Pengalaman bersalinkan Hanania Qaisara (setahun lebih yang lepas ) !! :)

Assalamualaikum......
 
Lama sangat tak berupdate. seronok membaca blog orang je sampaikan blog sendiri terbiar. Biasaaaaaaaaaaaaaaaa diaaaaaaa tuuuu ye!! Arini terasa nak ceritakan pengalaman bersalinkan nia setahun lepas. Sebenarnya baru teringat yang aku tak pernah tulis lagikan cerita bersalin dia. Tak adil namanya bila kisah kakak, aku coretkan, kisah dia aku simpan sorang-sorang. tak aci gitew!
 
Oklah, kalau dibandingkan antara bersalinkan safiyya @ nia mana lagi susah, aku rasa sama je. Cumanya aku rasa seronok bersalinkan nia sebab aku sakit tak lama, dan masa aku kat hospital pon sekejap je, hahaha. Kalaulah diberi kuasa memilih, lepas-lepasni pun aku nak beranak macam aku beranakkan nia. Semuanya berlaku terlalu pantas. Meh kita imbas balik cerita setahun yang lepas eh!
 
Aku ingat lagi, haritu, khamis, aku pergi kerja macam biasa walaupon dah sarat sangat. (38 ++ weeks) Baby masih belum tunjukkan tanda-tanda nak keluar. Takde contraction, takde lenguh-lenguh pinggang, Takde turun tanda air / darah, semua takde. Padahal, aku hari-hari dok berzikir kat anak aku, cepatlah keluar nak sebab  mama tak larat dah nak drive pergi balik kl-putrajaya hari-hari. Rupa-rupanya semua ada hikmahnya. Nampak perit ketika aku megandungkan nia (kena travel sorang-sorang time pregnant) tapi ALLAH S.W.T permudahkan untuk aku melahirkan nia. Syukur sangat-sangat.
 
Pagi tu, aku kat ofis macam biasa. Bersembang, gelak, kacau orang semua macam biasa. Sempat lagi aku pas Mealshakes kat ofismate, siap bersembang panjang lagi kat tepi lif. Haaaaa..kalau nak tau, time tengah bersembang panjang nilah aku mula rasa tak sedap. Masa ni dalam pukul 10 lebih kot. Aku bersembang dengan ofsimate mau dekat setengah jam. Bukan sembang apa pun, dia nak tau cara makan mealshakes ni dan apa pantang larangnya. itu je. Tapi dah melalut pasal pregnancy dia pulak. kebetulan dia pun baru pregnant anak kedua, mabuk teruk, tu yang dia tanya kot-kot dia boleh amik ke tak mealshakes tu sekali..
 
Masa tu, aku dah mula rasa sengal-sengal pinggang macam senggugut. Mula-mula rasa lite-lite aje. Makin lama, makin kerap pulak dah. Terus aku cakap kat ofismate aku tu, aku nak masuk ofislah, sebab sakit perut. Apa-apa wasap je kat fon kalau ade yang tak faham cara pengambilan mealshakes tu. Sedang elok aku masuk ofis, terus aku bagitau kak ati, yang aku rasa nak pergi hospitallah sebab pinggang dan perut aku ni dah mula sakit. Gelabah terus kak ati. Takut-takut aku dah nak terberanak. aku cakap, aku masih boleh tahan lagi, rasa sakit, yang datang kejap-kejap je. Sebenarnya, masa ni aku dah lupa contraction tu macam mana. Padahal baru 2 tahun lepas bersalinkan safiyya. Cumanya aku rasa better aku pergi hospital untuk cek apa yang patutkan. Terus call en.aril suruh dia balik amikkan barang-barang nak ke hospital sebab aku dah sakit. Aku siap requet lagi gorengkan nasi untuk aku  kononnya nak makan dulu sebelum serah diri ke hospitallah.
 
