Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Safiyya

Minyak naik lagi, ada aku kesah?

Imej
Amboi-amboi, kemain penuh newsfeed dengan orang mengkomen isu minyak naik ye. Ate, nak buat macam mana. Kuasa kat tangan diorang, bukan kat tangan kita ni ha. Letih je bercakap, tak jadik menda pon.Aku hanya mampu LIKE jelah status korang buat masa ni. Bukan ape, komen lebih-lebih pun, tak jadik menda. Lagik bertambah sakit hati adelah. Wat lek, wat peace sudeh. Bukanlah kata aku ni banyak sangat duitnya sampaikan tak kesah harga minyak ni naik. Jangan salah faham ye. Tapi, isu ni dah selalu sangat. Diorang yang tentukan semua ni. Kita orang bawah ni, nak tak nak terpaksa hadap jelah. Biarlah YANG KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN, ye tak??? Kalau nak kata tak terasa, tipulah. Aku ni dahlah berulang PUTRAJAYA - KL 5 hari seminggu. Apa korang fikir? Duit minyak takat RM400 sebulan tu kadang masih tak cukup tau. Setakat nak pergi balik kerja bolehlah. Pastu, anak-anak, tak payah pergi berjalan ke? Kerjanya setiap hujung minggu, kita duduk dendiam je kat rumah. Bila...

Riang ria bersama Hannah Safiyya!!

Imej
Assalamualaikum Kan aku cakap ari sabtu minggu lepas kitorang baru pergi redeem kupon Full House yang aku dah beli berbulan lamanya tukan. Kitorang pergi redeem kat outlet Sunway Pyramid je, kononnya nak dekat dengan rumahlah. Aku buat reservation pukul 3 sebab ingat mula-mula nak pergi kenduri kawen member kat Sentul, tapi last minute tak jadi pulak disebabkan beberapa masalah. Jadinya, terpaksalah kitorang tawaf Sunway tu sementara nak tunggu time reservation. Salah satu aktiviti yang sempat dibuat sementara nak tunggu pukul 3 tu ialah menghiburkan hati anak dara ketipang ketipong nilah.   Bagus gak sunway ni buat permainan cenggini untuk bebudak dalam mall. Bolehlah mak pak hiburkan hati anak-anak kejap. Caj untuk 3 orang naik roda putar ni RM12 rasanya. Oklah tu, sekali sekalakan. Bukannya hari-hari. Janji hati anak gumbira, mak okeh jer (^_^)   Sebenarnya masa ni safiyya dah mengantuk giler-giler dah. Mulalah buat perangai macam-macam. Ta...

Cantik tak????????????

Imej
Assalamualaikum     Kasut baru kakak safiyya?????????? Umur dah 2 tahun barulah ada kasut bertutup cenggini. Sebelum ni asyik berselipar je, kesian anak mama. Senang sikit bila dah ada kasut bertutup cenggini. Takdelah asyik tercabut je bila berjalan kat mall/berlari kat padang (^_^)

HB yang semakin rendah..

Assalamualaikum     Dah lunch? Aku dah setel lunch pukul 11.45 tadi. Baru balik dari check-up memang lapar yang amat. Kebetulan pagi tadi aku makan roti gardenia separuh je (perasa jagung), memang tak dapatlah perut aku nak tunggu sampai pukul 1 karang. Arini aku makan nasi berlaukkan ikan kembung sambal+sayur bayam+hati ayam. Semua lauk bercirikan pesakit yang HB nya rendahkan?   Gigihlah aku ni makan lauk-pauk penambah darah. HB dah merudum sampai 9.1 ni. Apa nak buat lagi ye? Ada can semua jenis minuman bersusu dan berkafein aku tak sentuh sampai lepas bersalin ni karang. Ni nak kena gigih sediakan stok buah delima/jus delima/air delima kat rumah untuk makan/minum hari-hari. Marilah kita berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan HB demi kebaikan mama dan baby ye :)   Mulai sekarang jugak, secara rasminya aku dah ada staffnurse khas yang jaga aku setiap kali checkup. Semua gara-gara masalah HBlah. Rutin checkup pon dah berubah ja...

