Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah bulan Mei dah pun kita. Last update bulan Januari 2017 masa fateh masih dalam perut, sekarang fateh dah berusia 3 bulan lebih dah, alhamdulillah.

Sebelum terlupa, jomlah mama nak ceitakan detik kelahiran Fateh pulak.Ikut due mama, 7 Februarikan. Tapi mama sentiasa berdoa untuk bersalin sebelum tarikh tu sebab dah tak larat sangat. Kakak-kakak, mama dah selamat hantar ke kampung pada pagi 26 Januari 2017 sebab kebetulan sekolah pun dah mula nak bercuti minggu hadapannya. Lagipun, 28 Jan, paklong buat aqiqah naufal, bolehlah kakak-kakak pergi dengan opah dan atok. Mama memang tak nak pergi sebab mama takut terbersalin kat sana, haha. Mama nak dok diam-diam area Putrajaya je sampailah bersalin. Alhamdulillah, pagi lepas subuh bertolak ke Bentong, sampai sana dalam jam 8 lebih, sarapan kejap kat rumah mak, terus patah balik ke Putrajaya. Kakak-kakak happy dan faham kenapa kena duduk rumah opah masa cuti. Lega mama rasa bila kakak-kakak dah selamat kat rumah opah. Sekarang mama hanya perlu fokus untuk bersalin je :)

Petang 27 Jan 2017, hari Jumaat memang mama rasa Fateh kerap mengeras. Tapi bagi mama itu perkara biasa sebab dah hujung-hujung pregnancy. Time ni dah 38 minggu 6 hari :) Balik kerja, mama ajak abah makan chicken chop dekat kedai fevourite mama abah nun di Bangi sana. Puas sangat dapat makan, rasa macam takde apa dah nak makan dan boleh bersalin dah :) Masa otw balik, mama ada rasa sakit-sakit sikit kat perut. Ala-ala kontraksi, tapi mama biarkan je. Sebab sakitnya manja-manja je, dan mama pon boleh tahan dan bergerak macam biasa. Sampai rumah, rehat, mandi solat semua dan tidur macam biasa.

Pagi esoknya 28 Januari 2017 (Sabtu), abah cadang nak ke pejabat. Tapi bangunnya lambat pulak, abah tidur balik lepas solat. Mama macam biasalah, lepas solat memang tak biasa tidur balik lepas subuh. Mama layan tv, sambil-sambil buat kerja rumah. Mama terfikir, kain baju raya tak beli lagi, nanti kalau dah bersalin, dah lambat sangat nak beli kain, nanti takde orang nak jahitkan pulak baju raya. Terus terfikir nak ajak abah ke Jakel kalau abah tak jadi ke opis. Abah bangun dalam pukul 9 lebih, mama tanya, "abang nak ke ofis ke tak arini?" Abah tanya balik "Kenapa?" Mama cakaplah, kalau tak nak ke ofis, nak ajak abang g Jakel, cari kain baju raya, haha". Abah angguk dan kata boleh. Jom siappp!! Yeayyy!! Masuk bilik tukar-tukar baju, dan masuk bilik air. Sekali masa buang air, mama nampak macam dah turun tanda (darah). Mama rileks je. Maklumlah, dah anak ketigakan. Sakit kontraksi adalah rasa, tapi sikit-sikit dan jaraknya panjang. Jadi mama cakap kat abah, jom jelah kita pergi. kalau duduk rumah pun boring jugak. Kalau pergi, boleh jalan-jalan dan cepatkan bukaan jalan.

Masa otw tu, macam bertambah sakit pulak, abah tanya ok ke? Mama kata ok, kalau tak ok baru kita patah balik :) Alhamdulilah, selamat sampai Jakel, siap pusing-pusing lagi kat dalam Jakel. Dapatlah kain baju kita sedondon anak-beranak. Mama beli jugak kain pasang sepasang lagi untuk kakak-kakak + kain mama 2 pasang lagi. Wahhhh, masa shoppim terus tak ingat sakit. Cargas je berjalan, haha...Sakit ada, tapi boleh layankan aje, tak sampai membuatkan mama tak boleh berjalan :)

Setel shoppim, hati mama berbunga riang, sebab MISI BERJAYA!!! Otw nak pergi parking kereta, abah ajak singgah beli Big Apple. Kemahen beli sampai 6 pcs, abah tahu mama suka sangat donut yang ada Oreo tu. Sebab tulah badan mama gebu sangatttttt masa mengandung. Kuat sangat makan yg manis-manis :)

