Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Pengalaman bersalinkan Hanania Qaisara (setahun lebih yang lepas ) !! :)

Imej
Assalamualaikum......   Lama sangat tak berupdate. seronok membaca blog orang je sampaikan blog sendiri terbiar. Biasaaaaaaaaaaaaaaaa diaaaaaaa tuuuu ye!! Arini terasa nak ceritakan pengalaman bersalinkan nia setahun lepas. Sebenarnya baru teringat yang aku tak pernah tulis lagikan cerita bersalin dia. Tak adil namanya bila kisah kakak, aku coretkan, kisah dia aku simpan sorang-sorang. tak aci gitew!   Oklah, kalau dibandingkan antara bersalinkan safiyya @ nia mana lagi susah, aku rasa sama je. Cumanya aku rasa seronok bersalinkan nia sebab aku sakit tak lama, dan masa aku kat hospital pon sekejap je, hahaha. Kalaulah diberi kuasa memilih, lepas-lepasni pun aku nak beranak macam aku beranakkan nia. Semuanya berlaku terlalu pantas. Meh kita imbas balik cerita setahun yang lepas eh!   Aku ingat lagi, haritu, khamis, aku pergi kerja macam biasa walaupon dah sarat sangat. (38 ++ weeks) Baby masih belum tunjukkan tanda-tanda nak keluar. Takde contraction, tak...

Oh Samsung! Napelah banyak sangat benda yang nak digantinya? Kopak tau!!

Imej
Assalamualaikum   Pagi-pagi lagi cuci mata tengok lauk ok tak? Ok-ok kan jelah ye sebab aku dah takde modal nak cerita ni. Semalam abis aku formatkan fon aku sebab system storagenya dah melebih-lebih penuhnya. Padahal, takde menda sangat pon dalam henset aku. Gambar aku dah transfer dalam memori card. Memang sengaja nak menguji kesabaran akulah tu sebab tau aku ni tak bijak mana bab gajet ni. Dah tanya kawan-kawan semua, langkah terbaik yang diorang suggest memang FORMATkan je semula fon aku ni. Nak taknak, memang terpaksa redha  je tau!   Nasiblah menjadi. Semua back to normal. Aku ni bimbang je kot fon buat hal. Sebolehnya janganlah sebab takde bajet kot nak menukar fon baru. Sayang sangat kat NOTE ni. Semalam, lepas format, betri pulak tak boleh nak caj. Tiap kali plug in, asyik reject je. Memang kena tukar betri dahlah ni. 3 tahun berkhidmat tanpa sebarang masalah, nak tak nak kali ni dah sampai masanya.   Pergilah aku ke Samsung kat ...

Minyak naik lagi, ada aku kesah?

Imej
Amboi-amboi, kemain penuh newsfeed dengan orang mengkomen isu minyak naik ye. Ate, nak buat macam mana. Kuasa kat tangan diorang, bukan kat tangan kita ni ha. Letih je bercakap, tak jadik menda pon.Aku hanya mampu LIKE jelah status korang buat masa ni. Bukan ape, komen lebih-lebih pun, tak jadik menda. Lagik bertambah sakit hati adelah. Wat lek, wat peace sudeh. Bukanlah kata aku ni banyak sangat duitnya sampaikan tak kesah harga minyak ni naik. Jangan salah faham ye. Tapi, isu ni dah selalu sangat. Diorang yang tentukan semua ni. Kita orang bawah ni, nak tak nak terpaksa hadap jelah. Biarlah YANG KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN, ye tak??? Kalau nak kata tak terasa, tipulah. Aku ni dahlah berulang PUTRAJAYA - KL 5 hari seminggu. Apa korang fikir? Duit minyak takat RM400 sebulan tu kadang masih tak cukup tau. Setakat nak pergi balik kerja bolehlah. Pastu, anak-anak, tak payah pergi berjalan ke? Kerjanya setiap hujung minggu, kita duduk dendiam je kat rumah. Bila...

Langkawi Cable Car, Island Hoping dan jom balik Putrajaya semula :)

Imej
Assalamualaikum   Hai semua, jumpa lagi. Lepas seminggu kot, kini jumpa lagi entry ke Langkawi. Akhirnya, inilah penyudah entry cuti-cuti kami. Kemain lambat nak habis. Mengalahkan bizi bebenor aku ni, kekeke..Ok, straight to the point jelah ye. Hari kedua tu, dalam pukul 8 lebih kitorang dah keluar cari breakfast kat luar, tapau bawak balik makan kat hotel je. Nasib ada warung area hotel tu. Dekat jelah kitorang menapau makanannya. Siap breakfast dalam pukul 9 lebih gerak ke Cable Car. Silap betul aku tak cek jadual operasi diorang. Rupanya setiap hari Rabu, cable car hanya akan beroperasi mulai pukul 12. Perghhh!!! Lama giler nak tunggu. Ade dekat 2 jam bertapa kat bawah. Nak hilangkan boring, jomlah kita makan angin dulu kat bawah ni.         Welcome to Langkawi Cable Car.     Kat sinikan ada pakej DUCK TOUR. Tak kuasalah aku nak menaiknya. Aku rasa tak berbaloi langsung untuk naik bot 2 'alam' ni. Dahlah mahal kemain, (RM3...