Air sampah+semut= Memang buat aku geram!!

Assalamualaikum

Hari ni genap 36 minggu usia kandungan aku, Alhamdulillah syukur padaNya. Kalau ikut masa safiyya dulu, kiraan perubahan usia kandungan aku pon memang berlaku setiap hari Jumaat. Nampaknya kandungan si adik pon melalui menda yang sama. Masa safiyya dulu jugak, pagi esoknya (hari sabtu) aku dah pecah air ketuban. Kali ni tak taulah lagikan. Kalau pecah air ketuban esok pagi, aku updatelah kat facebook eh. Kalau tak berupdate tu, maknanya belum lagilah tu nak bersalin. Sempatlah kot aku nak berpuasa kalau cenggitu :)
 
Persediaan untuk sambut baby kali ni pon kadang-kadang buat aku pening. Ada masa aku rasa dah lengkap semuanya, ada masa aku rasa macam ada 1,2 barang lagi yang tak cukup,. Acaner nie mak yong? Due date dah makin hampir boleh pulak aku terkial-kial lagi. Very not goodkan?????
 
Tengah-tengah sarat ni, aku memang dah plan nak panggil nenek yang mengurut aku lepas bersalinkan safiyya dulu tu untuk minta dia betulkan urat-urat yang tersimpul kat badan ni, nak-nak kat tempat baby nak menyusu tu. Kalau korang nak tau, aku ni  memang bermasalah betul untuk susu terus keluar pas bersalin. Nanti kesianlah kat si adik ni, lahir-lahir je tak dapat nak menyusu badan dengan akukan. Safiyya dulu sebab takde pilihan, dia terpaksa masuk NICU sebab pernafasan laju. Nak tak nak, memang diorang suakan dia dengan susu formula dululah. Takpelah, yang tu dah berlalukan. Yang kali ni, seboleh mungkin aku penuhkan ilmu di dada bab-bab penyusuan ni supaya dapat menyusukan dia secara eksklusif paling tidak pon untuk tempoh 6 bulan, insyaAllah :)
 
 
Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm............................
 
 
Ni yang aku malas ni. Sebelum menaip tadi, berkobar-kobar perasaan rasa macam banyak benar menda nak citernya. Sekali jari mengetuk kat keyboard, hilang segala menda merepek dalam akal fikiran ni. Takpelah, kita sembang kosong jelah eh. Korang yang biasa duduk rumah apartment mesti biasa berdepan dengan masalah sampahkan??
 
Aku pon sama. Kalau korang rasa pekerja-pekerja gomen ni semua bijak pandai, lupakan jelah tanggapan korang tu ye. Mungkin ye betul diorang pandai dari segi pelajaran, tapi menda basic ni kadang-kadang boleh buat diorang nampak kurang bijak sikitlah.
 
Contohnya aku bagitau korang eh, kalau kat dapur rumah korang dah penuh dengan sampah, mestilah kena buang kat luarkan. Bagi orang yang rumah bawah ni, kuar pintu rumah terus campak je dalam tong sampah depan rumahkan. Bagi orang yang rumahnya tak pijak tanah ni, nak tak nak, ko kena tekan lif untuk turun buang sampah kat rumah sampah tukan.  Yang jadi masalahnya bila ada hamba-hamba Allah yang bijak ni sukaaaaaaaaaaaaaa sangat-sangat letak sampah yang kemain busuk tu kat luar rumah. Lepastu, kalau terus buang pagi esoknya takpe jugak, ini maunya dibiarkan sehari dua lagi baru dibuang. Perghhhhh!!! Baunya ko faham-faham jelahkan. Hazab tau tak!!
 
Bau dah satu hal, air sampah yang mengalir pon satu hal jugak!! Geram sungguh aku tau. Bila dah ada air sampah, semut mulalah menghurung ke situ je. Bila dah abis kat air sampah, menjalarlah pula semut-semut ke rumah jiran kiri kanan, depan, belakang, atas, bawah. Aaaaa...Ni yang paling-paling-paling aku gerammmmmm!! Bukanlah nak kata aku pembersih sangat. Rumah aku berterabur jugak, nak-nak ada anak kecik. Tapi, aku memang paling pantang kalau ada semut dalam rumah. Kalau seekor dua aku boleh tahan lagi, aku anggap jelah dia sekadar  buat lawatan tapak. Tapi kalau dah masuk rumah aku macam rombongan cik kiah, memang boleh bikin mama safiyya panas hati. Mulalah kerja aku mengemop lantai tak sudah-sudah. Sambil mengemop aku membebel marahkankan semut tu. Dah puas mengemop, aku vacuum pulak, semata-mata nak bersihkan segala kotoran yang aku sangkakan datangnya dari rumah aku sendiri.
 
Bila dah bersih semua, aku tengok rombongan cik kiah tetap tak surut, mulalah aku suruh en.aril pergi cari dari mana puncanya datang rombongan ni. Hahhhhhh!! Time ni terbongkarlah rahsia !!Bukan sekali dua en.aril pergi sembur ubat semut ikut laluan ahli rombongan ni. Rasanya ada dekat 5 kali dah kot! Ada sekali tu, sampai ke lif dia sembur sebab tengok puncanya dari situ. Macam baru ni, puncanya datang dari rumah bawah. Sakit hati sungguh!!
 
Memanglah orang kata itu salah satu adat resam berjiran, tapi bab kebersihan ni sama-samalah kita jaga wahai kakak, abang oi. Kita bukannya tak berpelajarankan. Semua Allah dah bagi akal fikiran untuk berfikir. Kalaulah semut-semut tu tak menjalar ke rumah orang lain (rumah aku salah satunya) memang aku tak heran. Lantakkan je orang yang takde moral tu. Ini dah menyusahkan orang lain pulak bila air sampah ko membuatkan semut datang menghurung pastu masuk rumah orang lain, gigit pulak anak kecik kat rumah tu. Hah!! Nampak tak, nampak tak perkaitannya kat situ?
 
Disebabkan tulah, kadang aku rasa nak sekolahkan je balik orang-orang yang macam ni. Kadang tu, selamba badak je diorang ni, masuk dalam lif, angkut sampah diorang dengan air yang berjejeh-jejeh kat lantai. Perghhhh!! Akai ada ke tak bang oi?? Kat rumah dah kehabisan plastik ke untuk doublekan plastik sampah tu??
 
Memang aku tak faham sepsis-sepsis manusia cenggini. Muka hensem/cantik, cakap pon bersopan, tapi dari segi kebersihan, non hado, kesiankan?!
 
Kalau nak cakap pasal ragam orang yang duduk rumah tak pijak tanah ni memang takkan abis. Ni salah satu yang berlaku kat rumah akulah. Korang yang lain mesti lagi banyak citerkannnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017