Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makan-Makan

Nasi Kerabu Marveles di pagi hari!

Imej
Morning, dah sarapan? Arini aku breakfast yang heavy terus. Nasi kerabu + air coklat. Hamek kau! Sebelum-sebelum ni, masa amalkan breakfast dengan "sesuatu" tu asyik lapar tahap gaban je. Tak taulah kalau ini merupakan side efek lepas amalkan minuman tu pulak ( bukan Shakleee ye ). Arini, aku nak try, tak amik minuman tu, dan breakfast macam biasa. Tengok sampai bila perut ni boleh bertahan. Macam semalam, kan aku cerita perut aku menggila laparnya. Lepas lunch nasi tu ingatkan oklah. Rupanya, sekejap je bertahan. nasiblah aku ada beli kuih kat jualan, bolehlah alas perut sikit (i ngat nak bagi anak-anak balik nanti ). Balik kerja semalam, sempat cod Shaklee dengan BB cream SQB kat Dengkil dan Presint 9. Masa COD ni pun, perut aku lapar menggila semula. Serius! Memang melampau sungguh kalau ini side efek minuman tu. Baik aku stop sebelum berat mendadak naik nanti. Say babai untuk produk tu. Maybe tak sesuai untuk aku agaknya. Buat masa ni, tinggal beberapa sachet je l...

Bihun goreng, agar-agar roti marble dan siput sedut masak lemak cili api bersama kulat sisir!!

Imej
Sementara masih free, moh kita membebel lagi. Korang tau tak, aritu, lepas keluar isu pasal bihun ( berkenaan cara penghasilan/pekerja/kilang prosesnya yang kotor ) aku lama giler tak makan / beli bihun. Tapi aritu, lepas tertengok kat tv ada bihun keluar Faiza, barulah berbunga balik hati ni nak beli. Keluaran Faiza, sah-sah dijamin HALAL dan produk orang ISLAM sendirikan. Rasa lebih yakin nak makan. Aritu masa beli, teruslah plan nak buat bihun goreng. Sap soi, sap soi, siaplah bihun goreng aku. Serius, aku jatuh hati pulak dengan bihun siam Faiza ni. Tekstur bihunnya memag bagus. Tak keras, tak lembut. Kalau korang biasa masak bihun, ada masa bihun ni kalau kita terlebih rendam dengan air, bila masak jadi lembik berair. Kadang, tak rendam lama, keras kejung. rendam dengan air panas salah, air biasa salah, memang banyaklah aku try and error sebelum ni. Tapikan, semenjak dah guna Bihun Faiza ni, memang terbaekkk sangat hasilnya. Bihun direndam lama dalam air biasa pun masih ok. A...

Wong solo dan carbonara di hati!

Imej
Cerita lamaaa, saja nak share sebab nak delete gambar dalam fon, kuang kuang kuang. Kitorang laki binik memang perminat setia Wong Solo. Bila terasa nak makan je, mesti ke Bangilah kitorang terjah. Antara take away dan makan kat sana, kitorang prefer makan kat sana sebab boleh tambal sambal dia yang super meletop itu!! So, jom cekidaut! Si kenit Nia yang tak reti duk diam. Aktif memusing. Sebab tu selamat makan kat tempat bersila macam ni. Kalau duduk kat meja makan tu, kirim salam! Hai, nama saya Hanania Qaisara. Mama tu selalu sangat komplen saya ni aktif. Karang saya pasif je, dia risau jugak. Malas nak layan mama. Main lagi best! Macam biasa, menu yang sama tiap kali datang sini. Set ayam penyet untuk aku, ayam bakar untuk husband. Tambah nasi sepiring untuk safiyya. Setel!! Anak dara abah! So kiut safiyya mulut penuh, haha. Sekarang ni dia berselera makan. tapi bila dengan kitorang jelah. kat rumah wan, kemain susah nak makan. malu san...

