Lunch with girlfriends!



24 Disember lepas, sempat aku turun KL sekejap time lunch hour. Bukan memonteng kerja ye, memang aku dah isi borang awal-awal. Bos pun dah mula cuti, jadi memang takde maslah untuk aku keluar. Janji dah dapat kebenaran admin :)

Kali ni turun KL semata nak lunch dengan kesayangan ofismate aku nilah. Wani (berbaju pink) dah dapat tukar ke IPK Johor. Pertukaran dia memang tak dijangka. Permohonan dia ni pun dah 2,3 tahun yang lepas. Dia sendiri terkejut dapat tukar, apatah lagi kitorangkan. Dahlah e-siar pertukaran dia keluar tak lama lepas aku tukar ke sini. Memang suprise!!!

Yeay!!!, rezeki wani dapat balik kampung!!! 24 Dis ni memang last day dia kat sini. Dia mula lapor diri 1 jan 2015 (semalam).

Ingat lagi, mula-mula aku dapat tukar ke B.Aman dulu, dialah orang 1st yang aku reckey untuk mintak pertolongan dari segi tempat tinggal sebab aku akan satu bahagian dengan dia. Dia pun, aku kenal dari zaman poli, cuma kami berlainan kelas. Sebelum-sebelum ni, kalau jumpa pun juz senyum je, tak sangka akhirnya boleh jadi rapat macam ni, hoho.

Wani banyak tolong aku masa mula-mula aku kat KL. Dalam 2 minggu jugak aku tumpang rumah sewa dia sebab bilik sewa yang aku dah book kat Sentul tu hanya boleh masuk awal Julai. 2 minggu duk dengan dia dah mula rapat. Tahun 2011, kitorang ditakdirkan duk sebelah-sebelah meja je. Aku ni kan riuh. Wani yang tak banyak mulut pun jadi banyak mulut sebab kena melayan aku bersembang, haha.

Senang cerita, dia ni partner in crime akulah. Paling senang nak ajak berjalan. Cakap je nak kemana, Dia on je. Pergi Daya Bumi, CM, SOGO, Masjid India, Jalan TAR, Jusco, Shaklee, semualah dengan dia. Jalan-jalan cari makan pun banyak dengan dia. Dengan basirah pun partner jugak, Tapi, kebetulan dia mengandung rapat-rapat, jadi ada masa dia tak larat nak ikut kitorang keluar. Tapi, bila dia dah sihat, dia join sekali, hahaha.


Memang kitorang kaki jalan dan kaki makanlah, Sedih jugak bila masing-masing nak berpindah. Tapi, bila fikir ni semua untuk masa depan, takpelah. Lagipun, kitorang sentiasa berhubung, cuma untuk berjumpa tu akan jadi jaranglahkan. Masing-masing dah ada komitmen :)

Ok, macam biasa jumpa di tempat favourite, SOGO. Bolehlah lepaskan rindu kat sogo jap. Tak dapat shopping pun takpe, janji dapat masuk dan beli roti sogo, hahaha.

Aritu kitorang lunch kat Nando's. Ni 2nd time kot aku makan kat sini. Aku tak reti nak order, jadi kena pergi dengan diorang yang dah biasa makan, hehehe.




  Ini, aku yang punya. Sedapnyalah hai jagung dia. Manisssss!! So far, aku boleh je makan nando's ni. tak muak. Lagipun, katanya nando's ni healthy foodkannnn :)




Makan-makan, sembang-sembang, gelak ketawa semua. Happy dapat kawan sempoi macam diorang. Sejam lebih berlalu macam tu je. 


Wani dan Nurul, moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga ye. Wani, Intan doakan moga kamu berjaya kat tempat baru. Jangan mudah putus asa. Berani suarakan pendapat okeh!!

Good luckkkkk!! nanti, saya datang sana, sila bawak makan ke tempat yang sodap-sodap, kakakaka!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017