Berbasikal kat Taman Botani!
Lepas breakfast kat Presint 8, jom kita jalan-jalan pusing Putrajaya!!! Tak pernah-pernah kitorang round putrajaya pagi-pagi. Selalunya masa-masa ni sibuk membasuh baju, mengemas rumah bagai. Sekali sekala tukar rutin, bagus jugakkan. Boleh ajar anak-anak riadah pagi-pagi (^_^)
Aktiviti biasa bergambar jelah kerjanya. Makin lama aku tengok safiyya ni dah makin ikut muka aku pulak. Patutlah "panas" sokmo dengan mama eh kakak.
Aku dapat bayangkan bila bebudak ni dah besar, jalan-jalan dengan abah diorang ni mesti nampak macam kawan-kawan je gamaknya. Awet muda sentiasa lakiku itu. Bertuahlah badannnnnnn!!!
Kali ni, kita pusing Taman Botanilah pulak. Mula-mula tak perasan pun ada aktiviti berbasikal kat sini. Ingatkan semua yang naik basikal ni bawak dari rumah. Rupa-rupanya salah tanggapanku itu. Taman Botani ada menyediakan khidmat sewa basikal. Cantikkkk sangat. Dah lama giler aku tak berbasikal. Entah boleh mengayuh lagi ke tak pun aku tak pasti.
Kitorang sewa 2 basikal untuk sejam RM12. Bolehlah kot. Puas mengayuh. Bila part naik bukit je, kitorang tolak je basikal. Tak mampu nak mengayuh sebab basikal jadi berat sesangat. Lagipun, gear basikal ni macam dah set siap-siap.
Sementara menunggu abah register, jom kita duduk-duduk dulu. Safiyya tak lepas pegang buku ultraman dia. Die hard fans ultraman sungguh cik adik ni.
Bila dah berbasikal ni, merasa jugaklah kitorang naik bukit kat taman ni, pusing-pusing bawak anak-anak. Kemain seronok diorang. Nia mula-mula mengantuk, tapi lepas kena angin sepoi-sepoi kat muka je terus jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"...bahagia sungguh agaknya.
Lambung sikit niaaaaa!!!
Sempat lagi anak dara ni baring atas bukit ni. Yelah, cuaca pagikan tak panas sangat. Memang elok sanagt nak beriadah.
Dengan chenta hati. Dialah suami, dialah sahabat, dialah kawan gaduh, dialah yang terbaik, insyaAllah.
Dalam masa sejam, abis jugaklah kami pusing-pusing taman tu. InsyaAllah, aktiviti ni WAJIB direpeat lagi. Seronokkkk sangat! Teringin jugak nak berpicnic kat sini. Macam best je. Pastu, tetiba terfikir nak sambut birthday anak-anak kat sini nanti. Ajak sedara mara, makan-makan, wahhhhhhh..Best tuuuuu!!!!!!!! Tengoklah tahun depan. Jadik ke tidak perancangannya ye, hehe..
Korang kalau nak bawak anak-anak beriadah, bolehlah datang sini. 100% recommended!!!!!!!!













Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?