Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

2017, menghitung hari untuk baby ketiga :)

Assalamualaikum. Hai hai hai semua. Harini dah 18 Januari 2017, bermakna kandungan aku dah masuk 37w4d. Baby masih belum menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Aku berdoa sentiasa supaya aku dapat bersalin 22 Jan ini, hehe. Takde sebab apa pun, saje supaya tak kelam kabut bersalin time CNY + anak-anak daapt diuruskan dengan baik sebelum cuti. Ahad lepas pun dah pergi jumpa Acik untuk tumpangkan anak-anak aku time aku sakit nak beranak nanti. Kat situ dah lega sikitlah, cuma aku berharap aku sakit nak bersalin tu kalau boleh biarlah time hari siang bukan tengah malam time orang sedang lena diulit mimpi, hehe. Kesian Acik kena kacau tidur dia tengah-tengah malam nanti, huahuahua... Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku baik-baik sahaja sekarang ni. Beg persiapan ke hospital pun dah siap, tunggu masa je. Aku tak letakkan beg dalam kereta pon, aku tinggal kat rumah je. Sebab kami tak de kemana pun. Sekadar pusing-pusing Putrajaya dan kawasan berdekatan je. Pregnancy kali ni, aku tak s...

Demam. Chickenpox, Viral Fever, Jangkitan Kuman, All in on 2016

Sambungan cuti seminggu............. Okeh, fokus kepada cerita nan satu ni aje :) Tahun 2016 ni aku rasa tahun menduga aku dan husband berkaitan kesihatan anak-anak. Dari awal Januari, sehinggalah sekarang. Orang kata, itu perkara biasa sebab budak-budak tengah nak membesar. Yes, aku akui itu. Cumanya, disebabkan aku bekerja, makanya secara tak langsung rumit jugaklah bila melibatkan cuti rehat untuk menjaga anak-anak. Bukan kedekut, bukan berkira, tapi cuti rehat tahun ni memang banyak diperuntukkan hanya untuk menjaga anak-anak.  Januari bermula dengan safiyya demam teruk dekat seminggu lebih ke 2 minggu, berulang ke klinik sampai 3 kali, ambil darah, dan akhirnya disebabkan dehidrat, doc terus refer ke Kecemasan Hospital Putrajaya sebab klinik kesihatan tak berani ambil risiko. Ingat lagi, mulanya safiyya je yang demam, lepas 2,3 hari berjangkit dekat kami satu family. Hari yang aku kena bawak dia ke emergency, sebenarnya aku demam. Tapi, lepas aku telan panadol s...