Banjir dan berkayuh di Taman Wetland
Assalamualaikum Kerja ke cuti arini korang? Aku kerja macam biasa. Tak amik cuti pun. Next week baru cuti. Wan (pengasuh anak-anak) ada majlis kenduri kawen dekat Johor, tu yang aku cuti. Cuti aku pun bos dah luluskan, alhamdulillah. Semalam, New Year, apa je aktiviti korang? Kitorang anak beranak ke Pusat Rekreasi Taman Wetland je bawakkan anak-anak buah berjalan. Kesian diorang, datang sini dari hari isnin tak kemana pun. Maklumlah, kedatangan tak dirancangkan, ginilah jadinya, hahaha. Sebenarnya, plan asal, abang dan mak aku nak ke Melaka bawak bebudak ni berjalan. Last minit, TEMERLOH naik air, banjir. Cuti dia dan kak ipar aku dah dibekukan pihak hospital. Itu dah satu hal. Tak semena-mena, awal pagi dalam pukul 1 lebih, dia wasap aku bagitau rumah dia naik air banjir. Pulak! Terus aku tanya, nak aku amik anak-anak dia tak. Yelah, aku terus bayang yang teruk-teruk je. Kesian nanti buatnya air naik lagi tinggi, kan dah susah. Pagi isnin tu, aku ngan mak pergi am...