Entry bergambar kalau ada yang rindu.

Imej
    Assalamualaikum   Dah lama tak interframe muka anak beranakkan. Sekali sekala, layankan jelah ye :)   Gambar safiyya paling baru a.k.a semalam. Berangan nak bawak keta kononnya. Dah nak masuk umur 2 tahun dah bulan Jun nie. Baju yang dia pakai tue pon dah makin senteng. Mula-mula pakaikan dia baju lain, tapi sebab dia terlampau aktif, abis lenjun baju yang dia pakai kena air jagung semalam. Masuk dalam kereta, terus tukar baju ni, nasib ada spare :) Gambar ni masa Karnival WOW aritu. Khusyuk sangat dia tengok Upin Ipin sampai terkagum-kagum menongkat dagu. Berlakonnn sangat anak dara nikannnnn (^_^)     Last but not least, gambar masa pergi I-City aritu. Along datang rumah aku, dia ajak pergi sini sebab nak bawak anak-anaknya berjalan. Diorang tak tau jalan, so kitorang bawakkanlah. Ni kali kedua aku datang, kali pertama tahun 2010 dulu. Masa tue, aku tak pregnantkan safiyya lagi. Walaupon sekarang nie ada macam-ma...

6 bulan sudah.

Imej
Assalamualaikum     Lama sangat dah tak berbelog. Perasaan MALAS sangat menjadi-jadi. Tapi, baca blog orang, hari-hari aku buat kecuali time weekend+bila line internet takde :)   Suka je baca cerita orang. Rasa fun sangat. Bila nak cerita hal sendiri, malaihhhh kemain. Tengah ada mood macam sekarang nie, bolehlah kita sembang sikit-sikit. Alhamdulillah, kandungan kedua nie dah masuk 24 minggu. Dalam masa 4 minggu je lagi dah masuk 3rd trimester. Waahhhh!!! Cepatnya masa berlalu...Pejam celik, pejam celik nanti dah nak kena melalui pengalaman kat labour room lagi. Satu je aku minta dari Allah S.W.T, moga semuanya dipermudahkanNya, insyaAllah..   Tak lama je lagi rutin berjaga malam kembali dalam hidup aku. Bertabah jelahkan. Itulah salah satu perkara normal yang dilalui bila ada anak kecik. Mata bengkak macam panda+tak cukup tido itu normal. Disebabkan ini pengalaman kali kedua, mungkin takdelah terkejut sangat untuk aku. Still boleh chill lagi rasanya....

Mama di dapur, anak dara di depan.

Imej
  Aku sibuk-sibuk kat dapur, dia senyap-senyap kat depan panjat sofa. Terkejut aku tengok. Dahlah duduk dekat atas tempat letak lengan. Kalau duduk betul-betul dekat kusyen tue takpelah jugak.   Tiba-tiba safiyya terperasan aku tangkap gambar dia. Terus menggelupur turun dari sofa nak tengok gambar dia.    

Bersenam cara safiyya

Imej
Sebelum bersenam, jom kita kenyangkan perut dulu kat mamak ye acik-acik semua..Barulah senang lemak-lemak nak keluar dari badan.Kah..Kah..Kah..Ok, tak kelakar pon!   Kitorang pergi breakfast kat Mamak Presint 9. Korang tau tak, nie kali pertama kitorang breakfast kat mamak sepanjang duk Putrajaya, Hebaitkan?!   Kitorang order roti canai kosong, roti sardin dengan roti telur..Order sampai 3 set, bajet roti canai kat mamak kecik-kecik macam kat kedai orang melayu..Sekali sampai, mak aih..Besarnya portion dia..Memang tak terabislah nampak gayanya.   Budak bobok yang bersemangat pada mulanya, tak sampai 15 minit duduk, dah menggelepar nak turun..Homaihhhh!!! Melasak dengan jayanya kat sini yer wahai anakku.Bagi sudu abis diketuk pinggan, meja, kerusi dan semua menda depan mata.Memang excellent!! Urut dada mak kau nak.. Encik Aril yang sentiasa cool walau di mana jua berada. Maintain emosi melihat anak dara melasak mengalahkan Boboboi!! Kita minum milo...

