Cameron Highlands Part 1

Jumaat lepas pagi-pagi lagi dalam pukul 8 lebih kitorang dah gerak dari rumah..Eksited punya pasal nak naik Cameron..Kata dah 13 tahun lebih taknaikkan..Haruslah feel tue lain cikitttttt...Safiyya pon terpaksa bangun dalam rela sebab kena paksa mandi pagi-pagi..Nasib baik, anak dara ni suka air..Senang keja mak!!

Aku sebenarnya takut nak naik Cameron ikut Tapah nie...Orang kata jalannya macam ular kena palukan?? Teringat 13 tahun lepas waktu naik Cameron ikut rombongan sekolah tue..Separuh mati aku menahan rasa nak muntah..Nak je aku turun dari bas, jalan kaki naik atas tu..Tapi, hubby pandai saiko aku..Dia kata nanti bila dah nak naik, off ekon ngan radio, bukak tingkap je..Konfirm, tak mabuk!!

Memang menjadi tips hubby nie..Korang-korang mana yang mudah mabuk macam aku, silalah cuba tips kat atas ek..Mana tau, dengan korang pon akan berkesan tips nie..Sharing is caring rite??? 


Selamat datang ke Cameron Highlands..Teruja sangat masa ni..Ingatkan dah nak sampai..Rupanya kemain jauh lagi nak panjat ke atas te ye... 


 Percutian 3 beranak yang dirancang sebulan sebelum pemergian..Nasib safiyya behave je..Tempat sejukkan..Selesa jelah dia kat cana..


 Boleh nampak view pelbagai rumah orang asli sepanjang perjalan nak naik Cameron..Diorang pon ada jual hasil-hasil hutan kat tepi-tepi jalan..Harga, aku tak pasti? Tak berani nak turun..Takut karnag kalau tak jadi beli, kena marahlah pulak :)


 Kata tempat sejukkan..Tido je kejanya Safiyya nie..Tido pon dah macam-macam gaya..Ikutlah nak..Janji awak tak meragam dalam keta..Pening mama nie nanti..


Akhirnya, sampai juga ke Pekan Ringlet..Kat cini takde yang best sangat ye?? Aku tak singgah pon..Tak tau nak cari apa dekat cini..

Tempat pertama yang kitorang singgah bila sampai Cameron..Sejuk je mata tengok ladang teh yang hijau ni..kat KL, jangan mimpilah nak dapat view yang macam niekan :)



 Nasib naik Cameron hari Jumaat..Orang tak ramai sangat..Nak bergambar, nak berjalan semua senang..Sebagai tanda dah pernah sampai ke cini, kita haruslah bergambar dekat landmark Cameron BHARAT PLANTATIONS :)


 Tak adil kalau aku je bergambar dengan Safiyya..Hubby mesti ada sekali..Orang penting ni..Suka gambar nie..Memang sebijik sejibon rupa ayah ngan anak...


 Yeay!!!! Safiyya dah sampai Cameron..Seronok!!!


Mahal rambut safiyya tue..Walaupon dah berkali-kali disikat, diikat, disepit, tetap serabai jugak aku tengok..Cepatlah panjang rambut anakku..Mama rimas nengok rambut awak tue..


Dekat cini ada kedai cenderahati jugak..Jomlah kita bergambar, sebagai tanda kenang-kenangan..


Macam-macam jenis perisa teh ada..Teh stawberi, teh oren, teh halia dan macam-macam lagi..Aku rembat teh strawberi je..Itupon sekotak je..Percutian kali nie, memang kitorang kena belanja secara berhemah..Beli yang penting je..Katapon percutian yang tak dirancangkan..Kena utamakan percutian yang dirancang pertengahan bulan nie..Dekat 7 bulan menabung duit, haruslah bergembira di cana (^_^)


Antara jenis-jenis daun teh yang dipamerkan kat cini..Aku nie bukan jenis suka nak tanya itu ini, aku tengok, aku baca, aku tangkap gambar, sudahhh...


 Antara cenderahati yang dijual kat cini..Mahal jugakkk..Tak kuasalah aku nak beli..Membazir je..


Kat cini pon disediakan cafe untuk minum-minum sambil menikmati view ladang teh nie..Walaupon perut tak berapa lapar (sebab dah singgah Tapah, breakfast maggie goreng) tetap kena singgah untuk minum-minum kat cini..Kata datang Cameronkan..Tak lengkaplah percutian kalau tak menghirup teh sambil cuci mata dekat sinikan??



 Sebelum minum, jom bergambar 1 family..Walaupon tak berapa nak cantik viewnya (sebab tangkap sendirikan), oklah tue..ada jugak kenangan..


Total untuk semua nie RM 16.50..Mahal kemainnnnn...Nak sangatkan rasa teh kat cini, terimalah balasannya..Lain kali, kalau nak datang cini, aku nak bawak siap-siap air teh dalam thermos, lepas tue, tuang je dalam gelas sambil minum mengadap ladang teh..Jimatttttttttt!!!


Masa kitorang tengah minum, safiyya dok gigit-gigit plastik beg teh strawberi yang aku beli tadi..Aku biarkan je..Nak bagi dia diam punya pasal dalam baby chair tue..Adalah dalam 10 minit dia bertahan dalam kerusi tue..Lepas tue, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Silalah angkat  kalau taknak dengar suara dia jerit T___T

Mak aiiihhhh, kemain sampai nak denda RM50K kalau kita petik bunga kat cini..Melampau sungguh..Sajalah tue nak saiko!!

To be continue........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017