Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Usap perut jom!

Imej
Assalamualaikum Hah, tadi baru dok membebel yang lemak berterabur kat badan, ni pergi up entry lauk pauk ni dah kenapa Intan?? Saiko betulkan, kahkahkah. Eh, walaupon bising berat dah naik, lemak dah berterabur, masak tetap kena masak. Makan tetap kena makan. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk orang tersayang kat rumah dah WAJIB kena masak. Takkan aku nak biarkan diorang kelaparan semata-mata sebab aku stress dengan lemak kat badan aku. Not good, not goodkan!! Kata nak dapat pahala lebih, salah satunya nilah caranya. Sediakan makanan untuk suami dan anak-anak dengan air tangan sendiri. Yang PENTING, kena ikhlaslah. Kalau masak sekadar nak rebut pahala, tapi mulut pot pet, pot pet, tak payahlah ye. Buang masa dan tenaga je. Makanan yang korang masak tu pon mesti rasa tak sedap. Aku cakap berdasarkan pengalaman akulah. Tiap kali aku masak tanpa rasa ikhlas sebab terlalu letih, memang rasa makanan tu ke laut memanjang walaupon menunya hanya ayam goreng. Kalau tak percaya...

Update cekup 34 minggu haritu!

Assalamualaikum Pagi rabu aritukan aku ade cekup dekat KK Tanglin. Alhamdulillah, so far semuanya baik-baik je. Result HB pon menunjukkan peningkatan, alhamdulillah. Selalunya kalau amik darah kat hujung jari tu result yang kuar mestil dalam 8.5-9.5 je. Kali ni cantik cikitlah, bila keluar result 10.1. Tepuk tangan aku bila tengok result keluar cenggitu siap cakap wah, bagus ni kat nurse!! Tapi, nurse sengih je sebab dia cakap bagi dia masih tak cantik lagi selagi tak naik 11, hahaha. Disebabkan kes aku special, makanya dia pon setujulah dengan aku. Harap-harap lepas ni naik lagilah result HB aku sebab time safiyya dulu pon kes macam ni jugak. Dah dekat-dekat nak bersalin barulah naik HB dengan jayanya. Itupon takdelah sampai 11 (^_^)   Korang, jangan terperanjat pulak ye berat badan aku sekarang dah menjangkau 71 kg ni. Tak sanggup dah aku menengok lemak-lemak yang berteraburan kat badan ni. Rasa sekarang jugak nak bersalin biar jangan ada pertambahan berat badan...

Akhirnya, seorang lagi menikah!

Imej
Assalamualaikum   Banyakkan entry hari ni. Tu tandanya harini banyak idea+mood mengarang pon tengah ada. Kalau time takde mood tu mau berminggu aku tak hupdate. Asik berjalan ke blog orang aje :)   Pagi tadi aku ada cekup. Citer pasal cekup, kita citer esok-esoklah kot, insyaAllah. Ni nak tebus janji yang dah lama aku pendamkan. Aritu aku ada cakap awal bulan Jun aritu aku ada balik Bentong sebab kawan masa kecik-kecik sampai sekarang ni kawenkan. Sebenarnya dia ni muda setahun dari aku. Kat rumah, kitorang rapat berempat. Aku, kak ija, zila dengan fatihah. Dia nilah paling muda antara kitorang. Walaupon antara kitorang berempat berbeza umur (kecuali aku dengan zila yang sebaya) kitorang boleh ngam! Ingat lagi dulu-dulu masa aku study kat poly, tiap kali balik cuti, mesti kitorang akan keluar makan kat kedai tiap kali Jumaat malam. Mak masing-masing pon takde hal, janji jangan balik lambat. Dulu kitorang ada kedai feveret. Semenjak kedai tu dah tukar tukang masak, ter...

Riang ria bersama Hannah Safiyya!!