Candid Safiyya!!

Imej
Berhujung minggu di Parkson Alamanda..Jalan-jalan cuci mata je, poket dah abis berkilat, tak boleh nak polish lagi dah :)    Hoi hoi hoi..Setiap kali pergi mana-mana, kalau dia nampak stroller, tak kiralah, ada budak kat dalam tue ke tidak, mesti dia nak menjengah. Nak bergayut kat stroller tue pulak..Kat stroller sendiri tak mau duduk. Banyak akal betul ini budak bobok tau.   Budak yang tak suka bergambar. Memang susah yang amat nak suruh dia pandang kamera. Bajet artis sangat bobok sorang nie!!  

Besday bobok mama yang dah 3 bulan berlalu

Imej
Maafkan mama sayang sebab dah dekat 3 bulan baru nak update besday bobok mama nieh..Asyik bertanguh dari sehari ke sehari, last-last 3 bulan terperap kat draft..Baik betul perangai mama awak nie eh!   3 bulan lepas masa genap umur safiyya setahun, kitorang buat majlis kesyukuran untuk dia..Aku buat kecik-kecik je..Kecik-kecik pon dok panggil sedara mara ngan kengkawan opis aku ngan lakiku jugak..Tapi, serius..Kali nie, aku frust cikit buat majlis makn-makan..Kehadiran tak seprti yang kitorang harapkan..Beria aku ajak family aku datang tolong masak..Bajet ramai benar tetamu akan datang..tapi, hampa..Memang hampa..Terima kasih sedara mara, adik beradik dan kengkawan yang sudi datang memeriahkan majlis..Pada yang tak dapat datang, yea..Kitorang faham..Tapi, ketahuilah..Sedih sangat tengok makanan banyak berlebih..Walaupon dah banyak suruh sedara mara bungkus bawak balik, tapi rezeki yang berlebih tetap banyak...   Memang lepas je setel majlis, aku dah pesan dekat hubby, ...

Budak bobok yg selalu buat orang geram..Grrrrrrrrr!!!!!!

Imej
 Belom readylah mama.......  Yeay!!! Sekarang saya dah gelak besar...Nampak tak gigi saya????  T_______T    Dah puas gelak besar meh nak senyum malu-malu pulak.....

Datin Safiyya bobok

Imej
Ada gaya datin tak saya sekarang nie? Datin wannabe HANNAH SAFIYYA!!! Apa??? Ada???????? Tenkiu auntie semua!!!!!!! Safiyya sayang semua..muahmuahmuah...

Jom kita tengok reaksi safiyya bila jumpa pool

Imej
Mentang-mentang dah boleh upload gambar, abis aku pulun buat entry arini ek..Buat yang merindui diriku yang tak berapa nak hot nie, diharapa dengan adanya 2,3 ketul entry nie dapat mengubat rindu korang semua yep?! Lempanglajulajukatdirisendirisebabperasanartissangatdoh!!! Oh, kejadian nie berlaku awal Jun lepas yer..Encek suami ditugaskan menjadi urusetia kursus kat Tiara Beach Resort..Sebagai isteri yang ala-ala mithali nie, haruslah ikut sekalikannnnn!! Dapat bilik free, takkan tak mau ikutttt..Dahlah tiket water themepark pon dapat free..Saper yang tak mau menda freekan..Cer citer dengan aku kalau ada yang tak suka!! Lagipon kursus nie diorang buat time weekend, bolehlah aku ikut..Ari jumaat tue, aku mintaklah half day dengan pemangku bos..Sekali sekala jer pong! Kalau selalu mau kena hempuk dengan bos,ngeeeeeee.... Aktiviti aku kat sini takder lain selain memerap dalam bilik dengan safiyya..Nak turun ke pool time hubby takder, memang taklah..Dahlah orang meramai.....