Bebel!
Assalamualaikum
Arini free je kat ofis. Bos ada kerja luar sampailah petang. Jadik, PA dia pun terus bersenang lenang. Perut lapar kemahen, mengalahkan tak makan dari pagi. Padahal, dah minum milo segelas cicah biskut weetameal. Memang dasar sangat perut nikan. Mintak diisi je bila tak bizi ni.
Arini, opis senyap sunyi. Ramai yang ada program kat luar. Dahlah aku pon jauh dari orangkan. Budak ofis yang selalu dengan aku tu pun cuti rini. Bosan yang hamat rasa ni. Tak sabar nak pergi lunch je ni. Kenyang perut, barulah suka hatikannn..
Update bergambar baru bestkan. Tapi, masalah sikit sekarang ni. PC ni banyak virus. Abis enset aku asyik kena format je. Tunggulah kalau dapat solutionnya nanti eh. Kalau tetiba ada gambar nanti, tu tandanya aku berani redah jelah tu, hahaha.
Ok, meh citer pasal perkembangan budak-budaklah pulak.
Kakak safiyya sekarangkan dah 3 tahun ++. Makin besar, makin tiggi dan masih cembeng. Kalau nak tau, dia masih lagik berpampers. Mak dia ni tak rajin sangat nak berpotty trainkan dia, kakaka. Teruk sungguh!. Dulu pernah jer buat. Biasalah, kadang lulus, kadang gagal. Yang baut mak dia gagal lagi nak mempotty trainkan anak dia ni sebab, mak dia ni rajin sanagt berjalan tiap kali weekend. Acaner nak berpotty trainingkan. Last-last, sampai ke sudahlah tak free diapers lagi anak aku. Tapikan, sekarang ni, dia dah boleh je buang air kat toilet. Kiranya, kalau aku tak pakaikan dia pampers dari pagi sampai ke petang tu, dah berjaya jugaklah dia ke toilet. Kadang tu, dia sendiri yang suruh aku bukakan pampers dia sebab nak g toilet. Betullah kata kawan aku, lagi senang nak ajar bila anak dah besar dan faham arahan kita. (khas untuk mak pe'rajin' cam aku eh).Cumanya, aku je yang takut-takut lagi nak freekan diapers dia bila kat rumah wan dan bila kitorang keluar.
Sebenarnya, memang kena try. Dari pembacaan aku, memang kita sebagai ibu bapa ni memang kena amik risiko dan cuba. Kalau tak, sampai bilakan anak tu nak yakin. Kita pon sampai bila nak bergantung pada diapers tu. Anak makin besar, tapi tak reti nak ke toilet lagi, salah siapa?? Haruslah salah mak pak dia yang tak yakin dan rajin cam kami :(
Ok-ok..Pasni, kena tekadkan hati. Kena try jugak walau apa jadi sekalipun. Aca-aca fighting!!
Ok,untuk adik nia pulak.. Hurmmm..yang sorang ni terlampau banyak akaiii!! Lagi advanced dari kakak. Jadi pak lawak pun dia jugak, Memang penghibur hati sokmo. Kalau bergaduh dengan kakak boleh tahan. Penjelous pun nombor satu. Nampak je aku peluk kakak @ kakak baring sebelah aku, seboleh mungkin dia menyelit antara kitorang. Kalau tak dapat, mulalah drama swasta dia tu.
Kadang tu, bingit dengan suara tak puas hati je. Tak padan kenit gitew! Bila diorang main berdua, memang nak tergelak tengok. Happy sangat kot aku tengok diorang gelak sama-sama. Harap, biarlah diorang rapat sampai bila-bila. Kakak, kalau kat rumah wan, dia ok je dengan adik dia. Beralah je. Tapi, kalau kat rumah kitorang, fuhhhhhh!! Dialah kuat menyakat adik dia. Berebut barang yang ada kat tangan adik pun dia jugak. Saja je cari gaduh dengan adik. Aaaa..Pastu, mulalah dengar suara mak dia macam tarzan, hahaha.
Aku ni takdelah sesabar mana. Biasa-biasa je. Garang boleh tahan. Tapi, bebudak ni tetap manja dengan aku. Jumaat lepas, aku balik lambat. Minta husband amikkan diorang kat rumah wan. Dekat pukul 7 husband amik aku kat ofis, bila diorang nampak je aku dari jauh, menjerit sakan dari dalam keta. Husband cakap, dari mula amik kat rumah wan, sampai naik rumah, sampailah keluar balik nak amik aku, soklan yang tak lekang di mulut kakak ' mama mana, nak mamaaaa'...Alolololo..Suwittt sangattt!!! Kalau si adik pulak asyiklah 'mama...mama..mama'...Gitew!!!!
Terharu rasa! Mama baru takde 2 jam korang dah mencari macam hapekan. Aku ni kadang bimbanglah jugak kot anak-anak tak rapat dengan aku sebab garang macam singakan. Tapi, rupanya, yang garang nilah yang diorang rindu. Bak kata husband, sehari tak dengar bebelan aku, rasa something missing gitew!!! Hahahaha..
Nampak sangat binik kuat membebelkannnnn!! Walaupun bukan membebel pada dia, tapi dia dengar aku bebel kat anak, satu keseronokan kot!!!
Nilah mak-makkan. Standardlah. Kalau tak bebel, macam tak sah! Ke korang tak bebel ???
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?