Oh Samsung! Napelah banyak sangat benda yang nak digantinya? Kopak tau!!
Assalamualaikum
Pagi-pagi lagi cuci mata tengok lauk ok tak? Ok-ok kan jelah ye sebab aku dah takde modal nak cerita ni. Semalam abis aku formatkan fon aku sebab system storagenya dah melebih-lebih penuhnya. Padahal, takde menda sangat pon dalam henset aku. Gambar aku dah transfer dalam memori card. Memang sengaja nak menguji kesabaran akulah tu sebab tau aku ni tak bijak mana bab gajet ni. Dah tanya kawan-kawan semua, langkah terbaik yang diorang suggest memang FORMATkan je semula fon aku ni. Nak taknak, memang terpaksa redha je tau!
Nasiblah menjadi. Semua back to normal. Aku ni bimbang je kot fon buat hal. Sebolehnya janganlah sebab takde bajet kot nak menukar fon baru. Sayang sangat kat NOTE ni. Semalam, lepas format, betri pulak tak boleh nak caj. Tiap kali plug in, asyik reject je. Memang kena tukar betri dahlah ni. 3 tahun berkhidmat tanpa sebarang masalah, nak tak nak kali ni dah sampai masanya.
Pergilah aku ke Samsung kat PERTAMA tu. Beli yang ori je terus. Malas aku nak fikir. Memanglah mahal, melayang RM139 aku. Tapi, nak buat camna. Kalau tak ditukar, sama macam aku takde telefon. Kalau amik yang fake, buatnya ada masalah di kemudian hari, lagi rugi. Aku ni dahlah jenis mudah amik ringan je bab-bab gajet ni. Tak kuasa aku nak memikir. Janji boleh pakai, dah!
Ni, charger pulak problem...Hangennn sungguhlah! Powerbank yang ada entah celah mana aku simpan. Nak kena geledah balik rumah karang. Memang pakai SAMSUNG ni, menguji kesabaran sungguh ye. Lepas satu, satu jadinya, hohoho..
Semalam, masa kat PERTAMA, terbekenan pulak dengan OPPO. Ofismate akulah, mengajak pergi tengok. Bila dah tengok, terus terjatuh chenta, Hahahah. Inilah pompuankan. Mudah sangat tergoda.....Tadi kata dah taknak beli fon, takde bajetlah, apelah, ni tetiba dah terjatuh chenta pulak apa kes???
Setakat JATUH CHENTA je, tak bawak ke mana kot. Kita simpan je chenta kita tu dalam hati. Chenta hati yang dah depan mata nikan ok lagi (^_^)
Sabtu ni nak balik kampong, yeay!!! Rindu Bentong. Sebelum balik, meh perabiskan semua stok makanan dalam peti ais. Menu-menu ni dalam minggu ni je. Lauk yang sama, yang sentiasa aku masak. repeat je ulang kali, kikiki...
Kari ikan nyok-nyok. Aritu beli sekor, potong 6. Round pertama masak, buat masak lemak. 2nd round kita karikan je dia. Feveret en.arilkan. Kita turutkan je. Aku ni tekak tong sampah. Semua boleh makan. Tak memilih langsung. Senang dibawka pergi majlis, kikiki.
Kangkung goreng belacan. Tak kick macam kedailah, sadis sungguh! Cadangnya kangkung ni nak dibuat nasi goreng kampong. Tapi, asyik tertangguh-tangguh je. Sebelum makin layu, masak jelah petang semalam. Licin!
Sambal berlada ayam, feveret en.aril jugak. Simple je dia ni. Senang jaga.
Sayur campur yang aku perabiskan. Biasalah, diorang bukan makan sangat sayur ni. Aku jelah yang jadi tukang masak dan tukang habiskan. Ape ade hal.
Ayam goreng upin ipin untuk anak dara. Perasan tak pinggan baru kitaaaaa??? Cewahhh!! Nak tunjuk pinggan barulah tuuuu, hehe. Takdelah, bukan sesaja nak tunjuk. Nak bagitau, nilah pinggan yang aku beli kat Idaman Suri aritu. Cantikkan? Warna hitam, Nampak macam ekslusif je. Curlasss sangat!
Tengoklah budak kecik ni. Memang kuat makan. Tak padan badan halus, sentiasa lapar doplohpatjam. Sebijik ikut perangai mama ni. Berat dia baru 8kg lebih je. Dia ringan sebab dia kuat berak. Tak sempat nak jadik lemak dalam badan, dah keluar. Alangkah bagusnya kalau aku pun macam tu. Bolehlah makan tanpa rasa bimbang, kekeke..
Ni sekarang, tengah giler berdiet. berat naik 2 kg tau! Terasa sendat mendat baju ni. Menci sungguh. Ni penangan balik dari bercuti baru nilah. Memborong coklat tak hengat donia, padan muka! Sekarang ni, kena tutup mata kat semua jenis coklat. Nasiblah coklat kat rumah tinggal DAIM je. Akan ku buat-buat tak nampak. Pipi dah makin lebar. Nia pulak dah aku limitkan menyusu sekali/2 kali je sehari. Jadiknya, takde sape yang nak sedut lemak yang dah terkumpul dalam badan ni. Terpaksa gigihlah aku berdiet sendiri, hohoho..
Sedihhhhhh tengok jarum penimbang! Nilah dilema orang pompuan yang dah berkahwin + dah beranak. Sokmo nak kena bersukat makan sebab nak jadi sihat dan cantik di sisi suami, Betul tak???
Terasa-rasa nak exercise balik ni. Badan tak fit langsung sekarang. Berjalan laju sikit dah penat semacam. Aku nak pergi buat medical checkuplah untuk pantau kolesterol dan gula dalam darah. Pastu, nak minta advise doctorlah sebab aku tiap kali nak exercise, mesti pening. Takut ada masalah kesihatan pulak. Tau dah, kadang itu symptom sebab badan terkejut, tiba-tiba kita exercise. Tapi, apa salahnya, kita tanya pendapat yang pakar pulakkan (^_^)
Next week bos cuti, bolehlah lari ke Klinik Tanglin jap. Lunch hour ni nak pergi berjalan kat Jalan Tarlah. salah satu cara untuk exercise gak ni. Banyakkan berjala, confirm kalori banyak yang terbakar (^_^)






Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?