Minyak naik lagi, ada aku kesah?
Amboi-amboi, kemain penuh newsfeed dengan orang mengkomen isu minyak naik ye. Ate, nak buat macam mana. Kuasa kat tangan diorang, bukan kat tangan kita ni ha. Letih je bercakap, tak jadik menda pon.Aku hanya mampu LIKE jelah status korang buat masa ni. Bukan ape, komen lebih-lebih pun, tak jadik menda. Lagik bertambah sakit hati adelah. Wat lek, wat peace sudeh. Bukanlah kata aku ni banyak sangat duitnya sampaikan tak kesah harga minyak ni naik. Jangan salah faham ye. Tapi, isu ni dah selalu sangat. Diorang yang tentukan semua ni. Kita orang bawah ni, nak tak nak terpaksa hadap jelah. Biarlah YANG KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN, ye tak??? Kalau nak kata tak terasa, tipulah. Aku ni dahlah berulang PUTRAJAYA - KL 5 hari seminggu. Apa korang fikir? Duit minyak takat RM400 sebulan tu kadang masih tak cukup tau. Setakat nak pergi balik kerja bolehlah. Pastu, anak-anak, tak payah pergi berjalan ke? Kerjanya setiap hujung minggu, kita duduk dendiam je kat rumah. Bila...