Ke mana menghilang?
Assalamualaikum MasyaAllah, lama giler tak menulis, haha. Memang MALAS tahap dewa aku rasakan sekarang. Suka baca cerita orang je, Nak cerita pasal diri sendiri malas. Baru lepas belek-belek tepon, tengok gambar yang berlambak, rasa sayang pulak kalau tak update. Buatnya corrupt nanti, abis hilang semua gambar. Padan muka akukannn, haha. Blog dah diprivatekan, aku rasa heaven giler. Menulis tanpa rasa was-was dan menjaga hati orang. Penyakit hati ada di mana-mana. Aku sendiri takut aku tergolong dalam orang sebegitu. Langkah demi langkah diambil untuk ketenangan dan keselesaan diri sendiri. Aku lebih enjoy begini. Kalau dulu, rasa tak secure je bila menulis. Hati orang kita tak tau. Biarlah. Blog aku, biarlah aku mempoyokan diri sorang-sorang, hahahaha. Entry warming up nak cerita apa eh? Oh, malam semalam lakiku demam panas. MasyaAllah, demam berturut pulak family kitorang ni. Nia start demam khamis petang melarat sampai ke sabtu malam. Isnin pulak, kakak safiyya demam sampailah...