Pisang Cheese Jakarta, di tepi Restoran Kelisa, Bangi

Imej
Assalamualaikum Cuti Krismas aritu kitorang pusing-pusing Bangi. Cadangnya nak pergi berkelah kat mana-mana tasik yang adalah. Tak kesah area Bangi ke , Putrajaya ke, janji berkelah. Aku pun dah siap masak untuk bekalan lunch kitorang aritu. Sebelum berkelah, ajak husband g jalan Bangi Gateway kejap. Aku dah aim nak beli sesuatu, hahaha. Sekarang ni, barulah dapat merasa nak beli barang-barang sendiri sejak dah kerja kat sini. Kalau dulu, semua kemahuan / kehendak kena belakang-belakangkan dulu. Pentingkan anak-anak dan keperluan. Seronok pulak rasa kali ni bila dapat reward diri sendiri, alhamdulillah. Lepas dah dapat apa yang aku aim, nak keluar je dari situ, cadang dengan husband nak pergi makan-makan kat tasik cempaka je. Lama sangat dah tak datang sini. Sampai-sampai sini, hampa jugaklah. Maklumlah, cuaca sekarangkan tengah tak menetu. Padang lecak, air tasik pun nampak kotor tak berjaga. Dah bawak turun makanan nak berkelah, boleh pulak safiyya spoilkan mood, hahaha....

Untuk si dia yang tengah PREGNANT itu :)

Imej
Maafkan daku, kerana entry ni khas untuk tatapan bestfriendku, seorang mak buyung yang sentiasa menanti-natikan update dariku berkenaan entry masakan.  Malu pulak rasa, sebab masak bukan hebat pon, Untuk makan 4 beranak, bolehlah. Untuk ko yang sedang membaca blog, silalah tatap menu masakan aku yang tak seberapa ni ye. Terima kasihlah sebab sentiasa jadi pembaca blog yang SETIAAAAAAAAAAAAA walaupon blog aku ni sendu je, hahahahaha. Hari bila tak ingat, aku buat ikan cencaru sumbat. Balut denagn daun pisang, bakar dalam Magic Pan. Sekejap je dah masak! Sambal memang aku suka buat lebih, sebab kitorang lakik binik memang penggemar sambal yang tegar! Bakar terus 3 ekor, sebab safiyya memang penggemar ikan. Dia ratah cenggitu tanpa nasik pun ok. Terbalik pulak! Sepatutnya, mama dia yang kena ratah je ikan tukaaaaaaaaaa, hahaha. Dilawankan pulak dengan taugeh goreng kicap. Memang thumbs up safiyya bagi kat mama. Semua lauk feveret dia. Mama masak pun senang hati, bi...

Nasi goreng kiter!

Imej
Assalamulaikum Morning. Dah breakfast semua? Arini, sempat buat nasi goreng simple je. Cadang nak masak lauk dinner terus pagi tadi , tapi macam tak sempat pulak. Terus tukar plan buat nasi goreng ni. Guna bahan yang sedia ada je. Bawang kecil, bawang putih, cili api, ikan bilis, telur dan taraaaaaaaaaaaaa!! Sorang satu bawak bekal kat ofis. Jimat duit. Kahkahkahk.. Okeh, 1st sekali yang paling aku suka bila dah kerja dekat ngan rumah ni of courselah bab duit. Jimat sangattttttttttttttttttt!!! Kalau dulu, minyak RM50 tu dapatlah bertahan dalam 2 hari setengah. Sekarang ni, RM50 dapat pakai seminggu terus!! Mak cik sukaaaaaa!!! Patutlah aku tengok kawan-kawan aku yang duk Putrajaya ni loaded-loaded belaka ye. Minyak, tol tak luak sangat. Bolehlah korang berjimba-jimba dengan duit lebihan (^_^) Aku pulak, sekarang ni, bolehlah menyimpan lebih sikitkan. Kalau dulu, asal simpan je, tak lama pastu keluar balik. Tu, maintainance keta tu setiap 2/3 bulan se...

Makan, makan, dan makannnnnnnnn

Imej
Assalamualaikum.   Dah puas cerita aktiviti riadah, cerita pasal makan-makanlah pulak. Takde apa nak ceita, kita up menu-menu yang dimasak masa weekend aritulah ye,. Jadiklah, ada jugak cerita. Daripada blog terbiar sunyi. Terlampau banyak menda nak update. Tengoklah mana yang sempat ye.   Lepas berkayuh ari sabtu tu, balik rumah, sambung buat kerja rumahlah pulakkan. Walaupon perut kenyang lagi, aku suka je masak awal. Senang. Karang, bila-bila nak makan boleh amik je. Lagipun, weekendkan banyak cerita tv yang best-best. Haruslah pandai menyusun jadualkan.   Macam biasa, lauk simple-simple macam ni yang akan buat nasi bertambah. Nak-nak kalau makan nasi panas-panas. Layannnnn!!   Kitorang lunch dah lambat. Dalam pukul 3/4 tak silap. bebudak je makan awal. Elok je aku siap masak, nia dah meragam nak makan. Bertambah-tambah dua beradik ni makan bila aku  buatkan labu masak lemak ni. Kita yang tua pun suka, apatah lagi budak. Diorang aku goreng...

