Makan, makan, dan makannnnnnnnn
Assalamualaikum. Dah puas cerita aktiviti riadah, cerita pasal makan-makanlah pulak. Takde apa nak ceita, kita up menu-menu yang dimasak masa weekend aritulah ye,. Jadiklah, ada jugak cerita. Daripada blog terbiar sunyi. Terlampau banyak menda nak update. Tengoklah mana yang sempat ye. Lepas berkayuh ari sabtu tu, balik rumah, sambung buat kerja rumahlah pulakkan. Walaupon perut kenyang lagi, aku suka je masak awal. Senang. Karang, bila-bila nak makan boleh amik je. Lagipun, weekendkan banyak cerita tv yang best-best. Haruslah pandai menyusun jadualkan. Macam biasa, lauk simple-simple macam ni yang akan buat nasi bertambah. Nak-nak kalau makan nasi panas-panas. Layannnnn!! Kitorang lunch dah lambat. Dalam pukul 3/4 tak silap. bebudak je makan awal. Elok je aku siap masak, nia dah meragam nak makan. Bertambah-tambah dua beradik ni makan bila aku buatkan labu masak lemak ni. Kita yang tua pun suka, apatah lagi budak. Diorang aku goreng...