Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Selamat datang 2015

Imej
Assalamualaikum Hari ni, hari terakhir untuk tahun 2014. Banyak kenangan manis rasanya dari yang pahit. Alhamdulillah, tahun 2014 dilakar dengan begitu indah buat kehidupan aku, keluarga, dan semua kenalan tersayang. Diharapkan, tahun 2015 dapat dilalui dengan memori yang indah-indah juga. Moga perubahan yang lebih baik berlaku untuk kehidupan aku, keluarga dan semua yang dikenali dan diharapkan ianya akan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T. Macam biasa, aku memang takde azam setiap tahun. Aku cuma ikut je apa yang ada. Takut nak berazam lebih, sebab takut akan jadi hangat-hangat tahi unta je,hehehe. Yang pasti, moga tahun 2015 ni dapat dilalui dengan penuh GUMBIRA (^_^) Selamat tahun baru semua. Peace yo!

Banjir..

Assalamulaikum 2, hari ni, asyik pegang fon tengok update pasla banjir je. Kesiannya. Keadaan makin meruncing. nak-nak di Kelantan. Tak tau nak cakap macam mana. Aku cuma terbayangkan andailah aku dan keluarga sedang berada bersama-sama mereka menghadapi banjir tu, memang tak tau nak buat apa. Dengan anak kecik lagi. Ya Allah!! sedih sangat. Aku terbayang-bayang je, andai katalah aku di sana, macam mana bila safiyya dengan nia, lapar, sejuk, nak susu, nak makan, nak tidur, MasyaAllah....Malam tadi, lewat aku tidur. Semata-mata nak tengok kawan-kawan update dari masa ke semasa. Dalam tak sedar, mengalir air mata bila terbayangkan macam mana doktor dan jururawat khususnya di Hospital Kuala Krai struggle untuk selamatkan patient. Mana yang di ICU, CCU. Baby lagi. Yang nak bersalin. Semua tu aku bayangkan kalau aku berada di tempat diorang. Allahhu akbar!! Sungguh aku sedih dengan banjir kali ni. Air makin lama makin naik, naik dan naik. Belum nampak tanda-tanda nak suru...

Untuk si dia yang tengah PREGNANT itu :)

Imej
Maafkan daku, kerana entry ni khas untuk tatapan bestfriendku, seorang mak buyung yang sentiasa menanti-natikan update dariku berkenaan entry masakan.  Malu pulak rasa, sebab masak bukan hebat pon, Untuk makan 4 beranak, bolehlah. Untuk ko yang sedang membaca blog, silalah tatap menu masakan aku yang tak seberapa ni ye. Terima kasihlah sebab sentiasa jadi pembaca blog yang SETIAAAAAAAAAAAAA walaupon blog aku ni sendu je, hahahahaha. Hari bila tak ingat, aku buat ikan cencaru sumbat. Balut denagn daun pisang, bakar dalam Magic Pan. Sekejap je dah masak! Sambal memang aku suka buat lebih, sebab kitorang lakik binik memang penggemar sambal yang tegar! Bakar terus 3 ekor, sebab safiyya memang penggemar ikan. Dia ratah cenggitu tanpa nasik pun ok. Terbalik pulak! Sepatutnya, mama dia yang kena ratah je ikan tukaaaaaaaaaa, hahaha. Dilawankan pulak dengan taugeh goreng kicap. Memang thumbs up safiyya bagi kat mama. Semua lauk feveret dia. Mama masak pun senang hati, bi...

Wholemeal Sandwich Telur :)

Imej
Assalamualaikum Hai semua. pekabar? Dah breakfast? Arini aku bawak bekal sandwich telur + air milo homemade. Jimatkan. Tak payah bersesak kat cafe bawah, terus je naik opis. Wah! Mithali sangat gayanya kakaka. Takdelah. Saje je. Sekarang ni, aku tengah try nak ejas time masak dinner aku. Lepas aku baca blog kak lieya latif, aku rasa aku pun nak try masak macam dialah. Aku kagum giler kot, dia bangun pagi-pagi buatkan bento untuk anak-anak dia. Lengkap pakej dari breakfast, lunch membawak ke kudapan untuk anak dia ke KAFA belah petang. Gigih dia masak macam-macam awal pagikan.  Bila dah rajin baca, baru aku tau, rupanya dia masak pagi-pagi tu, untuk lauk dinner terus. Kiranya bekalan untuk lunch anak dia tu untuk lauk dinner nantilah. Untuk dinner karang, anak dia akan repeat lauk yg sama time lunch yang mama diorang bekalkan. Waa!! Terus aku dapat idea. Why not aku buat macam diakan. Lagi senang. Balik rumah cuma perlu masak nasi dan goreng ikan/ayam  je kalau...

