Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesayanganku

Riang raya berselfie dengan anak-anak dara!

Imej
Assalamualaikum, hai. Pagi ni maybe nak belanja gambar je yang banyaknya. Semua gara-gara semalam dok godek balik entry lama-lama. Terus terasa, sangat sesuatu tau! Bukan menda apa pun, terasa betapa bermaknanya blog ni sebab boleh refresh balik cerita zaman dulu kala, haha. Kalau tak dapat menaip, dapat tengok gambar pon ok sebab, sekarang ni pun gambar-gambar yang ada, macam tak mampu dah nak disimpan dalam hensetkannnn. Better simpan dalam blog, nanti-nanti, bolehlah tengok balik. Macam semalam, tengok entry masa safiyya kecik-kecik dulu. alahaiii....dah besar panjang anak mama ni sekarang. kalau dulu bulat getey orang cakap, sekarang pon bolat jugak, tapi sebab dia dah tinggi, tak nampak sangat bulatnya. Terus terasa, cepatnyalah anak aku membesar, Tahun depan nak sekolah dah pun Jangan cengeng ye kakak masuk tadika next year :) Disebabkan blog ni mungkin akan lebih banyak gambar selfie anak beranak, mungkin hasrat untuk memprivatekan blog ...

Wong solo dan carbonara di hati!

Imej
Cerita lamaaa, saja nak share sebab nak delete gambar dalam fon, kuang kuang kuang. Kitorang laki binik memang perminat setia Wong Solo. Bila terasa nak makan je, mesti ke Bangilah kitorang terjah. Antara take away dan makan kat sana, kitorang prefer makan kat sana sebab boleh tambal sambal dia yang super meletop itu!! So, jom cekidaut! Si kenit Nia yang tak reti duk diam. Aktif memusing. Sebab tu selamat makan kat tempat bersila macam ni. Kalau duduk kat meja makan tu, kirim salam! Hai, nama saya Hanania Qaisara. Mama tu selalu sangat komplen saya ni aktif. Karang saya pasif je, dia risau jugak. Malas nak layan mama. Main lagi best! Macam biasa, menu yang sama tiap kali datang sini. Set ayam penyet untuk aku, ayam bakar untuk husband. Tambah nasi sepiring untuk safiyya. Setel!! Anak dara abah! So kiut safiyya mulut penuh, haha. Sekarang ni dia berselera makan. tapi bila dengan kitorang jelah. kat rumah wan, kemain susah nak makan. malu san...

Nia si kenit yang banyak akai

Imej
Assalamualaikum Dah breakfast? Aku dah minum siap-siap masa sampai ofis tadi. Senang breakfast awal ni. Takde kalut nak makan bila kerja menimbun nantikan. Bos takde, meeting kat Kementerian, that's whylah aku free, haha. Dah sebulan lebih kat sini, aku dah boleh adapt dengan suasana dan cara kerja sini. Masa pon aku dah boleh ejas. Sebab tu kadang banyak masa free :) Sehari dua ni, hidung aku sumbat. Beselah, makan tak pantang. Semua seafood bedal, padanlah muka. Bersin non stop, syabas pada diri sendiri. Dah 2,3 hari deria rasa hilang. Makan pon takde rasa menda. Paling haru bila nak masak. Bila dah takde deria rasa, husbandlah yang kena merasa semua masakan. Ikutlah tekak dia, sedap ke tak, aku serah pada dia. Pandai-pandailah ejas . Macam semalam, makan pun tanpa perasaan. mengenangkan perut lapar je. dah siap makan, minum teh o panas legaaaaa sangat. rasa terbukak lobang hidung semula. Pagi ni, duk dalam ekon, balik sumbat semula hidung. Bertabah jelah ye. Anak-an...

Banjir dan berkayuh di Taman Wetland

Imej
Assalamualaikum Kerja ke cuti arini korang? Aku kerja macam biasa. Tak amik cuti pun. Next week baru cuti. Wan (pengasuh anak-anak) ada majlis kenduri kawen dekat Johor, tu yang aku cuti. Cuti aku pun bos dah luluskan, alhamdulillah. Semalam, New Year, apa je aktiviti korang? Kitorang anak beranak ke Pusat Rekreasi Taman Wetland je bawakkan anak-anak buah berjalan. Kesian diorang, datang sini dari hari isnin tak kemana pun. Maklumlah, kedatangan tak dirancangkan, ginilah jadinya, hahaha. Sebenarnya, plan asal, abang dan mak aku nak ke Melaka bawak bebudak ni berjalan. Last minit, TEMERLOH naik air, banjir. Cuti dia dan kak ipar aku dah dibekukan pihak hospital. Itu dah satu hal. Tak semena-mena, awal pagi dalam pukul 1 lebih, dia wasap aku bagitau rumah dia naik air banjir. Pulak! Terus aku tanya, nak aku amik anak-anak dia tak. Yelah, aku terus bayang yang teruk-teruk je. Kesian nanti buatnya air naik lagi tinggi, kan dah susah.  Pagi isnin tu, aku ngan mak pergi am...

