Riang ria bersama Hannah Safiyya!!

Assalamualaikum




Kan aku cakap ari sabtu minggu lepas kitorang baru pergi redeem kupon Full House yang aku dah beli berbulan lamanya tukan. Kitorang pergi redeem kat outlet Sunway Pyramid je, kononnya nak dekat dengan rumahlah. Aku buat reservation pukul 3 sebab ingat mula-mula nak pergi kenduri kawen member kat Sentul, tapi last minute tak jadi pulak disebabkan beberapa masalah. Jadinya, terpaksalah kitorang tawaf Sunway tu sementara nak tunggu time reservation. Salah satu aktiviti yang sempat dibuat sementara nak tunggu pukul 3 tu ialah menghiburkan hati anak dara ketipang ketipong nilah.
 
Bagus gak sunway ni buat permainan cenggini untuk bebudak dalam mall. Bolehlah mak pak hiburkan hati anak-anak kejap. Caj untuk 3 orang naik roda putar ni RM12 rasanya. Oklah tu, sekali sekalakan. Bukannya hari-hari. Janji hati anak gumbira, mak okeh jer (^_^)
 
Sebenarnya masa ni safiyya dah mengantuk giler-giler dah. Mulalah buat perangai macam-macam. Tapi, disebabkan kitorang umpan dia naik menda alah ni, dia menyengih jelah. Terkagum-kagum kejap dia masa roda ni berputar. Sambil tu sibuklah dia melambai orang. Dah macam artis pulak gayanya,kikikiki.
 
Anak dara mama makin besar, makin banyakkkkk akal. Kadang-kadang tak terjangkau di fikiran. Walaupon tak lama je lagi dia dah nak beradik, dia tetap buah hati, intan payung kami berdua. Love u kakak safiyya (^_^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017