Akhirnya, seorang lagi menikah!
Assalamualaikum Banyakkan entry hari ni. Tu tandanya harini banyak idea+mood mengarang pon tengah ada. Kalau time takde mood tu mau berminggu aku tak hupdate. Asik berjalan ke blog orang aje :) Pagi tadi aku ada cekup. Citer pasal cekup, kita citer esok-esoklah kot, insyaAllah. Ni nak tebus janji yang dah lama aku pendamkan. Aritu aku ada cakap awal bulan Jun aritu aku ada balik Bentong sebab kawan masa kecik-kecik sampai sekarang ni kawenkan. Sebenarnya dia ni muda setahun dari aku. Kat rumah, kitorang rapat berempat. Aku, kak ija, zila dengan fatihah. Dia nilah paling muda antara kitorang. Walaupon antara kitorang berempat berbeza umur (kecuali aku dengan zila yang sebaya) kitorang boleh ngam! Ingat lagi dulu-dulu masa aku study kat poly, tiap kali balik cuti, mesti kitorang akan keluar makan kat kedai tiap kali Jumaat malam. Mak masing-masing pon takde hal, janji jangan balik lambat. Dulu kitorang ada kedai feveret. Semenjak kedai tu dah tukar tukang masak, ter...