6 bulan sudah.

Assalamualaikum
 
 
Lama sangat dah tak berbelog. Perasaan MALAS sangat menjadi-jadi. Tapi, baca blog orang, hari-hari aku buat kecuali time weekend+bila line internet takde :)
 
Suka je baca cerita orang. Rasa fun sangat. Bila nak cerita hal sendiri, malaihhhh kemain. Tengah ada mood macam sekarang nie, bolehlah kita sembang sikit-sikit. Alhamdulillah, kandungan kedua nie dah masuk 24 minggu. Dalam masa 4 minggu je lagi dah masuk 3rd trimester. Waahhhh!!! Cepatnya masa berlalu...Pejam celik, pejam celik nanti dah nak kena melalui pengalaman kat labour room lagi. Satu je aku minta dari Allah S.W.T, moga semuanya dipermudahkanNya, insyaAllah..
 
Tak lama je lagi rutin berjaga malam kembali dalam hidup aku. Bertabah jelahkan. Itulah salah satu perkara normal yang dilalui bila ada anak kecik. Mata bengkak macam panda+tak cukup tido itu normal. Disebabkan ini pengalaman kali kedua, mungkin takdelah terkejut sangat untuk aku. Still boleh chill lagi rasanya.
 
Cuma aku terfikir macam manalah penerimaan safiyya kat adik dia nantikan. Nak-nak dalam pantang nanti, insyaAllah aku pantang kat rumah mak. Perghhh..Mencabar keimanan kot! En.Aril kat Putrajaya, aku kat Bentong dengan nak menghandle 2 orang anak, sabar jelah. Harap-harap safiyya tak banyak ragam bila dah beradik nanti. Janganlah dibulinya mak dia yang tengah berpantang ni nanti. Maklumlah, maknya insan yang lembik bila lepas bersalin. Semua jadi lemah. Kalau dia melasak tak tentu hala, bikin maknya stress time berpantang nanti :)
 
Jantina anak kedua masih tak diketahui. Saja malas nak scan kat private suruh doc cek jantina. Biarlah tunggu dia lahir je nanti. Barulah best! Keterujaan berganda gitew!! Aku ngan En.Arilkan suka surprise-surprise ni cumanya tiap kali orang tanya jantina anak je buat kitorang garu kepala. Mungkin sekarang dah jadi trend orang akan scan jantina anakkan. Kitorang je yang tak ikut trend tue gamaknya :)
 
Erm...Mula dari awal bulan MAC aritu, aku rasa kerap betul aku ada appointment kat KK. Kena amik darahlah, minum air gulalah, kena jumpa doclah, kena jumpa nurselah, haiiiii..Banyak betul appointmentnya, Semua sebab result HB aku yang tak cantik. Asyik dapat bacaan antara 9.0-10.00 je. Disebabkan ni kandungan yang kedua dan dulu pon aku ada masalah yang sama, aku takdelah cuak sangat. Lagipon memang mak aku masa mengandungkan kitorang dua beradik dulu memang bermasalah dari segi HB nie. Jadi aku anggap nie mungkin faktor keturunan. Sticker buku pink aku pon dari warna hijau dah bertukar warna kuning. Redha jelahkannnnnnnn.
 
Sebenarnya aku letih bila asyik kena jumpa doktor nie. Letih menunggu je pon. Sebabnya doc jumpa aku pon tak sampai 10 minit. Mungkin sekadar memenuhi syarat. Lepastu asyik tanya soklan yang sama. Dia macam tak boleh terima result HB aku yang tak berubah walaupon dah makan IBERET. Apa lagi yang aku nak buatkan kalau dah HB aku tak nak naek sedangkan aku dah ikut saranan dia. 2 minggu lepas pon aku kena buat FBC lagi. Kali nie, darah tue nak di hantar ke HKL pulak, then 13 MEI nanti kena jumpa pakar pula. Kita ikutkan jelah saranan doktor tue ye walaupon dah tau nanti apa yang pakar tu nak cakap :)
 
Hari Rabu lepas pulak aku kena minum air gula. Doc kata itu prosedur biasa bagi ibu-ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas. Oh, aku ingatkan sebab apa. Bayangkan dari awal aku bukak buku pink doc dah bagi tarikh untuk minum air gula. Nasiblah aku boleh telan. Yang hazabnya cuma nak tunggu 2 jam lepastu je. Sebab nak kena amik darah semulakan. Nasiblah nurse bagi aku bilas tekak dengan air putih sikit. Kalau tak, pening kepala jugak nak menahan rasa geli kat tekak tu.
 
Harap-harap result -velah nanti. Kebetulan rabu nie aku kena g checkup lagi kat KK. Kalau dapat result tu terus, cantik sangat dah rasanya!
 
