Ke Penang kita! Best je TUNE HOTEL PENANG (^_^)

 
Assalamualaikum
 
Jangan jemu dan jangan muntah tengok gambar yang berlambak ye. Ni baru trip ke Penang. Gambar kat Langkawi nanti pulak. Gambar dekat 2++. Maklumlah, selfie sensorang memang ginilah. Kalau dulu zaman KODAK dulu paling kuat pon 3 roll filem untuk 36 keeping satu roll. Sekarang ni, canggih sangat, tangkap gambar simpan dalam EXTERNAL, camnilah jadinya. Bergambar tak hengat donia, ahaaaaa!!
 
Isnin 1 Sep, kitorang gerak dari rumah aku lepas subuh. Terus mandikan budak-budak dengan air suam. Malas nak berenti mandikan dekat R&R. Leceh nanti aku yang kena bersilat ngan diorang kat sana. Sebelum gerak, meh bergambar dengan opah sekeping ye Nia. Kakak dah selamat turun ke keta dengan abah dan atoknya. Dia tak layan dah gambar-gambar ni masa kat rumah. Dia eksited nak berjalan je :)
 


Gerak pagi-pagi, mana sempat nak masak kat rumahkan. Singah R&R Sg.Buloh dulu isi 'minyak'. Kesian atok makan mee kari tak sedap. En.Aril pon sama. Amik nasi lemak pon tapi sambalnya tak cukup masak. Rasa cili je dia kata. Harga boleh tahan mahal. Rezki aku dengan mak, nasblah soto yang kitorang amik tu berasa. Kalau tak, ada can makan roti sapu kaya je dalam keta, lagi bestkan! Berenti makan kat sini adalah dekat sejam. Lama sangat sebab bergilir makan. Safiya dah Nampak playground kat situ bukannya dia kesahkan makanan dah. Nak tinggalkan dia main kat situ walaupon jaraknya dekat bebnor dengan meja makan kami memang taklah jawbnya. Biar berlapar dari terlepas pandang ke anakkan :) Dalam pukul 9, kitorang sambung perjalanan ke Ipoh. Berenti sekejap kat rumah mak long aku nak mensiara pak long aku yang dah uzur sangat. Sakit strok. Terbaring je atas katil. lepas dah hajat mak ngan pakcik nak ziarah dia sebelum kitorang bercuti. Kotlah apa-apa jadi kat pak long masa kitorang bercuti ni, takdelah ralat sangat sebab dah pergi menziarahkan. Dalam pukul 12 kami sambung perjalanan ke Pulau Pinang pulak. Dah terbayang-bayang nasi kandar dan rojak pasembor Gurney Drive tau!

 
Welcome to Pulau Pinang! Alhamdulillah, merasa lagi datang ke sini. Syorga makanan katanya ye! Tahun lepas dah datang sini sebelum naik kerja lepas bersalinkan nia. Dapatlah melepas rindu kat makanan-makanan penang jap.


 
 Nampak tak seseorang budak yang bajet DIVA kat belakang tu??? Belum apa-apa lagi dah berspek bagai.Maknya pon tak macam tu. Ikut perangai sapelah tew ye?!


Kali ni kami tidur kat Tune Hotel Downton Penang je. Nak jimat kos katanya! Maklumlah, destinasi sebenarnya Langkawi. Penang ni singgah semalaman je sebab Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi (Federal Villa) tu kosong untuk hari Selasa dan Rabu je. Bermalamlah kami kat sini 1 malam. Aku amik bilik yang paling basic je. 2 bilik dalam RM110. Oklah tukan.Cantik je designnya. Puas hati je aku. Walaupon agak sempit, takpe. Kata tempat tidur jekan. Kitorang sampai Penang dalam pukul 2 lebih. Memang sedang elok untuk check in. Oh ye, Tune Hotel ni aku dah siap booking online. Dari review yang aku baca, lebih murah kalau kita booking on9 berbanding kita walk in :)
 
