Ragam Hanania 2016
Assalamualaikum SO, seperti yang dijanjikan, jom cerita pasal Nia pulak.Untuk tahun ni, aku dan husband pilih untuk tmepatkan Nia di taska untuk dedahkan dia dengan persekitaran luar + bergaul dengan ramai orang. Nia tak sama dengan kakak. Kakak cepat mesra dengan ornag berbanding dia. Memikirkan nanti umur dia 5 tahun memang nak masukkan tadika macam kakak, jadi kami train dia dulu di taska. Hari pertama dan kedua waktu hantar ke taska ok je. Masuk hari ke3 dia dah taknak, Berzikir dari rumah kata tak nak pergi sekiolah. Nia nak duduk rumah je, hoho. Kesian aku tengok, tapi kentalkan hati. hantar juga sampailah sekarang. Minggu ni, masih lagi dia menangis bila dihantar dan masa ambil. Tapi, bila tanya pada cikgu, ada masa dia ok je. Cuma memang dia tak nak bergaul dengan orang. Dia duduk diam je tengok orang. Alahai anak. Sedih sangat mama tengok awak ni. Kenapalah tak mau berkawan. Tapi, takpe. Aku positif je. Beri dia masa. Aku rasa biasalah tukan. Nak biasakan diri dengan tem...