Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Kuewtiaw hailam yummy!

Imej
Assalamualaikum!!   Update guna fon memang tak boleh nak upload gambar bebanyak ye? Ke aku yang tak pandai eh???   Hurmmm...Abaikan jelah...Kadang kadang aku lagi suka update via fon je. Senang banyak tau!Antaranya, tak payah susah-susah aku nak transfer gambar ke PC, hihihi..Karang dah transfer kena edit pastu kena buang balik..Banyak kerja betullah..Boringggg....   Tapi....Kalau datang mood rajin tu, memang akan update guna PC pon...Main edit-edit gambar, letak watermark bagai..Fuhhhhhh....Layannnnnnn abis,hohoho...   Sebenarnya takde apa sangat nak sembang.. Saja nak up banyak-banyak entry arini..Mood tengah in ;)   Semalam aku puasa. Arini pun puasa. InsyaAllah, esok pon nak puasa jugak. Janganlah datang 'si dia ye' ..Biarlah dapat aku puasa sempena 10 Muharram esok, aminnn ;)   Semalam aku berbuka dengan Safiyya je. Lately, En. Aril selalu balik lewat. Macam semalam, dekat pukul 9 lebih baru balik..Aku dah biasa dah. N...

Kureng cikit rasa kali ni

Imej
Sekarangkan Durian Crepe nie dah jadi fenomena. Sana sini orang berciter. Menda nie dah lama dah wujud tapi biasalah. Sekaranglah baru nak famousnya, kikiki...   Sebelum nie aku dah pernah makan..Beli kat Sweet Chat. 1st time try trus jatuh cinta. Tapi tulah..Bukan semua shopping kompleks ada outlet Sweet Chat nie. Yang aku tau ada dekat Mid Valley, Setia City Mall dengan The Mines je.. Takkanlah aku nak pegi sana semata nak beli Durian Crepe nie. Membazir duit minyak jekan..   Cuba cari alternatif lain. Cari punya cari jumpa FB someone yang jual Durian Crepe nie dan yang bestnya...Dia boleh buat delivery..Yeay!!! Misi berjaya... Semalam tertunailah permintaan anak tekak nie nak makan DC..Macam biasa, DC nie sedap makan sejuk-sejuk tau.   Lepas buka puasa semalam aku pon rasmikanlah DC ni.... Rasa dia...So so je..Bukan tak sedap langsung...Tapi mungkin sebab aku dah pernah makan yang lagi sedap sebelum niekan, keh keh keh.....     ...

Sabar ke tak aku dengan kebahangan yang melampau nie..

Assalamualaikum...   Bahangnya opis aku nie. Masuk-masuk pintu depan je dah terasa bahang amat. Baru je baiki ekon 2 minggu sudah, rosak balik. Stress betullah! Dahlah aku ngan ofismate duk berempat kat luar. Tingkap pulak takde, sangap kepala otak tau!   Kipas yang ada pon, ala-ala je. Tak sampai kat aku pon anginnya. Adalah terasa sepoi-sepoi gitu, tapi kat muncung tudung jelah. Adoi!   Bukan nak merungut tanda tak bersyukur, tapi cer korang duk kat tempat aku, selesa tak? Ekon yang dalam bilik officer-officer tak dapat nak merasa sangat sebab kontraktor pesan kat diorang tak boleh bukak  pintu sebab ekon tue untuk kapasti bilik yang kecik-kecik je. Entahlah, aku pon tak paham ada jugak ekon-ekon yang macam tue eh. Maklumlah, rumah mak aku ngan rumah aku mana ada pasang ekon. I olss tak tau sanagt pasal ekon-ekon nie. Kampunglah katakan......   Pernah aku terpikir, nak beli je satu kipas stand letak kat belakang a...

Peranakan jatuh?

Engkorang biasa dengar tak pasal peranakan jatuh? Nak-nak bagi kita, pompuan-pompuan yang dah pernah bersalin nie. Selalunya, rahim kitakan kuncup. Tapi, bila kita dah start mengandung, rahim kita automatik akan mengembang untuk baby dalam perutkan?   Bila dah bersalin, nurse-nurse pon mestik akan cek rahim kita..Diorang cuma nak pastikan yang rahim kita dah menguncup seperti saiz asal dan juga berada dalam kedudukan yang betul.  Begitu pentingnya rahim kitakan.   Ingat lagi masa lepas bersalin aritu, time kena urut dengan nenek bidan. Masa dia urut tangan, kaki, badan semua sedap je. Tapi, bila dia start urut perut untuk naikkan peranakan aku, bapaklah sakitnya. Terus rasa serik nak beranak lagi. Tapikan, lepas dah siap urut, ringan pulak badan nieh. Konfius kejap aku. Tadi, sakit, tapi bila dah setel segar bugar pulak badan nie. Ajaib betullah!!    Nenek bidan tue pernah pesan kat aku, "kita o...