Masuk bilik, mandikan anak-anak, solat semua, jom jalan cari nasi kandar! Aku tanya je kat kawan-kawan FB mana nasi kandar yang sedap area sini selain Line Clear + Nasi Kandar beratur. Macam-macam yang diorang suggest. Last-last aku pilih Nasi Kandar Pokok Ketapang. Memang pilihan yang tepat! Aku ni memilih sikit. Korang pun tau Penang ni camner kan. Aku kalau boleh nak makan nasi kandar ni biar kat restoran. Nampaklah molek sikit. Bukan aku pandang rendah kat tempat kecik-kecik ni, tapi aspek kebersihan kureng sikit. Sebelum aku rasa tak lalu nak makan, baiklah cari siap-siap tempat makan yang okkan. Lagipun, aku pun bawak family. Mak aku pun tak sesuai kalau tempat tu agak kotor. Overall, memang puas hati sesangat makan kat sini. Tempat bersih, makanan sedap, harga pun murahhhhh. 4 orang makan bru RM30. Aku ni mengenangkan makan dengan family je. Kalau berdua dengan en.aril mau mcam-macam lauk aku amik, hahaha. Tamak sekejap bila tengok lauk depan mata. Padahal perut tak lapar sangat pon. Beselah. Sindrom Cuti-Cuti Malaysia memang cenggini. Diet kita tolak tepi. Abis cuti diet balik :p
 
Aku takde amik gambar makanan pon. Kalut aih dengan anak.  Nasiblah safiyya ada atok ngan opah dia. Takdelah berlaku adegan drama-drama swasta kat sini. Lagipun  atoknya rajin melayan. Apa yang dia nak je, atok layan. Tu yang dia syok tu. Aku layan si kecik ni je. Yang kecik tu pon tak padan. Macam-macam menda dia nak buatnya. Karang tak bagi je mulalah lemtok-lentok badan sambil nangis ngamuk kat baby chair, ahahaha..


Lepas makan, jom pusing bandar beli jeruk sikit. Buat ole-ole kawan-kawan. Pusing-punya pusing, dapatlah parking area Pasar Chow Rasta. Cantek! Bercuti time orang kerja + bukan cuti seolah memang seronok! Orang tak ramai, harga barang pon boleh minta kurang sikit. Berbaloi-baloi baq hang!


Ok, sekarang silalah tengok Diva Hannah Safiyya dengan spek mata dia tu. Amboiii!! Kemain! Kalah mama tau! Berjalan pimpin tangan pon dengan atok. Curlas sangatlah ni ye! Mama silalah jalan sendiri dengan adik ye :p



Meh wefie sekejap 3 beranak! Nyawaku! sambil jalan pon boleh wefie. Bagus jugak aku minta en.aril yang pegangkan nia. Buka apa, banyak sikit gambar yang aku tangkap. Kalau aku yang pegang nia, nak minta en.aril yang tangkapkan gambar-gambar cenggini tak maunya dilayan, hoho..




Safiyya dengan buah hatinya. Atok ngan opah. Agak lama tak jumpa je, mulalah tanya bila nak balik kampong. Disebabkan rindu sangat kat opah ngan atoknya, sepanjang bercuti ni dia tidur dgn atok ngan opah je. Tinggallah kami 3 beranak kat bilik sebelah. Sudah bagus ni. Lain kali, agak-agak mama nak berjalan, bolehlah pos awak kat rumah opah ye kakak. Panjang langkah mama, abah ngan adik, kakakakakakak!!!

 
Inilah makku yang tersayang! Jarang sangat mak interframe dalam blog. Kali ni, muntahlah korang tengok gambar kitorang wefie. Mak aku geleng kepala tengok anak dia ni asyik bergambar je. Dah tak mengira tempat katanya. Contohnya macam gambar kat bawah nilah. Tengah jalan-jalan tetiba aku stop jap kat kedai topi. Mak aku ingatkan aku nak beli, rupanya bergambar je. Gelak besar diorang, kakakaka. Aku? Buat sardin je. Berlagak tourist katakan. Kalau kat KL aku buat camni, memang buat perangai sangat rasanya :p

 
Kitorang beli jeruk kat sebelah IPK tu je. Jeruk Nasir tak silap namanya. Aku beli yang 1/2 kg je 3 beg. Untuk makan sendiri + bagi ofismate sikit. Mak aku pon borong sikit sebab nak bagi jiran tetangga kat Bentong sana.
 
