Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rumahku Syurgaku

1st time makan di Restoran Berputar Menara KL + Progres rumah baru

Imej
Assalamualaikum   9 Mei lepas ofis aku ada buat jamuan bagi meraikan para kakitangan yang terlibat secara langsung @ tidak dalam penugasan sempena Pilihan Raya aritu. Jamuan kali ni buat kat Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur. Sebenarnya, ni kali kedua aku datang Menara KL. Dulu 1st time datang masa menara ni baru buka. Itupon ikut rombongan KRT kat rumah mak. Masa tu, aku masih budak hingusan lagi, rasanya dalam darjah 3 gitew! Selepas 17 tahun berlalu, baru kali ni aku merasa datang sini semula. Sangattttt lama yeh!!!   Waktu dapat tau nak buat jamuan dekat sini, eksited giler kot aku. Nak merasa jugak macam mana perasaan bila makan kat tempat tinggi sambil berputarkan?? Lagipon, percumaaaaaaaaaaaaaa!! Makcik sukaaaaaa :P   So far, makanan semua sedap. Takde yang aku tak puas hati pon. Sesuai dengan hargalah kot! Paling best ikan bakar diorang. Yummieh!! Berebut-rebut kitorang. Asal chef topup je, menderulah kitorang ke sana. Tapi, aku amik sekali je, s...

Kunci rumah dah dapat

Imej
  Assalamualaikum Alhamdulillah, semalam kitorang dah dapat kunci rumah dah. Perasaan?? Entahlah..Aku macam takde perasaan sangat pon. Mungkin sebab takde plan nak duduk, hihi..Beli kemain mahal, last-last tak berduduk, ape kes??   Takde kes yang melampau pon, cumanya tak larat aku nak berulang Senawang-KL hari-hari.Yang sekarang nie dok berulang Putrajaya-KL pon aku dah letih. Biarlah rumah tu jadi rumah persinggahan di hujung minggu je nanti,hahaha..   Takpun, besar kemungkinan akan disewakan kepada siapa-siapa yang nak menyewa. Mungkin agak rugi di situ ye, tapi nak buat macam mana. Untuk berpindah ke Seremban/Senawang buat masa nie memang tak terlintas di fikiran. Duduk putrajaya dah banyak mudahnya. Nak-nak bila dah ada anak nie. Sekolah dah ada depan rumah, pengasuh untuk anak-anak pon dah jumpa yang terbaik. Rugi sangat kalau tinggalkan Putrajaya. Nanti-nanti kalau anak-anak dah besar baru kita fikir semula sama ada nak berhijrah ke Senawang atau tidak ...

Azam dan Impian yang terlaksana :)

Imej
Alhamdulillah..Dengan rezeki yang dikurniakan ALLAH S.W.T, berjaya aku dan hubby untuk memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun. Memang aset nie yang paling-paling aku inginkan..Memang tercapai hasrat kami unutk memiliki rumah teres yang ada laman untuk anak main-main..Yang senang untuk parking dan tak payah nak kena angkat barang banyak kali turun naik lif..Walaupon rumah nie jauh di selatan, takperlah.. Janji dah ada aset..Kalaupon tak duduk sekarang, mungkin boleh disewakan nanti..Dalam banyak-banyak aset, rumah jer yang tak pernah turun harga..Makin mencanak adalah..Harapnya, moga nanti ALLAH permudahkan untuk aku dan hubby pindah opis lah pulak... Ikut kata pemaju, insyaAllah rumah kami dijangka siap hujung tahun nie..Aku takkan pindah selagi tak bertukar tempat kerja..Nantilah aku citer kenapa rumah kami nun jauh sampai ke selatan ek :)