Berat badan setakat nie masih dalam kawalan walaupon tiap kali timbang lebih dari yang sepatutnya. Mungkin bagi nurse itu normal, sebab tue tak kena tegur lagi. Tak taulah kalau lepas nie kena tegur pulak kan. Kita redha jelah :)
 
Last week balik Bentong jumpa BFF time sekolah dulu sebab kebetulan mei-mei ada balik sini. Nak berkumpul 6 orang tak dapat, masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing, jadinya berjumpalah kitorang berempat je. Dila, mei, ngan aku tengah pregnant, reni je yang masih single. Due kitorang pon dekat-dekat je memasing. Mula-mula aku, pastu mei, then di akhiri ngan dila.  Diorang berdua masing-masing mom to be, aku je yang pregnant kali kedua. Jadi secara tak langsung aku jadi tempat rujukan kalau ada apa-apa yang diorang nak tau. Nasib semua soklan diorang yang basic-basic je. Kalau yang super duper ekstrem, memang tak dapeklah aku nak jawab.
 
 
Kitorang jumpa dekat Old Town je lepas asar aritu. Bila dah berjumpa, masing-masing riuh bersembang tanya perkembangan masing-masing. Disebabkan dila ngan mei-mei pregnant kali pertama, perut diorang kecik comel jelah. Perut aku yang paling besar time tue. (dah katapun due aku lagi awal dari diorangkan). Bila nak bergambar masing-masing cuba cover pipi. Semua tak puas hati sebab pipi dah tembam. Asal tak puas hati je, delete..Itulah kerja kitorang. Aku nie memang tak boleh lari dah. Kalau tak pregnant pon pipi memang dah sedia tembam, bila pregnant ni, lagilah bertambah tembam. Siap pesan kat diorang bila snap gambar jangan close up sangat kat muka aku. Pandai-pandailah diorang ejas angle yang terbaek untuk sembunyikan pipi aku, kikiki..(kejamkan!!) 
 
Safiyya masa nie, aku tinggalkan dengan En. Aril kat rumah mak. Sekali sekala keluar berjimba-jimba dengan kawan-kawankan. Kalau aku bawak safiyya sekali masa nie ada can aku bekejar je dengan dia dalam Old Town tu. Diorang sibuk bersembang, aku sibuk berlari, oh tidak!! Nasiblah En.Aril sporting bagi izin kat isteri dia nie keluar bersuka ria kejap. Terima kasih abang :)
 
Safiyya sekarang nie pon dah makin besar dah makin banyak akal.  Sifat manja dia pon menjadi-jadi. Mungkin sebab dia tau tak lama lagi dia dah kena berkongsi kasih dengan adik dia. Kalau aku tengah masak kat dapur, kejap-kejap datang peluk. tak dapat peluk badan, dapat peluk kaki pon jadilah. Kalau malam-malam nak tido mesti dengan aku. Selagi aku tak tido, dia doklah berjaga. Bila aku dah baring, walaupon depan tivi, mesti dia datang baring kat sebelah. Lepastu, kejap-kejap duk peluk-peluk aku sambil cium-cium. Alahai manisnyaaaa anak nie.
 
Walaupon dia kecik lagi, tapi bila dia buat macam tu, terus cair hati aku nie. Rasa terharu pon ada jugak. Tak sangka, anak aku yang lahirkan dulu dah nak jadi kakak dah. Kadang-kadang terfikir jugak, kesian dia kecik lagi dah beradik. Tapi, nak buat macam manakan. Ini semua rezeki dan kitaran hidup manusia biasa. Aku cuma berharap agar kitorang berdua (aku ngan en. aril) dapat bersikap adil dan mengagih kasih sayang yang sama rata pada kedua-dauanya nanti.
 
Walaupon dia dah jadi kakak nanti, dia tetap baby kecik dalam hati aku yang sentiasa aku sayang sepenuh jiwa. Walaupon kadang-kadang ragam dia buat aku hilang sabar, tapi bila tengok keletah dia hari demi hari, aku jadi menyesal bila teringat yang kadang-kadang aku tak mampu nak kawal kemarahan aku dulu. Semakin dia besar, semakin mengajar aku dan en. aril erti sebenar menjadi mama dan abah.
 
Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul bila dah ada anak nie. Terlalu banyak menda baru yang kita belajar bila anak-anak makin membesar. Harap-harap, kitorang dapat membesarkan anak-anak dengan penuh kasih dan sayang supaya diorang menjadi anak yang soleh/solehah dan mampu menyenangkan hati kitorang bila diorang dah besar nanti. InsyaAllah :)
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017