Roti canai sedap Food Court Presint 8

Imej
  Assalamualaikum   Sabtu lepas, kitorang pergi breakfast kat Food Court Presint 8. Kali kedua dalam minggu yang sama makan kat sini, apa yang best sangat tu eh???   Takde ape pon, cuma kami dok repeat makan roti canai sedap kat sini!!   Sebelum  ni kalau teringin nak makan roti canai orang melayu yang sedap (kat tekak kitoranglah) selalu pergi kat kedai Nasi Ambang sebelah Sofina tu. Tapi,pernah pergi 2,3 kali asyik tutup je, malas dah nak pergi. Dahlah dari Presint 5 nak ke Sofina tu jauh. Bila tengok kedai tutup, mestilah hampakan. Terus blacklist dah tak mau pergi situ.   Jadi, bila kekadang teringin nak makan roti canai, makan jelah kat mamak depan Mydin tu sambil tunggu Mydin bukak nak beli barang dapur. Roti mamak, kitorang takdelah gemar sangat. Biasa-biasa je. Pastu baru ni try roti canai kat desa pinggiran pulak. Orang Melayu yang buat, sedap jugak. Bolehlah nak beli kat sini kalau teringin nak makan roti canai melayu pasni. ...

Oh Samsung! Napelah banyak sangat benda yang nak digantinya? Kopak tau!!

Imej
Assalamualaikum   Pagi-pagi lagi cuci mata tengok lauk ok tak? Ok-ok kan jelah ye sebab aku dah takde modal nak cerita ni. Semalam abis aku formatkan fon aku sebab system storagenya dah melebih-lebih penuhnya. Padahal, takde menda sangat pon dalam henset aku. Gambar aku dah transfer dalam memori card. Memang sengaja nak menguji kesabaran akulah tu sebab tau aku ni tak bijak mana bab gajet ni. Dah tanya kawan-kawan semua, langkah terbaik yang diorang suggest memang FORMATkan je semula fon aku ni. Nak taknak, memang terpaksa redha  je tau!   Nasiblah menjadi. Semua back to normal. Aku ni bimbang je kot fon buat hal. Sebolehnya janganlah sebab takde bajet kot nak menukar fon baru. Sayang sangat kat NOTE ni. Semalam, lepas format, betri pulak tak boleh nak caj. Tiap kali plug in, asyik reject je. Memang kena tukar betri dahlah ni. 3 tahun berkhidmat tanpa sebarang masalah, nak tak nak kali ni dah sampai masanya.   Pergilah aku ke Samsung kat ...

Berat pipi dan Sambal Sotong kitaaaaa!

Imej
Assalamualaikum Mesti ramai yang amik cuti arinikan. Maklumlah, esok cuti Hari Malaysia, kebetulan pulak minggu ni cuti sekolah. Aku takde anak sekolah, jadi tak perlu kot nak berucit. Lagipun baru je cuti-cuti awal bulan aritukaannn..Entry Langkawi nanti eh. Nak kena upload gambar dulu.   Ni nak citer-citer kosong je. Adoi. Balik dari cuti naik, fahma-faham jelah. Berat dah naik u olss!! Aku menyampah betul sebab part yang paling Nampak of courselah kat pipi. Tersembul gitew! Dah macam ikan buntal aku tengok. Selain tu, patutulah aku rasa kain baju aku macam ngam-ngam je, hahaha. Makan tak hengat donia time cuti, padan muka. Nak naik berat badan, kejap je. Ko makanlah tak berenti 2,3 hari, CONFIRM naik berkilo-kilo. Pastu, nak membuangkannya kemainlah lama. Padan muka sekali lagi Intannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! Bestnyalahhhh kalau mukaku runcing seperti ini! Fefeling kurus seperti model gini, hahaha Oh ye, akhirnyaaaaa..Sekarang nia dah aku campurkan FM untuk dia. T...