Akhirnya, seorang lagi menikah!
Assalamualaikum
Banyakkan entry hari ni. Tu tandanya harini banyak idea+mood mengarang pon tengah ada. Kalau time takde mood tu mau berminggu aku tak hupdate. Asik berjalan ke blog orang aje :)
Pagi tadi aku ada cekup. Citer pasal cekup, kita citer esok-esoklah kot, insyaAllah. Ni nak tebus janji yang dah lama aku pendamkan. Aritu aku ada cakap awal bulan Jun aritu aku ada balik Bentong sebab kawan masa kecik-kecik sampai sekarang ni kawenkan. Sebenarnya dia ni muda setahun dari aku. Kat rumah, kitorang rapat berempat. Aku, kak ija, zila dengan fatihah. Dia nilah paling muda antara kitorang. Walaupon antara kitorang berempat berbeza umur (kecuali aku dengan zila yang sebaya) kitorang boleh ngam! Ingat lagi dulu-dulu masa aku study kat poly, tiap kali balik cuti, mesti kitorang akan keluar makan kat kedai tiap kali Jumaat malam. Mak masing-masing pon takde hal, janji jangan balik lambat. Dulu kitorang ada kedai feveret. Semenjak kedai tu dah tukar tukang masak, terus aktivi makan malam kitorang ke laut.
Kalau keluar pon, pergi jalan gitu-giu jelah. Itu cerita 6,7 tahun lepas. Sekarang 3 daripada kitorang dah pon bernikah. Akulah yang paling advacenya, anak nak masuk dua. Tinggal zila je lagi yang belum bertemu jodoh. Takpe, muda lagi. jangan risau eh :)
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahlah adikku sorang ni jadi isteri pada suami pilihan hatinya. Aku pergi masa dia nikah tu. Tapi duduk kat luar je sebab berkejar dengan safiyya. Rumah dia dengan aku belakang-belakang je, jadinya dekat yang amat nak perginya pon. Selesai nikah ingat nak tunggu pengantin nak bergambar, tapi anak daraku dah meragam nak tido. Maklumlah, time tue dah dekat pukul 10, siang hari tu pulak dia tak tido, jadi mohlah kita pulang. Esok time majlis barulah kita bergambar sakan yep!
Pegi kemain awal, dah kata simpan perut nak makan lauk kendurikan. Aku ni kalau tau kat rumah kenduri tu hidang lauk-lauk kampong memang aku bersemangat sikit nak pergi. Kalau sekadar lauk biasa time kenduri, aku macam tak berapa nak layan.
Safiyya dengan abang Mikhail (anak abang aku). Gambar anak mesti lebih dari biasakannnnn...Dah macam adik beradim pulak budak 2 orang ni. Ramai pon yang salah anggap ingat diorang dua beradi. Maybe sebab mata sama2 cepet+kulit dua-dua cerah :)
Ehem!! Jangan jemu tengok baju yang sama je aku dok ulang pakai yerp! Tak kuasa dah nak beli baju baru. Bukan boleh pakai lepas bersalin pon, rugi duit nanti :P
Nielah pengantinnya. Pandai dia sorok kisah cinta dia. Dengan kitorang pon dia berahsia yang amat makcik ni. Bila mintak tengok gambar pakwe, sokmo cakap takde simpan. Nyampah je. Kalau korang nak tau, time dia kawen nilah baru aku tegok muka husband dia. Sedangkan dia cakap suami dia ni sama sekolah dengan kitorang dulu. Sungguh aku tak perasan muka laki dia ni. Mesti laki dia ni budak-budak skema yang tak hot sangat sampai aku tak kenal, hihi..
Acara biasalahkan...Potong keklah, apa lagi..Bagus fatihah ni, bersanding cepat. Dalam kul 12.30 dah ada depan pelamin, takdelah jenuh menunggu. Time dia bersanding, aku pergi mengenyangkan perut, haha. Lauk semua sedap-sedap. Antara yang aku ingat ayam kuzi,serius sedapppppp.
Nielah kawan-kawan aku, dari kiri kak ija, aku, pengantin laki, fatihah, zila (yang pakai tudung kuning). Sebelah zila tu adik dan sepupunya. Pasni tunggu nasi minyak zila je lagi :)
Last but not least, gambar tuan punya belog bersama suami, anak dan pengantin (^_^)
My dear Fatihah, kak mira doakan moga ko sentiasa bahagia hingga ke syurga. Dah kawen ni buang sikit perangan gila-gila ko tu eh. Gila-gila dengan kitorang je takpe. Cepat-cepat dapat baby tau, boleh bagi akwan kat safiyya ngan adik safiyya (^_^)







Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?