Tengah hari Jumaat yang indah :)

Assalamualaikum

Hai korang, Pe kabar. mesti ramai yang baru sampai ofiskan. maklumlah, rehat lama arini orang gomenkannnnn. Sejak dah kerja kat sini, memang aku dah target, tiap kali jumaat (lunch) memang nak balik rumah je. Sambil rehat, boleh setelkan rumah. Macam tadi, dalam masa rehat tu, sempat je aku masak untuk lunch. Alang-alang dah masak,  terus masak banyak untuk dinner karang. Jimat masa tak perlu masak 2 kalikan.

Sambil masak, sempat aku jalankan 2 trip mesin basuh. Fuh!!! Legaaa rasa bila tengok kain baju kotor dalam bakul dah kosong. Tinggal tuala je nak basuh esok. Selalunya aku basuh kain petang sambil masak. Tapi, semalam memang sengaja aku malas nak basuh. Dah plan nak buat arini, hahaha. 


Satu kepuasan aku rasa bila dapat siapkan kerja dalam masa yang singkat. Kalau dulu, masa bujang, takde pikirnya menda ni semua. Yelah, dulu kain baju pun sorang pakai jekan. Basuh 2 kali seminggu pun takpe. Kalau sekarang ni aku buat camni, bengkoklah badan. Nanti nak mencari baju bersih pun susah, hahaha.


Satu yang aku pelik dengan diri aku ni, aku tak boleh rasa masa free bila kat rumah. Faham tak? Contoh macam ni. Kalau semua kerja dah setel (selalunya weekend), aku jadi mati kutu tak tau nak buat ape. Bila aku dah strat bergolek dengan anak-anak je, memang automatik aku akan jadi MALS terus nak buat kerja. Sebab tu aku suka sibuk. Biar nampak macam kelam kabut pun, takpe. Janji aku bergerak cergas. Kalau tak, rasa macam dugong yang terdampar kat pantai je, haha.

Motif sangat nak kata diri ni RAJIN!!! Macam tak masuk akal je. Tapi, itulah realiti. Once aku dah start baring, memang aku malas dah nak buat apa-apa. Sebab tu, aku selalu bising dekat anak-anak aku (walaupun diorang tak faham sangat), masa aku kat dapur, takde pun nak minta susu ke air ke. Bila nampak je aku nak baring, mulalah minta itu ini. Semua menda nak. Hanginnnnn rasa satu badan tau, hoho.


Ops!! Ni lauk dinner semalam. Gigih aku kontrol makan. Siang makan biskut je sebab dah tau husband memang tak boleh dinner sorang-sorang. Nak tak nak, sbg isteri yg baek, kenalah ikut makan sekalikan..Husband kata, dia tak kesah aku berisi ke ape. Dia tak suka aku diet sangat, dia kata sekarang ni lebih ok. Kalau macam zaman bujang dulu, KERING sangat katanya. Ayokkkk!! Acaner ni. Bini kalau boleh nak kemabali ke zaman tu. Yang si lakik pulak tak suka. Dilemaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Kalau aku malas, aku minta je husband yg layankan. Tapi, kalau dia takde, nak tak nak, terpaksalah seret kaki jugak layankan ragam diorang. Saje je korangkan! Mendengki dengan mama yang nak rehat, huwaaaaaaaaaaaaaa...

Hurm, tadi aku masak sup petola+suhun+cendawan+lobak merah. Sedappppp..Husband dengan anak-anak memang suka sangat kalau aku buat sup ni. Aku lawankan dengan ayam goreng. Memang terangkat!! Kebetulan, baru ni husband buat sambal belacan lebih, memang tak pandang kiri kananlah, (dah kata makan sorangkan). Dinner malam ni, silalah husband dengan anak-anak je makan pulak, Mama nak makan biskut weetameal je. Diet kononnnn..Jangan gelak pelisssssss :)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017