Aku tanya apa khabarrrrr....
Assalamualaikum. MasyaAllah, berzaman tak update blog. Last update tahun 2017, pengalaman bersalinkan anak bujang trang tang tang, kahkahkah. Maklumlah, sekarang ni zaman dah tukar trend. Orang tak der saagat nak update blog. Semua pakat update ig story jekannnn..Blogger yg lama-lama aku follow dulu pon dah tak rancak berbelog. Masing-masing dengan medium terkini je. Sebenarnya, ada je aku buka blog ni, cuma tak menulis pun. Saja-saja buka tengok orang lain update. Tapi tulah, memang tahap sendu giler orang update. Yang masih bertahan update, Kak Su dan Kak D je kot. Oklah, moh ler kita sembang menda lain ye. Korang apa kabar? Aku alhamdulillah, sihat-sihat je. Perkembangan terkini, anak dah 3 orang, yang sulung darjah 2, yg kedua tadika 6 tahun, yang bongsu (setakat ini) dah 2 tahun lebih. Life aku???? Masih macam biasa dan masih bertugas di KPKT di tempat yang sama. Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat di sini. Dah 2 orang bos aku jaga. As usual, bertugas di top level ni, ...