Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Nasi Goreng sedap!

Imej
  Assalamualaikum       Lunch arini aku makan bekalan nasi goreng dari rumah. Sedap giler kot dapat makan nasi goreng air tangan sendiri. Sedap bukan pasal apa. Sebab boleh buat ikut citarasa sendiri je. Aku ni nama je pregnant, tapi makanan pedas aku masih makan. Tak pedas tak sedap kat tekak. Ye, aku tau orang kata tak elokkkan makan pedas-pedas time cenggini. Apa nak buat, tekak mak yong memang cenggini. Dulu time mengandungkan safiyya pon aku makan pedas-pedas jugak sampaikan ofismate pon pelik.   Nasiblah bila safiyya lahir kulit dia ok je, Orang kata kalau makan pedas-pedas nanti kulit anak merah-merah ye???

Setelah berbulan-bulan........

Imej
Assalamualaikum   Maaflah, gambar nie gambar percutian time awal-awal tahun dulu. Gambar yang kat Morib ni aku bercuti dengan family aku awal Januari aritu. Masa nie, tengah mabuk kuat. Feeling nak update belog pon takdekan masa tu. Trip nie dah plan dengan abang aku sebelum aku pregnant lagi. Hanya dapat direalisasikan lepas dia ngan kak ipar aku dapat cuti. Maklumlah, orang kerja hospital ni cuti tak sama dengan kita yang kerja ofis hourkan. Layankan jelah gambar-gambar yang aku dah combinekan. Lebihnya untuk aku jadikan kenang-kenangan nanti. Senang, belek je blog sendiri, dapatlah tengok gambar lama-lamakan :)     Anak dara kesayangan ketipang ketipong.     Kak iparku dengan syasya + bonda kesayangan dengan budak debab!   Artis sangat gambar yang belah kiri tew!! Oh lupa nak bagitau, nenek aku pon join sekali trip ni. Kebetulan, mak aku balik Perak, mak aku anggkut sekali opah aku sebab lepas tu, nak bawak opah aku ke B...

1st time makan di Restoran Berputar Menara KL + Progres rumah baru

Imej
Assalamualaikum   9 Mei lepas ofis aku ada buat jamuan bagi meraikan para kakitangan yang terlibat secara langsung @ tidak dalam penugasan sempena Pilihan Raya aritu. Jamuan kali ni buat kat Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur. Sebenarnya, ni kali kedua aku datang Menara KL. Dulu 1st time datang masa menara ni baru buka. Itupon ikut rombongan KRT kat rumah mak. Masa tu, aku masih budak hingusan lagi, rasanya dalam darjah 3 gitew! Selepas 17 tahun berlalu, baru kali ni aku merasa datang sini semula. Sangattttt lama yeh!!!   Waktu dapat tau nak buat jamuan dekat sini, eksited giler kot aku. Nak merasa jugak macam mana perasaan bila makan kat tempat tinggi sambil berputarkan?? Lagipon, percumaaaaaaaaaaaaaa!! Makcik sukaaaaaa :P   So far, makanan semua sedap. Takde yang aku tak puas hati pon. Sesuai dengan hargalah kot! Paling best ikan bakar diorang. Yummieh!! Berebut-rebut kitorang. Asal chef topup je, menderulah kitorang ke sana. Tapi, aku amik sekali je, s...

Entry campur-campur macam rojak, yummy!!

Imej
  Assalamualaikum   Hari ni hari gumbira sebab en.aril dah balik berkursus, yeay!! Tido malamku kini kembali lena bila si dia ada di rumah, hahaha. Sepanjang dia berkursus ni, memang aku dengan safiyya tido kat ruang tamu je. Bentang tilam+toto safiyya siap-siap, lepas siap semua kerja rumah, marilah kita menidurkan diri kat luar ye wahai anak. Katil dalam bilik kita tinggalkan untuk seketika :)   Kalau tinggal berdua je dengan safiyya boleh dikatakan aku lebih kerap tido kat ruang tamu berbanding dalam bilik. Aku rasa lebih selesa + lebih yakin bila tido tempat lapang. Akukan penakut tahap diva. Bagi aku antara gangguan manusia dengan menda halus, aku lagi takut gangguan manusia kot! Lagipon aku pernah ada pengalaman rumah kena pecah masuk masa tengah tido waktu kat kelantan dulukan. Kerja mat pet je pon. Tapi, sebab menda  dah jadi depan mata dan orang tu pulak tengah bergelut dengan housemate sambil pegang pisau, lagik...

Baju raya anak dah setel!

Asssalamualaikum Yey!! Misi mak buyung mencukupkan baju raya untuk anak dara ketipang ketipong dah setel pon tadi. Beli sikit-sikit supaya tak rasa sangat duit yang mengalir. Maklumlah, baju bebudak ni karang harganya lebih mahal dari kita orang dewasa ni. Sekali bayar, dah sampai beratus, rabak poket mak ayah :P   Tapi, yelah, sebelum berbelanja, kenalah sukat baju kat badan sendirikan. Kenalah tengok bajet yang ada. Janganlah nak hentam kromo. Nanti tengah bulan menggagau korek duit tabung nak beli lauk kat pasar kan dah susah.   Anak dara aku tu untung rasanya. Tiap bulan ada je baju baru yang mak paknya beli untuk dia. Walaupon bukan yang mahal, tetap baju baru. Mak paknya bukan suka-suka nak top up baju anak dara sorang ni, tapi terpaksa wajib top up sebab anak dara mak cepat benar tingginya. Baju-baju basahan yang dok pakai hari-hari kejap je nampak kecik dengan dia. Dah banyak baju yang terpaksa disimpan dalam kotak storage sebab nak kosongkan ruang dalam al...

