Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Anak-anakku

Assalamulaikum. Hai belog. Apa khabar. Baru refresh baca cerita beranakkan nia, hehe. Macam tak sangka, dah dua tahun dah umur dia. Sangat cheeky-cheeky bom bom, hahaha. Sokmo geram tengok dia. Kalau dapat peluk cium dia rasa tak puas, hahaha. Kakak safiyya dah besar, dan kurus. Bukan tak comel macam adik, tapi beselah budak dah besarkan, bukan nak sangat digomol-gomol ni,hehe. Tiap kali aku timang nia,mesti aku timang kakak jugak. Seboleh mungkin taknak timbul isu jeles menjeles di antara adik beradikkan, hehe. Kadang, nampak jugak safiyya pandang je bila aku gomol-gomol nia. Terus aku panggil dia sekali untuk digomol, hahaha. Walaupon dia macam malu-malu, tapi datang jugak. Anak aku yang sulung ni tersangatlah manja orangnya, Kalah adik manja dia tu. Kadang rasa geram je, haha. Bukan geram marah, tapi geram macam lite-lite jer. Aku taknak dia biasakan diri dia terlalu manja sampaikan nanti orang menyampah pulak, hehe. Pepaham jelah, kadang ada sesetengah budak ni suka sangat...