Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ofismate

Lunch with girlfriends!

Imej
24 Disember lepas, sempat aku turun KL sekejap time lunch hour. Bukan memonteng kerja ye, memang aku dah isi borang awal-awal. Bos pun dah mula cuti, jadi memang takde maslah untuk aku keluar. Janji dah dapat kebenaran admin :) Kali ni turun KL semata nak lunch dengan kesayangan ofismate aku nilah. Wani (berbaju pink) dah dapat tukar ke IPK Johor. Pertukaran dia memang tak dijangka. Permohonan dia ni pun dah 2,3 tahun yang lepas. Dia sendiri terkejut dapat tukar, apatah lagi kitorangkan. Dahlah e-siar pertukaran dia keluar tak lama lepas aku tukar ke sini. Memang suprise!!! Yeay!!!, rezeki wani dapat balik kampung!!! 24 Dis ni memang last day dia kat sini. Dia mula lapor diri 1 jan 2015 (semalam). Ingat lagi, mula-mula aku dapat tukar ke B.Aman dulu, dialah orang 1st yang aku reckey untuk mintak pertolongan dari segi tempat tinggal sebab aku akan satu bahagian dengan dia. Dia pun, aku kenal dari zaman poli, cuma kami berlainan kelas. Sebelum-sebelum ni, kalau jumpa pun...