Imej
Assalamualaikum Kan aku cakap ari sabtu minggu lepas kitorang baru pergi redeem kupon Full House yang aku dah beli berbulan lamanya tukan. Kitorang pergi redeem kat outlet Sunway Pyramid je, kononnya nak dekat dengan rumahlah. Aku buat reservation pukul 3 sebab ingat mula-mula nak pergi kenduri kawen member kat Sentul, tapi last minute tak jadi pulak disebabkan beberapa masalah. Jadinya, terpaksalah kitorang tawaf Sunway tu sementara nak tunggu time reservation. Salah satu aktiviti yang sempat dibuat sementara nak tunggu pukul 3 tu ialah menghiburkan hati anak dara ketipang ketipong nilah.   Bagus gak sunway ni buat permainan cenggini untuk bebudak dalam mall. Bolehlah mak pak hiburkan hati anak-anak kejap. Caj untuk 3 orang naik roda putar ni RM12 rasanya. Oklah tu, sekali sekalakan. Bukannya hari-hari. Janji hati anak gumbira, mak okeh jer (^_^)   Sebenarnya masa ni safiyya dah mengantuk giler-giler dah. Mulalah buat perangai macam-macam. Ta...

Cantik tak????????????

Imej
Assalamualaikum     Kasut baru kakak safiyya?????????? Umur dah 2 tahun barulah ada kasut bertutup cenggini. Sebelum ni asyik berselipar je, kesian anak mama. Senang sikit bila dah ada kasut bertutup cenggini. Takdelah asyik tercabut je bila berjalan kat mall/berlari kat padang (^_^)

Hari gaji, yeay! (entry semalam tapi tak sempat nak post,kiki)

Imej
Assalamualaikum   Harini semua orang gomen senyum sampai telingalah. Hari gajikan. Konfirm-konfirm time lunch hour tadi semua dok pakat ramai-ramai pergi makan kat tempat yang mahal-mahal sikit. Sebulan sekalikan. Apa salahnya :) Aku terkecuali dari kes tu. Harini tak makan mahal pon. Makan bihun sup je. Esokkan ada cekup kat KK. Takut berat naik lebih dari yang sepatutnya. Tak sanggup nak tengok angka 6+ berubah jadi 7+, hahaha...   Dah kata hari gajikan, perkara pertama yang kena setel sebelum berhibur dah tentu-tentulah hutang piutang. Dah setel bayar semua, barulah senang nak berjolikan. Bagi aku pulak, x de istilah nak berjoli dah. Semenjak dah beli rumah ni, semua perbelanjaan kena bajet. Haritu sempatlah merasa mewah kejap laki binik. Bila duit rumah dah mula potong, masing-masing kena buat bajet semula, haha. Macam nilah lagak orang yang berhutangkan. Merasa mewah sekejap, pastu semua kembali macam normal. Perbelanjaan semua kena jadi berhemah. Takpelah, aset ...

Jerebu ye?

Assalamulaikum   Orang sekarang tengah sibuk cakap pasal jerebukan? Paling teruk area selatan tanah airlah. Kita yang duk kat pantai barat ni dah beransur sikit demi sikit naik kadar IPUnya. Aku mula-mula tak perasan sangat jerebu ni. Ahad 2 minggu lepas masa kitorang ( aku, en.aril ngan safiyya ) on the way ke senawang nak cuci rumah perasanlah atas hi-way LEKAS tu tebal benar kabusnya. Yerlah, kitorang gerak pagi kot. Dalam pukul 8 lebih gitu. Tau-tau jelah, kalau ikut LEKAS pepagi cenggitukan berkabus tebal je sebelum ni. Tapi, bila kitorang bukak tingkap, bau asap je memanjang, tak bau fresh udara pon. En.aril dah dah bising dah ni mesti kes orang buat pembakaran terbuka. Rupa-rupanya sangkaan kitorang meleset sama sekali yep. Punca jerebu bukannya datang dari negara kita, rupanya  datangnya dari negara jiran. Hurmmmm...   Allah S.W.T nak bagi ujian kat kita, sekejap je. Tak payah susah-susah pon. Diduganya kita dengan keadaan berjerebu tanpa kehadi...