Dalam kereta, mama siap makan seketul donut. Lepastu mama rasa dah kenyang sangat. Perut pulak kembali sakit. Abah ajak balik rumah terus. Mama ok je. Sampai Putrajaya, cadangnya nak makan Nasi Kandar Lawood dekat Presint 3, sekali tutup pulak. Mama kata, takpelah lagipun perut tak lapar sangat pon. Kita kuar petang jelah cari makan. Abah iyakan. Masa ni sakit agak kerap, tapi mama masih ok. Abah kata nak pergi ofis, mama okkan aje, tapi mama pesan, pastikan hp dekat dengan abah sebab mama dah rasa sakit. Sekiranya sakit makin kerap dan tak boleh tahan, mama akan call abah suruh balik. Abah ok. Dalam jam 3 lebih abah ke ofis, mama dah mula kira contraction. Dari setengah jam sekali jadi makin kerap, dan kerap sehingga 5 ke 3 minit sekali. Terus mama call abah, masa ni dalam 4.15 petang tak silap. Sementara tunggu abah tu, mama duduk dulu atas bola senaman tu, bila sakit datang mama bounce kat bola tu, hilang rasa sakit. Sambil-sambil tu, kemas apa yang patut. Oh ye, masa ni mama dah 2,3 kali masuk tandas untuk buang air besar. Dan yes!! Mama yakin, memang mama dah nak bersalin sebab tanda-tanda semua dah ada, antaranya, sakit kontraksi, buang air besar dan turun darah sikit.

Abah sampai je rumah, abah suruh siap terus ke hospital. Mama cadang lepas isya' baru nak pergi sebab takut takde bukaan lagi. Abah tak bagi sebab waktu tu hujan, takut jalan jem tak sempat sampai ke hospital karang masalah :)

Mama pun terus pergi mandi, solat asar semua dan bersiap. Setel semua, keluarlah kami ke hospital. Sebelum tu abah cakap, minyak dah nak kena isi, boleh ke mama tahan. Eh, of course boleh..Sakit memang ada dan kerap, tapi insyaAllah, boleh je setakat nak g isi minyak. Kami isi minyak kat Petronas P.16. Setel semua, terus ke Hospital Serdang. Setiap kali sakit, mama zikir je kat mulut. Nak cerita lawak sikit ni. Kan dalam buku merah tu kena rekod carta pergerakan babykan? Mama biasalah, sokmo skip, sebab tak ingat aih setiap kali baby gerak nak kena tanda. Jadi mama main agak-agak je time bila cukup kiraan 10. Sampai je kat PAC, abah turunkan mama, sementara abah cari parking, mama minta pinjam pen kat guard situ untuk tanda kat buku, hahaha..Nasib guard tu ok. Baik je.

Dah siap, mama pun masuk dalam untuk daftar. Impress mama, sebab takde orang. Mama kata baguslah dalam hati konfirm tak ramai ni Masa daftar tu, kerani tu tanya kenapa datang? Mama cakaplah mama dah start sakit dan ada keluar tanda sikit. Arini dah genap 39 minggu pregnant. Kerani tu amik details mama semua, then dia bagitau, wad penuh. Kejap lagi masa doc cek, sekiranya dah buka jalan, diorang tak bagi balik dah, kena stay kat hospital, tapi duduk kat sofa je dulu sementara tunggu wad kosong. Tapi, sekiranya bukaan dah 6cm ke atas diorang akan tolak ke Labour Room terus.

Mama pasrah jelah time ni. Dalam hati berdoa, kalau boleh biarlah sama ada kena tolak terus ke labour room ataupun doc bagi balik dulu. Punyalah badan ni manja, nak tidur kat katil je, hahaha..Tak lama, abah pun sampai. Siap bawa beg bagai, Mama citer pasal wad penuh. Abah rileks je. Yelah, mungkin abah pun tak nak serabutkan kepala mama dengan hal kecik tu kan :)

Tak lama lepas tu, nurse panggil mama untuk masuk ke dalam. Doc nak cek. Kebetulan time kena panggil tu kontraksi tengah datang, masyaAllah..Sabar jelah sakitnya. Abah nak papah mama ke depan, mama kata takpe-takpe. Mama boleh jalan sendiri. Berlagak nau mama awak ni..Mama pun tak tau kenapa mama jadi gitu. Tapi, sebenarnya, mama takut nanti orang ingat mama mengada-ngada nak bermanja. Apalah mama nikan. Jauh nau fikirannya :)

