~Sekadar menginsafi diri~
Hai readers and bloggers...Waaa...Macam ramai jer yang baca blog aku nieh..Kan..Kan..Kan :)
*Peace*
Hurm...Arini badan sangat liat miat yer..Aku pun tak tau kenaper..Nak kata tak makan..Nampak sangat cekelatnyer..Pagi tadik dah sental nasi lemak lauk limpa sambal lagi..Nie pun baru jer pas makan roti telur cicah sos+mayo...Tengok!!!! Ke laut jer diet akuh,huhu....Hurm...Naperlah badan aku nie serba tak kena..Nak kata tergeliat, tak..Nak kata salah tido pun tak..Adoyai!!!! Ntahler..Biar jerlah..Nanti nak elok, pandai ler urat-urat nie bercantum balik agaknyer,hahaha...
Erm..Arini tak tau nak citer menda aper..Macam berebut-rebut isu yang nak kuar dari dalam minda aku nieh..Ader rasa macam nak mengulas isu semasa..Ader jugak rasa nak cerita hal sendiri..Hurmmmmm...Sangat peninglah..Kalau kamu-kamu sumer sendiri dah rasa pening nak baca entry nie..Baek jangan teruskan..Karang dengan kamu-kamu sumer jadik tak stabil macam aku,wakakakakaka... ( Aperlah yang ko merepek nie Intan!!!!!!!!!! )
Sebelum aku menceceh dengan panjang lebarnya, aku minta maaf sangat-sangat andai kata-kata aku di bawah nie ader menyakiti hati kamu-kamu-kamu yang baca entry kali ini...Aku tak bermaksud nak berkasar..Cumer Gerammmmmmm ajer......Harap, kamu semua memahami dan memafkan diri ini kalau tercalar di hati okeh..*PEACE*
Hurm...Tadik aku baca kat paper pasal kes pembuangan bayi..Aku tak faham lah dengan minda budak-budak sekarang..Cewah!!! Macamlah aku dah tua sangatkan,hehehe...Tak....Maksud aku..Bebudak yang tak matang lagi nieh..Kenapalah perlu ader kes-kes sebegini..Aper yang buatkan diorang rasa tanam bayi atau buang bayi tue satu perkara yang membanggakan.....Aku serius nak tau..Bebudak nieh tak rasa bersalah ker biler tengok bayi yang tak bersalah tue ditanam hidup-hidup, dikisar dengan mesin pengisar, di pam dalam tandas dan laen-laen lagik semata nak tutup kesalahan sendiri...Kenapa perlu diorang buat kerja keji macam tu..Kalau yer pun dah takut tak tau nak buat aper, kenapalah bebudak nieh tak serahkan ajer pada maner-maner pasangan yang nak amik anak angkat..Janganlah buang bayi tu merata-rata..Bayi tue tak bersalah pun..Bebudak yang terlibat nie tak teringat dosa pahala ker? Dosa berzina dah sekian..Ditambah dosa membunuh bayi sendiri..Tak takut ker korangggggggggg yang terlibat???
( Aku tau, aku bukan ustazah atau insan yang selayaknya nak menegur, tapi aku insan biasa yang takut melihat kes ini semakin hari semkin bertambah teruk..Aku tak mau kes sebegini terjadi pada family dan sedara mara aku..Aku bersuara hanya kerana aku takut dengan azab yang dah dijanjikan ALLAH S.W.T )
Bayi yang lahir ke muka bumi nie ibarat kain putih yang maner kiterlah yang akan menentukan corak yang bakal menghiasi kehidupan mereka pada masa akan datang..Kenapa bebudak yang mentah ni tak terfikir ini sumer..Kalau dah tau tak boleh nak menjaga seorang bayi, kenapa perlu libatkan diri dengan permasalahan sosial yang melampau seperti itu..Tak tahu ker bahawa hubungan itu adalah haram sama sekali di sisi agama ISLAM..Agama kiter..Yang buat kes ini sendiri adalah para remaja yang beragama ISLAM jugak..Aku tak tau lah nak cakap macam maner..Aku tak salahkan maner-maner pihak..Bagi aku yang salah aderlah di pihak pasangan itu sendiri..Sendiri buat, sendiri tanggunglah..Memang agak kasar nada percakapan aku neih...Silap haribulan bertimbun komen atau hentaman, cacian dan cercaan yang aku akan dapat...Tapi ini blog aku..Aku melontar dan meluah perasaan aku secara peribadi berkenaan gejala sosial yang aku lihat tiada penghujungnyer..Aku tak niat nak sindir sesiapa..Bak kata pepatah, "Siapa makan cili, dierlah yang terasa pedasnyer"..Betul tak???