Gulai lemak labu idaman hati dinda

Imej
Assalamualaikum   Dah lama tak tepek gambar laukkan. Sedapnya bila tengok balik. Tak sangka diri sendiri mampu masak macam ni sebab dulu masa kecik-kecik tiap kali mak ajak tolong masak, mesti aku ngelat. Ade je alasan yang aku bagi. Selalunya guna alasan nak abiskan citer kartun/dram kat tivilah, kikiki. Naik bosan mak aku dengar alasan yang sama. Last-last, mesti mak aku masak sorang-sorang je kat dapur. Bertuah punya anakkan!! Sebab dah bosan, mak cuma amanatkan untuk aku tolong bersihkan/kemaskan dapur lepas masak+makan karang je. Pinggan mangkuk, kuali, periuk belanga tu semua aku kena sental kasi bersih.Tak bersih, siap!!   Bila dah nak kawen, mula menggelabah. Rasa takut tak tau nak masak apa untuk laki sendiri. Akukan suka makan. Masalahnya, aku suka masak menda yang aku suka je. Itulah masalahnya. Nasiblah bila dah kawen, perlahan-lahan datang aura nak belajar masakan-masakan lain. Yelah, bimbang jugak en.aril bosankan! Sekarang ni nak kata dah handal tu, tak...

Selamat hari lahir yang kedua putriku (^_^)

Imej
Assalamualaikum   Semalam 12 JUN 2013 genaplah umur anak dara ketipang ketipong ni 2 tahun. Alhamdulillah, selama 2 tahun membesarkannya, macam-macam pengalaman baru yang kitorang (aku dan en.aril) lalui. Pahit, manis, masam, pahit semua ada. Tapi, tentu-tentulah kemanisan yang lebihhhhhhhh banyak dari semua rasa yang tak sedapkan.   Sempena birthday dia kali ni, kitorang sepakat bercuti sebab kebetulan tarikh dia dan aku cekup kat klinik jatuh hari yang sama. Senang kerja mak! Anak cekup umur 2 tahun, mak cekup pregnancy yang nak masuk 33weeks :) Nurse pon tergelak tengok, sampai dia cakap "eh, anak baru masuk umur 2 tahun, maknya dah sarat nak bersalin". Aku sengih je. Faham-faham sudahlah maksud ayat dia tu. Itu salah satu tanda yang diorang nak cakap aku tak makan perancanglah tu, hahaha..Aah, memang tak makan pon. Rancang sendiri-sendiri je. Sebab tu Allah bagi rezki awal untuk menambah anak kedua ni :)   Selesai cekup, terus kitorang ke Kidzania (T...

Sembang kosong jelah kita pagi ni ye.

Assalamualaikum Ohoiii....Lamanya tak bersembang dekat sinikan. Takde apa yang disibukkan pon. Hidup macam biasa je. Rutin harian pon sama je.  Pergi kerja isnin-jumaat. Sabtu ahad masa untuk keluarga. Takde apa yang berubah. 2 minggu berturut-turut aku balik Bentong baru ni. Minggu pertama balik sebab kawan baik dari kecik-kecik kawin. Kalau tak balik mau dihamuknya aku nanti. Minggu baru ni pulak ke Temerloh pergi kawen pak sedara. Yang nie pon wajib balik jugak sebab masa wan  talipon en.aril bagitau pakcik saiful nak kawen, mula-mula ceria je suara dia, tetiba senyap seribu bahasa. Pastu terus dengar suara dah jadi serak-serak nak nangis.. Ah sudah! Terus en.aril cakap, kitorang balik, wan jangan bimbang. Wan aku ni sensitif sikit orangnya kot. Kenapa dia sedih, tak payahlah aku bukak cerita. Hal keluarga je kot, biasalah, bila dah kehilangan seseorang, hanya orang yang masih hidup yang mampu memanjangkan silaturrahim yang adakan?   Cerita pasal kawe...