 
Dah setel kat sini, aku ajak diorang pergi Quensbay Mall kejap sebab nak ke Jusco, hahaha. Kebetulan masa otw dari Ipoh tadi dah laludepan Quensbay ni dan terperasan ada Jusco kat sini. Ke Jusco hanya sebab nak menambah beli baju Safiyya je. Kemain dah macam artis sangat dah anak aku yang sorang ni. Siap beli baju baru lagi masa bercuti. Ni semua gara-gara baju jalan dia banyak dah yang tak muatlah. Yang aku bawak dalam beg tu baju basahan je. Baju jalan ada selai dua je. Kesian pulak kat anak akukan. Takpe, bukan selalu. Kalau tak beli sekarang,  kena beli jugak nanti.  Masa kat sini, aku, en aril ngan nia je yang masuk. Mak, pakcik ngan safiyya tunggu kat kereta je sebab safiyya tidur. Lagipon mak kata dulu masa dia ikut rombongan aritu dah pernah datang sini. Mak pun takde apa nak beli. Jadi biarlah dia rehat-rehat je dalam keta sambil tengok flight lalu lalang atas kepala :)


Dah habis membeli baju kakak, jom bergambar sekeping dua kat sini. Serius aku suka giler Jusco Quensbayy Mall ni. Banyak giler pilihan baju untuk budak-budak brand Jusco kat sini. Banyak pilihan, banyak size. Memang syokkk ooooo!! Dahlah harga murah, T-shirt selai RM10.90 je. Cantik-cantik pulak tu. Kat Jusco area sini aku tak jumpa pon yang cecantik. Dahlah harga mahal. Diskriminasi apakah ini???

Sebelum terlupa, ada satu menda yang aku nak tergelak. Lepas setel bayar baju safiyya, aku pun tunggulah cashier tu masukkan baju safiyya dalam beg plastik. Tapi, dia buat dek je. Dia pulak tanya aku nak apa. Aku cakaplah nak plastik. Sekali rupanya Penang mengamalkan No Plastic bag ye.Mana aku tau sebab hari tu hari Isnin. Kalau kat sini hari Sabtu je yang mengamalkan hari tanpa plasti, akakakakaka. Nasiblah aku bawak beg galas. Sumbat jelah baju safiyya dalam tu. Selamat!

 
Budak kecik yang lincah! Tak reti duk diam dia. Berlari sana sini. Nak menangkap gambar pon payah. Hasilnya, cengginilah jadinya. Gambar gegar! Baju adik tak payah beli. Recycle je semua baju kakak. Sayang sebab baju kakak cantik-cantik lagi, hihihi..
 
Setel semua, terus gerak ke Gurney Drive pulak. Nak pekena Pasembor menari! Kitorang sampai kat sana nak dekat maghrib. Kalau ikutkan, tak selesa sangat duk luar rumah time-time cenggini. Tapi, nak buat camnakan. Takkan nak balik hotel dulu, pastu nak keluar balik. Malasnya lahai!! Kalau tahun lepas, en.aril yang belikan pasembor ni bungkus makan kat hotel. Kali ni, berpeluanglah aku makan kat situ je. Seronok tengok mamak tu menari sambil menyanyi masa potong pasembor ni. Sikit kelainan pasembor dia maybe dari segi kuah kalau tak silap. Kebanyakan orang hidang pasembor dengan kuah kacang, Tapi diorang punya style kuahnya warna merah, ala-ala sos tapi bukan sos. Haaa..camner nak terangkan pun aku tak tau. Bagi seiapa yang dah pernah makan taulah camner rasanya. Serius! Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Anak-anak tak minat sangat pasembor ni. Aku orderkan untuk diorang satay je. Bertambah-tambah safiyya makan. Punyalah dia tak makan menda dari pagi. Seronok sangat berjalan, minum susu je dalam keta. Abis makan, jom balik hotel, rehat-rehat dan tido. Esok nak gerak ke Langkawi pulakkkkkkk!!!
 
Ok, esok sambung pulak. InsyaAllah (^_^)





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga