Selamat hari lahir yang kedua putriku (^_^)
Assalamualaikum Semalam 12 JUN 2013 genaplah umur anak dara ketipang ketipong ni 2 tahun. Alhamdulillah, selama 2 tahun membesarkannya, macam-macam pengalaman baru yang kitorang (aku dan en.aril) lalui. Pahit, manis, masam, pahit semua ada. Tapi, tentu-tentulah kemanisan yang lebihhhhhhhh banyak dari semua rasa yang tak sedapkan. Sempena birthday dia kali ni, kitorang sepakat bercuti sebab kebetulan tarikh dia dan aku cekup kat klinik jatuh hari yang sama. Senang kerja mak! Anak cekup umur 2 tahun, mak cekup pregnancy yang nak masuk 33weeks :) Nurse pon tergelak tengok, sampai dia cakap "eh, anak baru masuk umur 2 tahun, maknya dah sarat nak bersalin". Aku sengih je. Faham-faham sudahlah maksud ayat dia tu. Itu salah satu tanda yang diorang nak cakap aku tak makan perancanglah tu, hahaha..Aah, memang tak makan pon. Rancang sendiri-sendiri je. Sebab tu Allah bagi rezki awal untuk menambah anak kedua ni :) Selesai cekup, terus kitorang ke Kidzania (T...