Alhamdulillah

Selamat sampai dah... Tapi..Kita tunggu dalam keta jelah dulu yeh. Tuan Putri tengah beradu..Karang kalau kacau time tido dia,mengamuk sakanlah pulak..haha Mehlah kita betapa dulu yep. Published with Blogger-droid v2.0.9

Durian with love...

Imej
Aritu sepupu aku ade bagi durian 3 biji. Opah kirimkan untuk aku. Kebetulan dia balik kampung durian dah mula gugur. Dapatlah aku merasa cikit ;) Timer kasih ye wani ;) Aku suka makan durian sejuk2. Lepas kopek kopek kulit terus masuk dalam tupperware simpan dalam fridge. Bila-bila nak ngap je terus bukak peti..Buruk perangaikan, kikikiki... Heaven gila bila makan durian sejuk-sejuk cenggini ;) Korang biasa buat macam aku tak?? Published with Blogger-droid v2.0.9

On the way ke Jasin, Melaka

Imej
Kitorang nak pergi kenduri kawen kawan aku. Harap harap sempat sampai sebelum dia nikah kul 10 karang ;) Published with Blogger-droid v2.0.9

Sedapnya nasi daging kasih sayang nie

Imej
Semalam ari extra rajin. Balik kerja terus keluarkan daging dari freezer. Memang dari ari Ahad dah plan nak try buat nasi daging nie. Daging korban aritukan banyak lagi. Jomlah kita memasak .. Aku cari resepi yang senang2 je. Lebih kurang macam masak nasi tomato cuma perlu tambah rempah kurma+sup bunjut+susu cair je ;) Air asam pon senang je buatnya. Tapi aku mintak En.Aril yang buatkan. Aku kalau air asam ke sambal belacan ke memang suka En.Aril yang buat. Air tangan dia lagi sedap berbanding aku..hahaha..Nasiblah dapat suami minat ke dapur. Untung makcik!! Sebenarnya malam semalam lagi kitorang dah rasmikan Nasi Daging nie. Tapi sebab makan ala2 je, lunch harini kita ulang sekali lagi. Barulah dapat menikmati dengan jayanya nasi nie ;) Korang lunch ape arini? Published with Blogger-droid v2.0.9

Geng Power Puff Gurlz SMKB!

Imej
Assalamualaikum..   Masa raya haji aritu terkabul jugak plan nak jumpa BFF-BFF aku time sekolah menengah dulu. Tapi sayang, korum tak lengkap. Syidah tak dapat nak join. Mak yong sorang tue ketiduran pulak kat rumah. Ate, dah dia stafnurse, baru balik kerja malam. Kira gigih jugaklah dia balik Bentong walaupon kejap. Takpelah kita jumpa lain kalilah pulak ye.   Nak jumpa sorang-sorang BFF nie bukannya senang. Nak-nak sorang dah kat Sabah (mei-mei). Antara kitorang berenam, 3 orang dah kawen ( 2 antaranya dah ada anak, aku ngan syidah ). Sorang lagi bakal berkahwin next week, 2 orang lagi menunggu masa je untuk berkahwin.    Walaupon kadang-kadang ada je masa yang kitorang balik kampung sama masa, tapi paham-paham jelah. Bila dah balik kampung, masing-masing ada hal dengan familykan. Last-last, plan nak berkumpul asyik tertangguh je. Masa raya puasa aritu, aku tak dapat nak join diorang berkumpul time kitorang clash. Bila tengok gambar dior...

Syorgaaaaa!!!!

Imej
Tadi ,keluar rumah pukul 7 pagi sempat pergi isi minyak kat Presint 8 jap. Alih-alih boleh sampai ofis pukul 7.45. Syoknyaaa!!!! Nilah nikmat yang paling ditunggu-tunggu bila bebudak cuti sekolah..Nak baraing atas jalan pon bolehhhhhhhhhh, kahkahkah...

Princess yang keletihan..