Sebelum balik, aku sempat lagi ni tukar duit raya kat ex bos aku. Kalau ikutkan, masih belum boleh tukar lagi, tapi aku special sikit..Dah kata mungkin nak terberanakkan, haruslah bos aku bagi aku tukar dulu. Siap-siap tukar duit, terus kemas barang. Sebelum tu, siap cakap dengan kak ati, "kak, kalau saya datang ofis semula esok jangan gelakkan saya pulak ye. manalah tau, kot jalan tak bukak lagi ke, doc suruh balik rumah dulu ke, hahaha" gelak besar kak ati dengar aku cakap macam tu. dia kata, "entah-entah arini jugak awak bersalin tak dik", aku cuma cakap, harap harap macam tulah kak :)
 
Oh ye, sebelum aku balik, sempat lagi aku ke Shaklee Wangsa maju untuk submit order. Masa ni, masih belum ada sistem on9 lagi. Kebetulan "anak bisnes" aku kat Sabah minta tolong belikan barang dia kat Shaklee, aku pon rasa tangungjawab aku tu untuk setelkan order dia sebelum aku bersalin. Waktu ni, wani dengan rela hatinya temankan aku ke Shaklee tu. Dia bimbang aku tak mampu nak drive. Masa sampai Shaklee, orang tak ramai, tapi kenalah jugak menunggu. Masa ni aku dah berpeluh-peluh menahan sakit yang datang kejap-kejap. Aku pun tak tau, kuasa apa yang ada dalam diri aku ni, sampaikan aku sanggup setelkan kat Shaklee dulu baru nak ke hospital. Bila aku fikir-fikir balik sekarang, kenapalah aku berani sangat amik risiko macam tu dulu. buatnya apa-apa jadi kat aku @ baby dalam perut masa tu, menyesal tak sudah gamaknya.
 
Setel order, masa nak hantar wani balik ke ofis, jalan pulak jem sebab ada construction. Aku dah mula kira masa contraction aku. SAH!!! memang aku dah sakit nak beranak niiiii..Wani kat sebelah asyik tanya aku ok ke tak je sepanjang jalan. Aku dah mula membebel-bebel cakap, cepatlah jalan smooth. sambil berzikir, dan pesan kat baby tunggu sat. Jangan sakit sangat-sangat. Mama nak bawak kereta ni..Usihhhh.....Masa ni sakitnya boleh tahanlah. Asal datang contraction, aku mula tumbuk-tumbuk peha. Kononnya nak bagi kurang sakitlah. berkesan jugaklah walaupon aku tau perjalanan aku nak ke putrajaya jauh lagi ni, hoho.
 
Elok turunkan wani kat ofis, zaaaaaasssss laju aku pecut balik Putrajaya. Masa ni dah pukul 12 lebih rasanya. Alhamdulillah, trafik lancar. Cumanya aku tak dapat nak concentrate sangat dah nak drive bila contraction dah datang selang 5 minit!!! MasyaAlah, masa ni, hanya zikir dan doa je yang mampu aku cakapkan. Kejap-kejap en.aril call tanya aku dah kat mana. Akhirnya, dalam menahan contraction tu sampai jugak aku ke rumah. Elok sampai parking, aku naik rumah dulu nak tukar kain batik. Padahal korang tau tak, masa ni, aku dah rasa nak terberry sangat dah. Aku jalan sikit-sikit je, pastu aku duduk menahan sakit. Masuk lif, aku dah tak larat berdiri. Nak berjalan pun dah susah. Dalam hati  kenapalah aku tak suruh en.aril standby kat bawah siap-siap. Nampak sangat minda dah tak mampu nak berfungsi dengan baik sebab sakit sangat agaknya :)
 
Masuk-masuk rumah, terus sarung kain batik, amik barang, terus naik keta semula. En.aril, suruh aku makan nasi goreng yang aku request tadi, Tapi, takde maknanya aku nak makan dah. Contraction dah menggila. Selang seminit dah  rasanya masa ni. Aku mampu telan buah kurma dan air zam am je sebagai bekalan tenaga untuk meneran sat lagi. Tangan en.aril jangan cakpalah.abis aku picit-picit, untuk menahan sakit. Nak menangis menahan sakit pun air mata tak keluar. Yang aku tau, cepatlah keluar wahai anak. Sungguh mama tak tahan dah ni!
 