Wholemeal Sandwich Telur :)

Imej
Assalamualaikum Hai semua. pekabar? Dah breakfast? Arini aku bawak bekal sandwich telur + air milo homemade. Jimatkan. Tak payah bersesak kat cafe bawah, terus je naik opis. Wah! Mithali sangat gayanya kakaka. Takdelah. Saje je. Sekarang ni, aku tengah try nak ejas time masak dinner aku. Lepas aku baca blog kak lieya latif, aku rasa aku pun nak try masak macam dialah. Aku kagum giler kot, dia bangun pagi-pagi buatkan bento untuk anak-anak dia. Lengkap pakej dari breakfast, lunch membawak ke kudapan untuk anak dia ke KAFA belah petang. Gigih dia masak macam-macam awal pagikan.  Bila dah rajin baca, baru aku tau, rupanya dia masak pagi-pagi tu, untuk lauk dinner terus. Kiranya bekalan untuk lunch anak dia tu untuk lauk dinner nantilah. Untuk dinner karang, anak dia akan repeat lauk yg sama time lunch yang mama diorang bekalkan. Waa!! Terus aku dapat idea. Why not aku buat macam diakan. Lagi senang. Balik rumah cuma perlu masak nasi dan goreng ikan/ayam  je kalau...

Bebel!

Assalamualaikum Arini free je kat ofis. Bos ada kerja luar sampailah petang. Jadik, PA dia pun terus bersenang lenang. Perut lapar kemahen, mengalahkan tak makan dari pagi. Padahal, dah minum milo segelas cicah biskut weetameal. Memang dasar sangat perut nikan. Mintak diisi je bila tak bizi ni. Arini, opis senyap sunyi. Ramai yang ada program kat luar. Dahlah aku pon jauh dari orangkan. Budak ofis yang selalu dengan aku tu pun cuti rini. Bosan yang hamat rasa ni. Tak sabar nak pergi lunch je ni. Kenyang perut, barulah suka hatikannn.. Update bergambar baru bestkan. Tapi, masalah sikit sekarang ni. PC ni banyak virus. Abis enset aku asyik kena format je. Tunggulah kalau dapat solutionnya nanti eh. Kalau tetiba ada gambar nanti, tu tandanya aku berani redah jelah tu, hahaha. Ok, meh citer pasal perkembangan budak-budaklah pulak. Kakak safiyya sekarangkan dah 3 tahun ++. Makin besar, makin tiggi dan masih cembeng. Kalau nak tau, dia masih lagik berpampers. Mak dia ni ...

Berbasikal kat Taman Botani!

Imej
Lepas breakfast kat Presint 8, jom kita jalan-jalan pusing Putrajaya!!! Tak pernah-pernah kitorang round putrajaya pagi-pagi. Selalunya masa-masa ni sibuk membasuh baju, mengemas rumah bagai. Sekali sekala tukar rutin, bagus jugakkan. Boleh ajar anak-anak riadah pagi-pagi (^_^)   Aktiviti biasa bergambar jelah kerjanya. Makin lama aku tengok safiyya ni dah makin ikut muka aku pulak. Patutlah "panas " sokmo dengan mama eh kakak.   Aku dapat bayangkan bila bebudak ni dah besar, jalan-jalan dengan abah diorang ni mesti nampak macam kawan-kawan je gamaknya. Awet muda sentiasa lakiku itu. Bertuahlah badannnnnnn!!!   Kali ni, kita pusing Taman Botanilah pulak. Mula-mula tak perasan pun ada aktiviti berbasikal kat sini. Ingatkan semua yang naik basikal ni bawak dari rumah. Rupa-rupanya salah tanggapanku itu. Taman Botani ada menyediakan khidmat sewa basikal. Cantikkkk sangat. Dah lama giler aku tak berbasikal. Entah boleh mengayuh lagi ke...