal, tapi faham-faham jelah, orang kat pasar/bazar tu meniaga nak untung je. Masakan pon jadi lebih kurang je rasanya, berbeza dengan kita yang buat sendiri ni mestilah masak dengan seikhlas hatikan. Sebab tu rasa sedap dan nikmat makanan tu turun kat masakan. Setuju tak korang??????
Nanti, masa dalam pantang, bolehlah aku bawak balik pemanggang ni kat rumah mak. Senang kerja mak nak tolong bakarkan ikan untuk aku. Ikan pon takdelah kering sangat bila bakar dalam ni. Sedang elok orang kata, hikhikhik.
Dah ada lauk, mestilah ada sayurkan. Macam biasa, aku gorengkan je kacang buncis+lobak merah untuk kami 3 beranak. Tapi, spoil sikitlah bila beli buncis yang dah siap diorang peketkan ni. Kita tak dapat nak memilih mana yang elok dengan tak. Diorang pakai campur je semua. Last-last, banyak yang aku dapat buncis tua dari yang muda. Sadis sungguh. Takpelah, lepas ni, kita cari yang tak dipeketkanlah. Senang sikit kerja mak!!
Dalam pada tak puas hati dengan kualiti kacang buncis ni, tetap aku abiskan jugak. Sayang oooo. Rezeki tu. Orang kat Somalia sana susah nak dapat makanan/minuman, takkanlah kita yang kat Malaysia ni senang-senang je nak buang makanan yang kureng kualitikan. Not good, not good!!
Pagi tadi masa bersahur (ehem!! arini bangun sahur dah yeh) kitorang repeat makan lauk semalam je. Kebetulan ada roti john rezeki pemberian Persatuan Penduduk / Ajk Surau (aku kurang pasti) petang semalam, jadinya kenyanglah perut masa bersahur tadi, Alhamdulillah.
Lauk berbuka arinipon aku dah siap masak malam semalam lagi (hebatkan!!!). Balik karang tinggal nak masak nasi, buat sambal belacan (en.aril yang buat) + goreng sayur je :)
Korang dah fikir nak masak apa berbuka nanti??



Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?