I LOVE U ayat keramat gitew!

Imej
Assalamualaikum   Sekali sekala bangun pagi-pagi mata dijamu dengan perkara macam ni memang sweet sangatkan?   Terus senyum sampai telinga sepanjang hari,hohoho..   Tapi, bukan pagi tadilah kejadiannya. Kejadiannya dalam 2 minggu lepas kot! Tak kesahlah tu bila masanya pon, janji boleh buat hati ini berbunga-bunga (^_^)     Ehem! Kejap lagi nak g Mom & Baby Expo kat Mid. Harap-harap orang tak seramai time weekend, fuhhhh!!!

Bihun goreng di tengah hari (^_^)

Imej
Assalamualaikum   Dah kuar lunch ke korang? Aku dah siap makan pukul 12.30 tadi. Makan bekalan dari rumah je. Malas nak keluar sekarang ni. Jemu  pon ada mengadap makanan kat cafe ofis ni. Lagipon, dahlah cafenya jauh, mak yong dah tak lalu nak naik turun bukit membeli makanan. Langkah paling selamat kita beli makanan siap-siap sebelum masuk ofis ataupon bawak je bekal dari rumah.   Kebetulan, pagi tadi pagi yang terlebih rajin. Lepas solat subuh, terus goreng bihun 'cerdik' ni. Takde letak apa-apa isi pon, tumis dengan bawang merah+bawang putih+udang kering+ikan bilis dengan cili kering je. Sonang baitu :)   Potong kobis kecik-kecik, kacau-kacau, campak bihun, dah siap. Garam jangan lupa ye. Sebab taknak nampak plain sangat bihun ni, aku dadarkan telur sebiji, kebetulan ada lebih daun sup seurat dua dalam bekas sayur, kasi potong halus-halus tabur sekali dengan telur. Yummy!!! Sedap amat dah rasanya! Jimat pon jimat, bersih dah tentu past...

Sembang kosong di petang hari

Assalamualaikum Amboi, kemain intan! Sampai 3 entry ko tibai arini ye. Nak buat camno. Aku sensorang je kat opis arini sambil ditemani 3 orang bos kecik dalam ni. Staf lain semua yilek!! Ada yang off penugasan Pilihan Raya dan ada yang EL. Diorang balik ngundi jauh sangat, tak sempat nak balik kerja arini, cuti pulak dibekukan, jadinya arini hari EL sedoniaaaaa, hahaha..   Disebabkan diorang EL, melangutlah aku sensorang kat opis. Boringgggggggggggggggg!!!!!!! Takde member nak sembang. Bos?? Ader..Nak suruh sembang dengan dia?? Maaflah. Itu takde dalam senarai aku. Lebih baik dok mengadap internet ni dari bersembang dengan dia. Tak reti haih nak sembang pasal ape. Pasal PRU, aku tak minat. Sebab tu aku takde nak pos-post atau update entry berkaitan Pilihan Raya selama hari ni. Memang terus terang aku tak minat politik. Pening kepala otak kalau nak fikir orang tu kata orang ni, orang ni kata orang tu. Ntah apa-apa je. Cubalah korang bersatu. Kan senang. Aku cuma sokong ...

Burger Abang Aril yummy!!

Imej
Assalamualaikum   Aritu aku pernah cakap burger yang menjadi igauan dan idaman aku sampai termimpi-mimpi haruslah BURGER ABANG ARILkan??? Burger hasil tangan laki sendiri, wajiblah kita bagi pujian melampau, tak gitewwwww??!   Last week dapatlah aku makan lagi burger ni. Kebetulan, kat freezer ada lebih 2 keping daging burger abang Ramly+stok roti Gardenia baru je topup. Semua bahan yang diperlukan pulak memang dah ada, laju jelah en.aril masak burger ni dengan penuh kasih sayang untuk isteri dia yang tengah mengandung ni :)   Dah kata kesayangankan, haruslah kita berkongsi makan. Sepinggan burger untuk makan 3 beranak. Barulah bertambah mesra dan aman kehidupan rumah tangga (^_^)     Gambar dari atas macam biasa jekan. Tak nampak pon kat mana menariknya melainkan batang lidi yang dah tercucuk atas burger, sama macam burger-burger bakar yang lain. Meh, kita tengok gambar burger abang aril dari pandangan sisi pulak. Wallaw...

Menikmati nasi ayam air tangan sendiri + meraikan besday Chenta Hati di The Grato :)

Imej
Assalamualaikum   Kemain pagi lagi aku mengupdate belog ye arini. Line tengah clear ni, mehlah kita upload gambar cecepat. Gambar nie pending dari last week lagi sebenarnya. Sebab tu last week aku senyap tanpa berita. Nak gebang menda lain, tak tau nak citer apa. Terpaksa gigihlah aku sabar tunggu semua gambar ni boleh di upload ye :)   Menu nasi ayam ni aku masak hujng minggu yang lepas ye. Setelah berkurun lama tak masak nasi ayam sendiri, teringin pulak tekak ni nak makan air tangan sendiri. Senyum sampai telinga en.aril bila dengar aku nak masak nasi ayam ni. Bila dah lama tak buat, kurang kick sikitlah rasanya. Sebab aku ingat-ingat lupa resepinya. Belasah jelahkan. Walaupon kurang kick, abis jugak sepot nasi makan 3 beranak. Dah kata lama tak makankannnnnnnnnn...     Tengok gambar memang menggiurkan, tapi rasanya harus di improve lagi lepas ni. Barulah sedap bila lalu di anak tekak ibu mengandung ni :)   29 April aritu besday en.ari...