Ke Penang kita! Best je TUNE HOTEL PENANG (^_^)
Assalamualaikum Jangan jemu dan jangan muntah tengok gambar yang berlambak ye. Ni baru trip ke Penang. Gambar kat Langkawi nanti pulak. Gambar dekat 2++. Maklumlah, selfie sensorang memang ginilah. Kalau dulu zaman KODAK dulu paling kuat pon 3 roll filem untuk 36 keeping satu roll. Sekarang ni, canggih sangat, tangkap gambar simpan dalam EXTERNAL, camnilah jadinya. Bergambar tak hengat donia, ahaaaaa!! Isnin 1 Sep, kitorang gerak dari rumah aku lepas subuh. Terus mandikan budak-budak dengan air suam. Malas nak berenti mandikan dekat R&R. Leceh nanti aku yang kena bersilat ngan diorang kat sana. Sebelum gerak, meh bergambar dengan opah sekeping ye Nia. Kakak dah selamat turun ke keta dengan abah dan atoknya. Dia tak layan dah gambar-gambar ni masa kat rumah. Dia eksited nak berjalan je :) Gerak pagi-pagi, mana sempat nak masak kat rumahkan. Singah R&R Sg.Buloh dulu isi 'minyak'. Kesian atok makan mee kari tak sedap. En.Aril pon sam...