Ragam Hanania 2016

Assalamualaikum

SO, seperti yang dijanjikan, jom cerita pasal Nia pulak.Untuk tahun ni, aku dan husband pilih untuk tmepatkan Nia di taska untuk dedahkan dia dengan persekitaran luar + bergaul dengan ramai orang. Nia tak sama dengan kakak. Kakak cepat mesra dengan ornag berbanding dia. Memikirkan nanti umur dia 5 tahun memang nak masukkan tadika macam kakak, jadi kami train dia dulu di taska.

Hari pertama dan kedua waktu hantar ke taska ok je. Masuk hari ke3 dia dah taknak, Berzikir dari rumah kata tak nak pergi sekiolah. Nia nak duduk rumah je, hoho. Kesian aku tengok, tapi kentalkan hati. hantar juga sampailah sekarang. Minggu ni, masih lagi dia menangis bila dihantar dan masa ambil. Tapi, bila tanya pada cikgu, ada masa dia ok je. Cuma memang dia tak nak bergaul dengan orang. Dia duduk diam je tengok orang. Alahai anak. Sedih sangat mama tengok awak ni. Kenapalah tak mau berkawan.

Tapi, takpe. Aku positif je. Beri dia masa. Aku rasa biasalah tukan. Nak biasakan diri dengan tempat baru, suasana baru, pengasuh/penjaga/guru yang baru dan kawan-kawan yang baru memang amik masa, lebih-lebih dengan cara Nia tu. Aku percaya, insyaAllah, nanti dia mesti ok.

Untuk dua hari inipun dah nampak sikit perubahan. Alhamdulillah...Nangis masih ada, cuma kejap jelah.

Harapnya petang nanti masa ambil, dia ok-ok aja :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017