Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jalan-Jalan

Cerita Khamis aritu

Imej
Assalamualaikum.  Curi masa kejap update. Ada yang rindu nun kat Shah Alam tu. Hai besties!! Dah sihat tak arini? Ok, last week, Khamis dan Jumaat aku cuti. Wan (pengasuh anak aku) nak ke Johor, ada kenduri kawen ari jumaat tu. Dah alang-alang apply cuti, saje aku tambah sehari awal, untuk  bermalas-malasan seorang diri. Sekali sekala jalan-jalan sorang-sorang ni best jugak.. Dah lama pulak aku tak rasa tenang time berjalan. Takde nak kejar apa-apa. Boleh cuci mata, tengok satu-satu barang tu lama-lama, belek-belek, pegang-pegang, best!!!. Macam flashback time bujang pulak. Maklumlah, sejak beranak pinak ni, memang takde istilah cuci mata dengan bertenang ye kawan-kawan. Semuanya akan dilakukan dengan super duper pantas.  Kalau nak tau, dari dulu aku paling suka keluar masuk kedai handbag/kasut/ aksesori comel-comel/ baju semualah. Dah nama pun perempuankan. of courselah ke sini je tempat yang dituju :) Cerita ari khamis tu, aku memang dah plan awal-awal keluar a...

Berbasikal kat Taman Botani!

Imej
Lepas breakfast kat Presint 8, jom kita jalan-jalan pusing Putrajaya!!! Tak pernah-pernah kitorang round putrajaya pagi-pagi. Selalunya masa-masa ni sibuk membasuh baju, mengemas rumah bagai. Sekali sekala tukar rutin, bagus jugakkan. Boleh ajar anak-anak riadah pagi-pagi (^_^)   Aktiviti biasa bergambar jelah kerjanya. Makin lama aku tengok safiyya ni dah makin ikut muka aku pulak. Patutlah "panas " sokmo dengan mama eh kakak.   Aku dapat bayangkan bila bebudak ni dah besar, jalan-jalan dengan abah diorang ni mesti nampak macam kawan-kawan je gamaknya. Awet muda sentiasa lakiku itu. Bertuahlah badannnnnnn!!!   Kali ni, kita pusing Taman Botanilah pulak. Mula-mula tak perasan pun ada aktiviti berbasikal kat sini. Ingatkan semua yang naik basikal ni bawak dari rumah. Rupa-rupanya salah tanggapanku itu. Taman Botani ada menyediakan khidmat sewa basikal. Cantikkkk sangat. Dah lama giler aku tak berbasikal. Entah boleh mengayuh lagi ke...

Langkawi Cable Car, Island Hoping dan jom balik Putrajaya semula :)

Imej
Assalamualaikum   Hai semua, jumpa lagi. Lepas seminggu kot, kini jumpa lagi entry ke Langkawi. Akhirnya, inilah penyudah entry cuti-cuti kami. Kemain lambat nak habis. Mengalahkan bizi bebenor aku ni, kekeke..Ok, straight to the point jelah ye. Hari kedua tu, dalam pukul 8 lebih kitorang dah keluar cari breakfast kat luar, tapau bawak balik makan kat hotel je. Nasib ada warung area hotel tu. Dekat jelah kitorang menapau makanannya. Siap breakfast dalam pukul 9 lebih gerak ke Cable Car. Silap betul aku tak cek jadual operasi diorang. Rupanya setiap hari Rabu, cable car hanya akan beroperasi mulai pukul 12. Perghhh!!! Lama giler nak tunggu. Ade dekat 2 jam bertapa kat bawah. Nak hilangkan boring, jomlah kita makan angin dulu kat bawah ni.         Welcome to Langkawi Cable Car.     Kat sinikan ada pakej DUCK TOUR. Tak kuasalah aku nak menaiknya. Aku rasa tak berbaloi langsung untuk naik bot 2 'alam' ni. Dahlah mahal kemain, (RM3...

Riang ria bersama Hannah Safiyya!!

Imej
Assalamualaikum Kan aku cakap ari sabtu minggu lepas kitorang baru pergi redeem kupon Full House yang aku dah beli berbulan lamanya tukan. Kitorang pergi redeem kat outlet Sunway Pyramid je, kononnya nak dekat dengan rumahlah. Aku buat reservation pukul 3 sebab ingat mula-mula nak pergi kenduri kawen member kat Sentul, tapi last minute tak jadi pulak disebabkan beberapa masalah. Jadinya, terpaksalah kitorang tawaf Sunway tu sementara nak tunggu time reservation. Salah satu aktiviti yang sempat dibuat sementara nak tunggu pukul 3 tu ialah menghiburkan hati anak dara ketipang ketipong nilah.   Bagus gak sunway ni buat permainan cenggini untuk bebudak dalam mall. Bolehlah mak pak hiburkan hati anak-anak kejap. Caj untuk 3 orang naik roda putar ni RM12 rasanya. Oklah tu, sekali sekalakan. Bukannya hari-hari. Janji hati anak gumbira, mak okeh jer (^_^)   Sebenarnya masa ni safiyya dah mengantuk giler-giler dah. Mulalah buat perangai macam-macam. Ta...

Entry bergambar kalau ada yang rindu.

Imej
    Assalamualaikum   Dah lama tak interframe muka anak beranakkan. Sekali sekala, layankan jelah ye :)   Gambar safiyya paling baru a.k.a semalam. Berangan nak bawak keta kononnya. Dah nak masuk umur 2 tahun dah bulan Jun nie. Baju yang dia pakai tue pon dah makin senteng. Mula-mula pakaikan dia baju lain, tapi sebab dia terlampau aktif, abis lenjun baju yang dia pakai kena air jagung semalam. Masuk dalam kereta, terus tukar baju ni, nasib ada spare :) Gambar ni masa Karnival WOW aritu. Khusyuk sangat dia tengok Upin Ipin sampai terkagum-kagum menongkat dagu. Berlakonnn sangat anak dara nikannnnn (^_^)     Last but not least, gambar masa pergi I-City aritu. Along datang rumah aku, dia ajak pergi sini sebab nak bawak anak-anaknya berjalan. Diorang tak tau jalan, so kitorang bawakkanlah. Ni kali kedua aku datang, kali pertama tahun 2010 dulu. Masa tue, aku tak pregnantkan safiyya lagi. Walaupon sekarang nie ada macam-ma...