Aku tanya apa khabarrrrr....

Assalamualaikum. MasyaAllah, berzaman tak update blog. Last update tahun 2017, pengalaman bersalinkan anak bujang trang tang tang, kahkahkah. Maklumlah, sekarang ni zaman dah tukar trend. Orang tak der saagat nak update blog. Semua pakat update ig story jekannnn..Blogger yg lama-lama aku follow dulu pon dah tak rancak berbelog. Masing-masing dengan medium terkini je.

Sebenarnya, ada je aku buka blog ni, cuma tak menulis pun. Saja-saja buka tengok orang lain update. Tapi tulah, memang tahap sendu giler orang update. Yang masih bertahan update, Kak Su dan Kak D je kot.

Oklah, moh ler kita sembang menda lain ye.

Korang apa kabar? Aku alhamdulillah, sihat-sihat je. Perkembangan terkini, anak dah 3 orang, yang sulung darjah 2, yg kedua tadika 6 tahun, yang bongsu (setakat ini) dah 2 tahun lebih. Life aku???? Masih macam biasa dan masih bertugas di KPKT di tempat yang sama. Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat di sini. Dah 2 orang bos aku jaga. As usual, bertugas di top level ni, kita tak boleh jangka berapa lama kita akan bertugas di sini. Kalau bos baru nak kita yang jaga dia, makanya, kita stay. Kalau sebaliknya, marilah kita cari penempatan lain, kuikuikui. So far, aku ok je kat sini. Dah terbiasa dengan keadaan persekitaran yang tak ramai orang, hanya aku dan bos sahaja. Aras aku ni kira-kira adalah dalam 20 orang kot. Masing-masing dok dalam bilik masing-masing. Ada masa, bila bos masing-masing takde, menjoyah jugaklah kitorang. Maklumlah, nak bersosial selalu tak dapat, jadi masa-masa macam ni jelah kitorang bergosip, kakakaka..

Aku dah tukar susun atur meja aku yang baru. Salah satu faktor aku tukar susun atur ni sebab susun atur yang lama tu rasa senak sangat mata + susah nak bekejar setiap kali bos panggil. Aritu, pernah pegawai aku cadangkan untuk tukar susun atur aku ni sebab kesian nengok aku berpusing tiap kali bos panggil. Cumanya waktu tu aku masih rasa boleh bertahan. Tiba-tiba, dalam pertengahan bulan Jun, perasaan aku nak tukar susun atur membuak-buak sebab si Fateh Iman. Ye, sebab anak bujang aku tu lah. Kalau nak tau, aku memang kerap bawak dia kat ofis. Dari dia baby, sampailah sekarang ni. Kalau dulu, kena bawak sebab pengasuh cuti. Kalau tak cuti, ada jelah halnya yg menyebabkan aku kena bawak ke ofis. Lepastu, tahun ni rezeki, dapat masukkan Fateh ke taska. Ku fikirkan langit cerah berpanjangan, rupanya tidokkkk..Hujung Februari aritu taska tutup 2 minggu sebab kes HFMD. Bergilirlah aku dengan husband bawak ke opis. Tup-tup lepas raya pun tutup jugak seminggu lebih atas alasan yang sama... Ko rasa, aku tak stress????????  Tapi, ku saborkan jelah...

Kalau ikutkan, ruang ofis aku ni luas, tapi as usual. Anak-anak aku kalau datang sini, idoknya mau berjauh dengan aku. Sanggup duduk bawah meja aku tu. Dah satu hal, bertambah sempit + menggangu pergerakan akulah pulak.  So, masa baru ni, time fateh ku anggkut ke ofis, aku mulakan misi "TUKARRRRR". Bos aku mesyuarat kat luar masa tu, memang tak masuk lepas lunch hour. Jadinya, gigihlah aku mulakan sesi ubahsuai dalam jam 12 tengah hari, sampai setel semua dekat kul 3 lebih kot. Itupun berenti-renti. Maklumlah, ada tukang kacau. Stop kejap pergi beli makanan budak handsome. Gedebuk gedebak, dalam 3 lebih kot siap.

So far, memang puas hatilah susun atur baru ni. Mesra anak-anak...Ruang belakang aku lebih luas + aku nak bergerak bila bos panggil pun lebih senang dan cepat, kikiki... Oh, aku buat sorang je. Aku malas nak minta tolong orang sebab nanti kesian orang tu penat melayan idea aku. Aku sejenis try and error bila letak barang ni. Jadinya, biarlah aku tanggung sorang-sorang kerumitan itu, kikiki.. Aku just minta tolong member ofis tengokkan komputer aku je lepas siap semua sebab tak boleh on. Rupanya kabel x cukup masa aku pasang, hahaha...

Hurm...Kalau nak tau, dari Khamis lepas sampailah insyaAllah esok, anak aku (Nia) setia menemani aku kat ofis. Kali ni, tadika dia pulak tutup. Kes apa??? HFMD as usual....Aku 1st time dengar tadika kena tutup sebab HFMD. Mulanya terkejut jugak, tapi bila pikir balik, yelah dah virus tu nak datang tanpa mengira umurkan. Redha jelah angkut anak lagi ke opis. Aku rasa, akulah pemenang untuk memegang title Juara Bawak Anak ke Ofis di aras aku ni, hahaha. Bergilir-gilir. Baru lepas bawak si Fateh, ni bawak Nia pulak. Aku malas nak kacau husband, sebab kebetulan kali ni bos aku banyak outstation, so oklah aku bawak. Masa Fateh baru ni, husband aku yg byk bawak, sebab Fatehkan lasak (wellll, budak lelakikan) + bos aku pulak ada kat ofis (walaupon dia bagi je aku bawak sebab dia tau taska tutup), tapi akulah yg susuahnya nak buat kerja. Kebetulan, masa tu bizikannnnn, hahaha..

Dah kata hidup berumah tangga, kenalah saling tolong menolong. Anak bersamakannnn....So, marilah jaga bersama, gitewww konsepnya :P

Oklah korang, aku nak kemas. Mau gerak pulang. Amik Hannah Safiyya. Sampai lewat nanti, kena caj OT. Sayang duit hoi.. Babaiiiii..Wasalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017