Elok je sampai depan labour room, en.aril terus turunkan aku. Kereta biar je parking sekejap  kat tempat ambulans tu. Kata KECEMASAN KAN!! Masuk-masuk je,  En.aril terus nak daftarkan aku, tapi nurse tu tengok aku dah semacam, Dia suruh aku masuk dalam dulu untuk cek. Masuk-masuk je, terus aku duduk kat sofa. Cadang diorang nak suruh aku buang air dulu, nak tengok urin. Aku cakap aku tak larat sangat-sangat dah ni nak bangun. Bila dia kata "puan sakit sangat dah ke", aku mampu angguk je. Nak bercakap satu apa pun dah tak boleh. cepat-cepat dia amik wheelchair, sorongkan aku kat katil. Diorang nak cek bukaan,
 
Haaaa..masa ni azab jugaklah sebab diorang suruh aku bangun naik ke katil, aku cuma cakap, "bagi saya masa sikit ye. bila hilang contraction saya naik". Memang time hilang kejap sakit tu, cepat-cepat aku naik katil. datanglah sorang doc pompuan untuk cek bukaan (Alhamdulillah). Elok dia seluk je, memang aku tak rasa apa dah. Yang aku rasa sakit menggila disebabkan contraction. Lepas seluk, terus dia panggil nurse dalam keadaan menjerit, mintak tolakkan aku terus ke dalam LABOUR ROOM! Dalam pada sakit, aku tetap nak tanya doc juga dah berapa cm bukaan. Doc kata dah 'FULLY'!!!
 
MasyaAllah!! patutlah muka doc terkejut amat. nurse pun tak dan dah nak suruh aku tukar katil lain. Dia tolak je aku naik katil sedia ada dalam bilik menunggu tu ke labour room. Huissshhh..masa ni aku rasakan macam dalam drama pulak adegannya. Dengan baju tak bertukar baju wad lagi, tau-tau je aku dah sampai bilik bersalin. Lucky me, aku dapat bilik bersebelah dengan aku bersalinkan safiyya dulu, Alhamdulillah :)
 
Elok sampai labour room. masuk-masuk je, adalah sorang nurse kecik molek yang tersangatlah baik hati. Dia minta aku tukar dulu baju siap-siap atas katil tu je. Bila hilang contraction, terus aku pindah ke katil kat dalam labour room tu. Bila dia cek, dia kata, puan ni nasiblah AIR KETUBAN TAK PECAH lagik, kalau tak maunya bersalin atas highway, hoho. Senyum kelat je aku masa ni. Yelah, betul jugak kata dia, kalaulah air ketuban aku dah pecah macam time safiyya dulu, agaknya aku tak sempat kot sampai ke hospital. Rezeki sangat, ALLAH S.W.T masih lindungi aku dan nia. sempat aku bersalin kat hospital. Elok je nurse pecahkan air ketuban, terus dia cakap, bila datang rasa nak meneran, puan teran sekuatnya ye sebab kepala baby dah nampak.
 
