Ofis baru kiter!



Assalamualaikum

Apa kabar semua :) Lama sangat tak membebel kat sini. Macam-macam nak cerita. Tapi tak tau mana satu yang WAJIB didahulukan :) Rasanya, kita amik yg utama dulu lah ye. Okeh, untuk makluman korang, aku sekarang dah dapat tukar ke Putrajaya!! Alhamdulillah..Finally.....Setelah 7 tahun berkhidmat dengan PDRM, dapat jugak aku keluar dan mencari pengalaman baru kat kementerian. Suka mak hencik tau!!

Sebenarnya, memang aku tak jangka langsung dengan pertukaran ni. Ko bayangkan, aku dapat berita pertukaran ni pon dah petang, memang dah nak dekat time balik. Tak silap time tu dah pukul 4.55 lebih kurang. Aku dah ready kemas beg, tinggal nak keluar bilik je. Sekali tengok henset ada orang call. Yang naik pulak nombor ofis. Angkat call, terus diperkenalkan nama pemanggil "En.Izad" dari Putrajaya.

Wah! Masa ni, aku rasa macam nak gugur jantung. Sebab setau aku, kalau dapt call dari dia ni memang nak bagitau berita baik jekan. Memang tak sangka langsung. Betul sangkaan aku. Dahlah masa tu aku rasa macam kelam kelibut sebab dia suruh aku lapor diri 17 hb, maknanya (isnin depan). Mau tak terkejut. Dahlah dapat tau bertukar ni pun last minit. Dia pulak suruh aku lapor diri isnin depannya. Tak ke rasa macam nak terkucil kat situ????????


Hari tu, 1st time dalam sejarah, aku keluar ofis dalam 5.15 p.m. Semua orang pelik. Aku senyap je tak terkata apa bila dah habis cakap dengan en.izad tu. Nak bagitau bos pon kebetulan bos MC. Masuk kereta terus call husband. Minta dia teka berita gumbira je terus dia bagi tekaan yang tepat. Aik, macam tau-tau je. Dah telek dalam air ke apa ni kannn?????? hahaha..Kiding!

Try call mak tak dapat-dapat. Last-last malam baru dapat cakap. Rupanya mak ada class agama. Patutlah. Sujud syukur terus mak aku bila dengar anak dia dapat tukar Putrajya. Well, memang dah lama sangatkan aku nak tukar sini. Pulak tu, aku berulang sorang KL-Putrajaya 5 hari seminggu, Mak aku bimbang sangat dengan keselamatan anak perempuan dia sorang ni. Jadi bila dapat gud news ni memang tak terkata dah rasanya.

Isnin, 17 hb aku terus lapor diri dan minta tangguh 2 minggu sebab pengganti sampai 3 hb. Kalau korang nak tau , aku ni kira REZEKI sangat boleh bertukar keluar dari PDRM sebab ada intake PA baru dari JPA. Kebetulan PA baru gred N17. Jadi memang boleh sangatlah aku keluar. Kalau takde intake PA yang baru ni, mimpi di siang hari jelah aku nak keluar dari PDRM. PA sedia ada yang kat Putrajaya ni takde sorang pon yang nak masuk PDRM. Kalaupun ada yang nak bertukar ke KL, bila di offer masuk PDRM, semua sanggup menolak, hahaha. So, aku anggap rezeki akulah kali ni. Alhamdulillah sangat tau :)

Secara rasmi aku mula kerja kat ofis baru ni minggu lepas, 1 Disember 2014. Alhamdulilllah, so far semua ok je. Memang aku bagitau siap-siap kat bos, officer dan ofismate yang aku tak berapa pandai sangat lagi dengan kerja-kerja kat sini. Silalah ajar diriku yang kerdil ni, hahaha. Maklumlah,  cara PDRM bezaaaa sangat kot. So far, diorang kat sini pun sanggup tolong apa-apa yang aku blur. Bos kat sini pun ok je setakat seminggu aku jaga dia. Walaupon ada momokan-momokan berkenaan bos ni macam tulah, macam nilah, tapi bagi aku, kalau dengan aku dia ok, so, ok jelah. Kalau dengan orang lain dia K.O, tu aku tak boleh komen. Janji tak libatkan aku sebagai orang perantara dia, dah kira selamatttttttttttttttt. Aku rasa, mana-mana PA pun macam nikan. Standardlah. Bos garang dengan orang lain, itu kita tak boleh campur. Janji kerja kita setel, dan dia pun tak bising, ok jekan. Nak hidup, kena pandai-pandailah kot, hehe.

Oh ye, aku sekarang kerja kat jabatan, bawah Kementerian Pengangkutan. Best je, staf tak ramai pun. Adalah dalam 40 ++ je rasanya. Boleh kenallah semua satu jabatan. Minggu ni bos tak de, Outstation, bolehlah aku update. Minggu lepas macam lipas kudung aku rasa. Maklumlah. Minggu pertama. Bos pulak saje nak test aku camner. Aiyok. Becak ketiak rasa tanya orang sana sini. Nasiblah aku selalu keep in touch dengan PA lama dia. Jadi, kalau ada apa-apa yang aku tak faham direct je aku tanya dia. 

Kat sini jugak, untuk pertama kali aku merasa untuk uruskan flight tiket bos. Tentatif urusan rasmi dan macam-macam lagi. Rasa blurr sekejap. Tapi, dalam masa yang sama, aku happy sebab menda-menda macam nilah yang aku teringin lamaaaaaaa sangat dah nak buat. Maklumlah, cita-cita dulu memang nak jadi PAkan. Lepas 7 tahun kerja baru dapat menda yang diidamkan, memang aku bersyukur sangat. Better late than never right????



Sekian update terkini dariku, ikhlas dari ofis baru :)

Oh ye, kalau nak tau, sekarang ni aku hanya pakai BB CREAM SeqyBeuty je tempek kat muka lepas pakai toner. memang best sangat!!! Tak perlu dah pakai naturactor kat muka. Muka pon dah kurang berminyak. Wlau duk bawah panas terik, kulit maintain flawless tanpa minyak sekuali (^_^)

Siapa nak order boleh wasap/mesej 017-3163602

COD sekitar Putrajya/Dengkil/Bangi dan berdekatan.

Daaa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017