Tengah hari Jumaat yang indah :)

Imej
Assalamualaikum Hai korang, Pe kabar. mesti ramai yang baru sampai ofiskan. maklumlah, rehat lama arini orang gomenkannnnn. Sejak dah kerja kat sini, memang aku dah target, tiap kali jumaat (lunch) memang nak balik rumah je. Sambil rehat, boleh setelkan rumah. Macam tadi, dalam masa rehat tu, sempat je aku masak untuk lunch. Alang-alang dah masak,  terus masak banyak untuk dinner karang. Jimat masa tak perlu masak 2 kalikan. Sambil masak, sempat aku jalankan 2 trip mesin basuh. Fuh!!! Legaaa rasa bila tengok kain baju kotor dalam bakul dah kosong. Tinggal tuala je nak basuh esok. Selalunya aku basuh kain petang sambil masak. Tapi, semalam memang sengaja aku malas nak basuh. Dah plan nak buat arini, hahaha.  Satu kepuasan aku rasa bila dapat siapkan kerja dalam masa yang singkat. Kalau dulu, masa bujang, takde pikirnya menda ni semua. Yelah, dulu kain baju pun sorang pakai jekan. Basuh 2 kali seminggu pun takpe. Kalau sekarang ni aku buat camni, bengkoklah badan. ...

Bebel!

Assalamualaikum Arini free je kat ofis. Bos ada kerja luar sampailah petang. Jadik, PA dia pun terus bersenang lenang. Perut lapar kemahen, mengalahkan tak makan dari pagi. Padahal, dah minum milo segelas cicah biskut weetameal. Memang dasar sangat perut nikan. Mintak diisi je bila tak bizi ni. Arini, opis senyap sunyi. Ramai yang ada program kat luar. Dahlah aku pon jauh dari orangkan. Budak ofis yang selalu dengan aku tu pun cuti rini. Bosan yang hamat rasa ni. Tak sabar nak pergi lunch je ni. Kenyang perut, barulah suka hatikannn.. Update bergambar baru bestkan. Tapi, masalah sikit sekarang ni. PC ni banyak virus. Abis enset aku asyik kena format je. Tunggulah kalau dapat solutionnya nanti eh. Kalau tetiba ada gambar nanti, tu tandanya aku berani redah jelah tu, hahaha. Ok, meh citer pasal perkembangan budak-budaklah pulak. Kakak safiyya sekarangkan dah 3 tahun ++. Makin besar, makin tiggi dan masih cembeng. Kalau nak tau, dia masih lagik berpampers. Mak dia ni ...

Nasi goreng kiter!

Imej
Assalamulaikum Morning. Dah breakfast semua? Arini, sempat buat nasi goreng simple je. Cadang nak masak lauk dinner terus pagi tadi , tapi macam tak sempat pulak. Terus tukar plan buat nasi goreng ni. Guna bahan yang sedia ada je. Bawang kecil, bawang putih, cili api, ikan bilis, telur dan taraaaaaaaaaaaaa!! Sorang satu bawak bekal kat ofis. Jimat duit. Kahkahkahk.. Okeh, 1st sekali yang paling aku suka bila dah kerja dekat ngan rumah ni of courselah bab duit. Jimat sangattttttttttttttttttt!!! Kalau dulu, minyak RM50 tu dapatlah bertahan dalam 2 hari setengah. Sekarang ni, RM50 dapat pakai seminggu terus!! Mak cik sukaaaaaa!!! Patutlah aku tengok kawan-kawan aku yang duk Putrajaya ni loaded-loaded belaka ye. Minyak, tol tak luak sangat. Bolehlah korang berjimba-jimba dengan duit lebihan (^_^) Aku pulak, sekarang ni, bolehlah menyimpan lebih sikitkan. Kalau dulu, asal simpan je, tak lama pastu keluar balik. Tu, maintainance keta tu setiap 2/3 bulan se...

Ofis baru kiter!

Imej
Assalamualaikum Apa kabar semua :) Lama sangat tak membebel kat sini. Macam-macam nak cerita. Tapi tak tau mana satu yang WAJIB didahulukan :) Rasanya, kita amik yg utama dulu lah ye. Okeh, untuk makluman korang, aku sekarang dah dapat tukar ke Putrajaya!! Alhamdulillah..Finally.....Setelah 7 tahun berkhidmat dengan PDRM, dapat jugak aku keluar dan mencari pengalaman baru kat kementerian. Suka mak hencik tau!! Sebenarnya, memang aku tak jangka langsung dengan pertukaran ni. Ko bayangkan, aku dapat berita pertukaran ni pon dah petang, memang dah nak dekat time balik. Tak silap time tu dah pukul 4.55 lebih kurang. Aku dah ready kemas beg, tinggal nak keluar bilik je. Sekali tengok henset ada orang call. Yang naik pulak nombor ofis. Angkat call, terus diperkenalkan nama pemanggil "En.Izad" dari Putrajaya. Wah! Masa ni, aku rasa macam nak gugur jantung. Sebab setau aku, kalau dapt call dari dia ni memang nak bagitau berita baik jekan. Memang tak sangka langsung. ...