Imej
Pagi semalam kitorang ke Alamanda beli barang rumah cikit. Boleh pulak jumpa k.ina ngan a.amin kat sana, hehe..Safiyya macam biasalah bukannya nak dengan orang. Nak berdokong jelah kerjanya. Manjeeee sangattt..Nak patah tangan aku bila lama-lama dukung dia. Sekarang nie kalau dukung dia tak dapatlah aku nak jalan tegak..Badan aku mesti bengkok punyalah sebab nak menampung berat safiyya nie... Aku tak boleh nak dukung dia lama-lama. Kejap-kejap aku aku suruh dia jalan. Kena pujuklah cikit..Tak pun umpanlah dengan apa-apa pon.Janji dia nak jalan sendiri. Nak suruh dia duduk dalam troli C4 tu memang jangan harap. Adelah kejap2 dia duduk, itupon aku umpankan dengan choki2 + air nutrigen. Tu dia tengah ralit nak naek beskal. Panggil balik pon tak nak. Bajet kaki panjang sangat nak panjat beskal orang dewasa, kahkahkah.. On the way balik rumah, boleh pulak Safiyya tertido kat seat depan. Tengah ralit2 dia punggah barang kat dashboard tetiba senyap.Aku tanya En.Aril safiyya buat ape ...

Semalam yang rajin, aku buat nasi tomato wallah!!

Imej
Alhamdulillah..percubaan pertama memang tak menghampakan.. Published with Blogger-droid v2.0.9

Hexagon 2 in da house yow!

Imej
Penapis air kat rumah aku dah berzaman rosaknya. Nak beli yang baru asyiklah dok berkira-kira duit dalam bank. Selagi ada menda lain yang lebih penting kita dulukan. Selama takde penapis air kat rumah, berangkutlah air berbotol-botol dari rumah mak aku dekat Bentong sana. Kadang-kadang ada jugak kitorang pergi beli air dekat mesin Dr. Sukida tue. Lama-lama, aku rasa stress sebab tengok botol air yang berlambak-lamabak dekat bilik belakang. Bincang punya bincang dengan husbad, terus nekad beli penapis air yang lain. Kali nie, rasanya dah takde menda lain yang lebih penting selain penapis air nie. Air kat rumah bapaklah kotornya. penuh karat!! Bayangkan karat masuk dalam badan kita, uuuuiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat tak baik untuk kesihatankan???   Lepas ditimbang tara dari segi semua aspek, kitorang sepakat beli penapis air HEXAGON 2 brand COSWAY je. Harganya boleh tahanlah. RM765 itupon harga promosi + harga member katanya. Kalau tidak, harga biasa RM1700 tak salah. Lagi sekali, p...

Bab makanan memang serah kat aku tau!

Imej
Assalamualaikum. Aku baru balik dari Senawang Specialist nie. Melawat orang sakit kekdahnya. Biasalah, nama akukan fames, haruslah nama naek untuk melawat orang sakit nie. Nasiblah nama BFF i yang sorang lagi pon naek sekali. Tadehal lah nak pegi. Pandai pulak akak opis i pilih officer yang ikut kitorang sekali tadi. Memang satu kepala, takde segan-segan takde malu-malu. Hu ha hu ha je dalam keta. Daebakkkk!!!!!!!!!   Ingat tadi nak singgah tengok perkembangan rumah kejap. Bukan jauh pon. Belakang hospital je, tapi bila teringat balik tujuan asala nak ke Senawang nie malawt orang sakit, kita pendam dalam hati jelah ye. Minggu depan mungkin boleh singgah tengok. Akukan nak pegi Melaka tengok BFF kawen. Harussss kita singgah Senawang tengok rumahku syurgaku :)   Kitorang singgah makan dekat Semenyih tadi. Anggota aku cakap kedai nasi ayam tue femes. Orang sentiasa beratur panjang. Aku tak taulah apa yang sedap sangatkan samapai orang beratur panjang. Tapi...

Nenoneoneno!!!!!!

Imej
  Barang yang ditungggu-tunggu sudah pon sampai!! Dua parcel sekaligos sampai ke opis, alhamdulillah.Tinggal 1 parcel je lagi. Maybe esoklah pulak.       Kali nie, kita reward diri sendirilah pulak.Asyik beli barang anak je tiap bulan sampaikan diri sendiri rasa terabai pulak..Ini tidak adil, hahahaha... Gebang lebih tak guna. Meh tengok menda apa yang dalam parcel tadi, kuangkuangkuang... Inilah barang-barangnya. Gigih aku menyimpan duit semata nak beli menda alah ni. yelah, setiap kali bukak fb, baca blog asyik terbaca orang bagi feedback yang best-best je pasal produk nie. Orang pompuan haruslah senang terpedaya, ye dak??? Lagipon, aku sendiri tengok kulit kawan aku jadi sangat flawless gitu bila amalkan suppliment shaklee nie. Dalam hati menjerit nak jugakkkkkk!!! Bak kata kawan aku, jangan beli semata untuk cantik, tapi utamakan kesihatan jugakkkk.. Baik nona, saya mengikut perintah kamu, kikiki... Aku pejamkan mata je masa am...