Wahhh!! Terkejut aku. terus aku cakap, boleh tak saya tunggu husband saya kejap. Tak sampai 5 minit, en.aril pun sampai. Elok dia masuk je dalam labour room, dia pun terkebil-kebil tengok aku dah dalam keadaan nak bersalin. Alhamdulillah, dia bagi sepenuh sokongan kat aku. Dalam pada aku push tu, tetap nak angkat vons. Kenalah tegur dengan nurse. Aku cakap aku tak angkat, diorang kata aku angkat. Diorang dah sampai nak buat epi lagi sekalilah sebab tengok aku macam tak boleh-boleh nak keluarkan nia. Nasiblah en.aril PANTAS! Cepat-cepat dia tolak badan aku dari keadaan baring terus ke keadaan duduk. Dalam satu nafas, keluarlah nia. Alhamdulillahhhhhhh!!! Bersyukur sangat aku  bila nampak nia meluncur laju kat katil. MasyaAllah, besarnya kuasa Allah. Kali ni pun aku sedar dan dapat tengok nia keluar sendiri sama macam safiyya.
 
Masa nia keluar, aku tengok, KECIKnya anak aku. Macam tak percaya je sebab kalau tengokan perut aku, dah macam budak 4kg dalam perut. Bila nurse dah timbang berat nia hanya 2.89kg je. Memang sahlah selama ni, yang besar sangat tu, aku je. Anak aku kecik cenonet, hahaha. Kecik-kecik pun kemain payah aku nak keluarkan dia. Well....Biasalah tak taucara lagikan. InsyaAllah, kalau Allah bagi rezeki lagi untuk aku mengandung dan bersalin lagi pasni, aku akan praktikkan lagi cara yang sama macam en.aril buatkan untuk aku aritu. Korang pon boleh tau! Kalau korang jenis yang sama macam aku, (mudah sangat nak mengangkat vons time meneran,)  mintaklah husband masing-masing tolakkan badan kedepan sama macam en.aril buat pada aku. dengan cara ni, insyaAllah, memang mudah nak keluarkan baby.
 
Bila baby dah keluar, macam biasalah, sesi jahit menjahit pun terjadi. Kali ni pun Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Sakit jahit tu tetap terasa walaupon dah dibius. Sambil kena jahit, aku bersembanglah dengan nurse tu sebab nak hilangkan rasa sakit + malu,. Dia pun ok layan je aku sembang. Ramah pulak tu. Tak sombong pon. 10 bintang saya bagi kat nurse!!!!
 
Oh, kalau korang tertanya-tanya aku bersalin kat mana, aku bersalin kat HOSPITAL SERDANG je. Aku dah selesa bersalin kat situ. Time safiyya dulu pun kat sini. Kemudahan dan staf diorang semuanya best dan selesa. Kali ni sempatlah aku check in hospital semalaman je. Esoknya hari Jumaat, dah boleh keluar, sebab aku dah nia dua-dua sihat, yeay!!!!!
 
Sekiannnnnn..Inilah pengalaman bersalin yang kedua.
 
Untuk mommy to be yang bakal bersalin tu, satu je aku pesan, sakit bersalin ni memang sakit. Takkan ada sesiapa pun yang boleh menafikannya. Selain berzikir dan berdoa supaya dipermudahkan proses kelahiran anak korang, cuba set dalam minda dari awal korang pregnant, "WALAU SEHEBAT MANAPUN SAKIT BERSALIN YANG BAKAL DILALUI, YAKINLAH YANG IANYA SEKEJAP SAHAJA". Bila kita dah setkan dalam minda kita macam tu, kita boleh melalui sakit bersalin dengan tenang. Takdelah nanti jadi seriau-seriau nak bersalin tau. Kalau boleh, rajin-rajinlah baca pengalaman bersalin setiap individu yang boleh korang google. Sekurang-kurangnya, korang boleh bayangkan dan tahu apa yang sesuai dan tak sesuai dilakukan time-time menghadapi contraction.
 
Selamat berjuang mommiesssssssssssss!!!!
 
 
 


Taraaaaa!! Nilah wajah-wajah nia yang tak sampai 24 jam dilahirkan. Tembam macam kakak safiyya!! Serius muka dioranggg sama sangat macam kembar mula-mula. Sekarang dah besar, dah tak sama. Nia gelap sikit. Kalau safiyya, cerah kemain mengalahkan anak KOREAAAAA :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017