Sembang jom!
Assalamualaikum. Lamanya tak membebel kat sini. Kawan-kawan aku yang selalu suruh update pon entah-entah dah letih menunggu aku update. Maaflah korang, semenjak aku duk tempat baru ni, masa memang limit sangat. Dah dekat sebulan lebih aku naik kerja lepas bercuti panjang (bersalin) aku rasa belum ada masa yang boleh aku bersenggang (kecuali time lunch hour). Aktiviti aku pack sangat kat ofis. Selain kerja ofis, aku bizi mengepam susu. Masa untuk mengepam susu setiap satu sesi ada lebih kurang 30 minit atau lebih sikit campur dengan masa untuk cuci botol + steril botol tu semula. Dahlah aku try untuk pam 3 kali sehari kat ofis. Pagi, lunch hour dan time asar. Memang berkejar masa jelah kerja aku setiap hari, hohoho. Tapi, kadang-kadang ada jugak yang aku terpaksa skip bila bebanan tugas mendahului dari yang lain Alhamdulillah, walaupon bizi, aku seronok. Memang inilah yang aku nak dari duluuuuu lagi. Aku taknak datang ofis semata untuk goyang kaki ...