Aku rasa korang pun mesti berperasaan sama macam aku..
Cuber bayangkan..Pasangan suami isteri yang dah berkahwin bertahun-tahun lamanyer...Tapi masih belum dikurniakan zuriat berbanding bagi pasangan yang tak halal seperti insan-insan yang terbabit dalam kes pembuangan dan pengguguran bayi senang-senang jer dapat baby..Memang itu semua ketentuan Allah S.W.T..Tapi, bagi pasangan yang tak halal nie, aku rasa korang terbabit dengan hubungan terlarang tue ikut sedap jerkan..Memang korang tak fikir aper-aper pun kan..Kenapa perlu diturutkan kata hati..Kenapa perlu diturutkan nafsu yang akhirnya hanya memakan diri sendiri..Kat luar sana setiap hari ader kes pembuangan bayi..Kalau bukan kes pembuangan bayi pun ader kes yang serba sedikit ader tempias dengan gejala sosial seperti ini:-
1.Kes perempuan menangis meraung kena tinggal dengan boifren sebab diri dah TERmengandung.
2.Perempuan bunuh diri sebab teman lelaki tak nak bertanggungjawab selepas tau kekasih sendiri hamil akibat perbuatan bersama.
3.Teman lelaki menghilangkan diri sebab tak mau bertanggungjawab ke atas benih yang dah disemai ke atas teman wanita sendiri
Lastttttttttttt sekaliiiiii.................
4.Bakal mertua tak boleh terima menantu yang dah ditebuk tupai.
Okeh, nie baru cikit jer yang aku senaraikan..Kalau ikutkan sebenarnya, terlalu banyak..Banyak kes yang bersangkut paut dengan permasalahan sosial di atas...Tak reti dah nak ajar macam maner supaya diri muda-mudi nie jangan terlibat dengan perkara-perkara sebegini...Kenapa anda-anda semua tak nikah jer dengan pasangan masing-masing kalau dah tak mampu nak tahan nafsu syaitan ituh!!!! Cakap jer terus-terang dengan family yang anda dah tak mampu nak kawal nafsu..Daripada terlibat dengan ZINA lebih baek anda-anda semua nikah..Lepas tue kalau hidup tonggang terbalik lepas mendirikan rumah tangga, pandai-pandailah anda-anda sumer nak uruskan..Sekurang-kurangnyer, tak ader arang yang akan diconteng ke muker family anda-anda semua...
Ntahlah..aku pun tak tau nak cakap aper dah berkenaan isu nie..Yang pasti KIAMAT makin menghampiri kita..Yer..Perbuatan zina yang berleluasa dan pembuangan serta pengguguran bayi tanpa henti ini merupakan salah satu tanda kecil dan tanda besar bahawa hari KIAMAT sudah semakin dekat..........
Perbanyakkan amal ibadat dan sedekah jariah.....Hindari diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah ALLAH S.W.T..Perbanyakkan diri dengan amalan-amalan yang disukai oleh ALLAH S.W.T..Semoga kiter semua sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH S.W.T....
Dan yang penting, berdoa agar diri kita dan ahli keluarga dan saudara mara kita dihindari daripada perkara-perkara permasalahan sosial sebegini dan sentiasa berada dalam keredhaan ALLAH S.W.T.....
Saya tau, tak ada siapa pun yang minta diri sendiri terlibat dengan permasalahan sebegini..Semuanyer berlaku tanpa dapat dikawal..Saya tau anda-anda semua yang terlibat sangat menyesal kini..Tapi bak kata pepatah "Nasi dah jadi bubur'" ataupun "Terlajak perahu boleh diundur,terlajak perbuatan terpaksa terima hukumannya" ( Oh!! yang nie pepatah dari diri saya sendiri... *wink* )
Apa yang penting sekarang, kita semua harus menginsafi diri sendiri dan cuba untuk mengelak daripada terbabit sama..Kuatkan IMAN dan AKAL anda semua...Sekiannnnnn~~~~~
Saya pun tak sempurna...Masih banyak kesilapan dan kekhilafan dalam diri ini....Saya cuber berubah unutk menjadi insan yang lebih baek dari sehari ke sehari..InsyaAllah (*_~)
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?