Bila dah hilang sakit kontraksi, laju jelah mama masuk ke dalam. Nurse suruh mama buang air dan letak dalam botol. Sebelum tu diorang dah cek tekanan darah mama. Siap semua, diorang suruh mama baring kat katil. Boleh pilih je mana-mana katil sebab takde orang. Mama bijak sikit, mama tak terus baring, Mama berdiri je kat satu katil ni. Bila datang nurse, dia suruh mama pergi katil lain. haaa..nampak tak tu. Nasib mama tak baring lagi. Mama tau dah, nanti mesti mama kena berkalih. Yelah, bukan semua katil ada mesin CTG tu, Mama malaslah dua tiga kali nak pindah katilkan :)

Elok mama baring, sakit makin kerap. Mama layankan je sambil berzikir. Dalam hati tertanya-tanya jugak dah berapa cmlah bukaannya ni. Tak lama, sampailah doc india perempuan. Muda. Alhamdulillah, yeay..Bukan doc lelaki. Dia cakap nak cek jalan. Mama ok je. Mama tarik nafas masa dia nak cek. Mama tak rasa apa pun, masa dia pusing-pusing jari dia tu mama lega sebab tak sakit. Sekali dia kata eh puan, dah besar bukaan ni. Mama tanya berapa? Dia kata dalam 7-8 cm, kena tolak labour room terus ni. Bila doc tanya kronologi mama sakit, diorang pun macam tak percaya. Bersiap-siaplah mama untuk ke labour room. Dalam hati mama bersyurkur sangat, apa yang mama doakan tadi Allah S.W.T kabulkan, alhamdulillah.

Otw nak ke labour room, nurse berhenti kat pintu depan panggil abah suruh masuk labour room. Kali ni, mama ingat semua momen sebab walaupon sakit, mama masih mampu bertahan., Time kak nia, mama ingat jugak moment-moment masa kena tolak ke labour room, tapi time tu kontraksi menggila, hahaha.. Kali ni, fateh sangat bertenang-tenang. Tq sayang, mama love you :)

Kali ni rezeki, bilk bersalin untuk fateh pun sebelah je dengan bilik bersalinkan kakak-kakak dulu. kiranya 3 kali mama bersalin, semua biliknya bersebelahan je. Tiga-tiga bilik mama rasa. Rezeki mamakan sayang :)

Time kat labour room pun macam sunyi, orang takde. Yelah, masa ni dah nak maghrib. Elok mama sampai dalam labour room, masa nak tukar katil pun mama kena hold kejap sampai kontraksi hilang baru mama gerak. Tak lama abah pun sampai. Yang bidankan mama kali ni nurse dengan doc muda sangat-sangat. Pangkat adik-adik je. Mama masuk je, diorang preparekan mama, pecahkan ketuban, teruslah suruh mama mula meneran. Abah masa ni kena keluar kejap sebab diorang nak pecahkan ketuban. Bila dah pecah ketuban, masa nurse suruh teran, mama cakap, suami saya mana. Dia kata kita cuba dulu, nanti kejap lagi suami masuk.

Teran-teran, fateh tak keluar jugak. Nurse kata mama tak habis teran. Mama rasa, dah habis teran dah kot. Mama cuba untuk tak angkat punggung, rapatkan dagu ke badan, semualah mama buat, tapi tetap tak berjaya. Tak lama, abah pun masuk, abah tolong mama. Siap tolong tolakkan badan mama ke depan untuk buat macam kak nia. Tapi nurse pulak macam pelik bila abah buat gitu, haha.

Dipendekkan citer, akhirnya lepas berapa kali teran, alhamdulillah, keluarlah Muhammad Fateh Iman. Legaaa sangat mama rasa. Masa fateh keluar, abah terus tengok jantina, terus abah cakap, lelaki..Yeayyyyy mama jerit dalam hati. Syukur sangat. Semuanya dipermudahkan. Diorang letak fateh kat mama, dalam masa yang sama diorang keluarkan uri dan semuanya berjalan lancar. Abah pun kali ni boleh duduk lama dengan mama dalam labour room. Masa mama kena jahit pun nurse bagi abah duduk teman mama, siap tolong jadi pembantu nurse lagi,. Tapi lama-lama abah nak pitam dan terus duduk bila terbau darah.  Nurse suruh abah keluar amik udara, haha..

Setel semua, dalam jam 11 kot mama dapat naik wad. Alhamdulillah sekali lagi sebab mama dapat wad 1st clas.

Oklah, nanti sambung lagi untuk review wad :)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!