Dulu tak suka, sekarang????
Assalamulaikum . Selamat pagi korang. Arini, pagi-pagi pulak aku dah menceceh. Semangat berkobar ni. Kebetulan bos meeting pagi ni. Jomlah update. Karang dia dah ada dalam bilik, pelik pulak dia tengok aku mengetuk keyboard ni mengalahkan bizi bebenor. Padahalllll!!! So far, sepanjang aku bekerja dengan bos aku ni, sempoi sangat orangnya. Style ayah-ayah gitew! Takde masalah pon. Setakat ni, aku tak pernahlah dapat bos yang susah nak handle. Semua ok je. Ex bos aku yang sebelum ni pun, walaupon ada sikit-sikit yg aku tak puas hati cara dia, tapi dalam masa yang sama, banyak yg best pasal dia. Antaranya, dia suka memasak, suka belanja makan, suka menyembang dan yang paling penting, dia tak suka beza-bezakan antara pegawai dengan awam, which is that's a best thing about him :) Kadang-kadang, bila dikenang-kenang balik kenapalah aku ni ditugaskan dalam PDRM sedangkan aku memang tak suka giler-giler dengan POLIS ni ada hikmah yang Allah dah tentukan untuk aku....