Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tadika 2016

2016

2016 Assalamualaikum blog. Selamat tahun baru. 6 Januari 2016 baru nak mula menulis di sini. Untuk rekod kenangan momen-momen anak mula bersekolah dan di taska :) Ok, kita cerita bab safiyya dulu. Next entry, baru cerita bab Nia. Untuk tahun  ini, Safiyya dah pun mula bersekolah (5 tahun). Safiyya memang eksited sangat nak sekolah. Dah lama rasanya dia minta, cuma aku dan husband rasakan umur 4 tahun terlalu awal untuk dia. Lagipun, safiyya jenis yang tak boleh lama-lama dalam aircond. Diakan ada asma. Sebelum ni, tak jumpa cari playschool yang hanya menggunakan kipas di sekolah. Kebanyakannya banyak menggunakan aircond. Tak nak amik risiko untuk dia, sebab tu, kami biarkan dia tinggal di rumah acik sampailah umur 4 tahun :) Alhamdulilllah, hasil gigih mencari dan survey tadika yang sesuai untuk safiyya dari awal tahun lepas, aku dah jumpa yang sesuai dengan dia. Dalam hati dah list 2 tempat ni untuk dia iaitu, Little Caliph dan PASTI. Bagi Little Caliph, aku tertarik denga...