Wholemeal Sandwich Telur :)

Assalamualaikum

Hai semua. pekabar? Dah breakfast? Arini aku bawak bekal sandwich telur + air milo homemade. Jimatkan. Tak payah bersesak kat cafe bawah, terus je naik opis. Wah! Mithali sangat gayanya kakaka.

Takdelah. Saje je. Sekarang ni, aku tengah try nak ejas time masak dinner aku. Lepas aku baca blog kak lieya latif, aku rasa aku pun nak try masak macam dialah. Aku kagum giler kot, dia bangun pagi-pagi buatkan bento untuk anak-anak dia. Lengkap pakej dari breakfast, lunch membawak ke kudapan untuk anak dia ke KAFA belah petang. Gigih dia masak macam-macam awal pagikan. 

Bila dah rajin baca, baru aku tau, rupanya dia masak pagi-pagi tu, untuk lauk dinner terus. Kiranya bekalan untuk lunch anak dia tu untuk lauk dinner nantilah. Untuk dinner karang, anak dia akan repeat lauk yg sama time lunch yang mama diorang bekalkan.

Waa!! Terus aku dapat idea. Why not aku buat macam diakan. Lagi senang. Balik rumah cuma perlu masak nasi dan goreng ikan/ayam  je kalau perlu. Dapur pun dah tak berkecah, tak perlu dah sibuk nak mengemas dapur malam-malamkan. Boleh tumpu terus basuh dan lipat kain baju jekan?

Arini, 1st day aku buat macam tu. bangun dalam pukul 5, terus masak 2 jenis lauk pauk. Standarlah aku, mesti kena ada 1 lauk + 1 sayur. Baru lengkap menu. Lagipun, aku suka train anak-anak aku makan sayur dan lauk pelbagai dari kecik takdelah, nanti bila nak makan asyik memilih je. So far, semua diorang makan. Takdelah selera yang pelik-pelik. Bagus!!! Senang kerja mamakannnn..

Satu lagi, selain dari aku malas nak berkecah kat dapur, misi PENTING sekarang ialah nak dinner sebelum pukul 8 malam. Korang pun taukan, husband aku jenis dinner kat rumah. Dia tak gemar makan sensorang. Binik comel dia kena makan sekali dengan dia. Memang nak berdiet tu susah yang amat. Macam malam semalam, dia minta gorengkan kuew tiaw. Aku dah plan, aku nak makan roti je. Sekali tu, aku sendiri tak mampu menahan godaan kuew tiaw goreng malebesku itu. Safiyya pulak doklah asyik kata sedap, sedap, tewas jugak aku akhirnya. Diet ke laut lagik, hahaha. Nasiblah breakfast dengan lunch smlm aku makan lite-lite je, rasa oklah sikitkan.

Sekarang ni aku tengok, ramai gaklah kengkawan rapat aku dok bising badan dah naik, baju apa semua makin sendat. Dulu, sebelum ada anak, maintain je. Pas ada anak, ke laut bagai dah. Tidaklah gemuk. tapi berisi. Yang sorang ni siap cakap dah takde cutting dah. Hahahah..Lawak sungguh kengkawan aku. Aku ni yang dah beranak dua kali, aku dah pasrah je dah. Nak dapat cutting macam dulu, memang kim salamlah. Kena sedar diri, memang rangka badan jenis besar. Jadik, tak payahlah berangan nak ajdi macam Nasha Aziz, ke Erra Fazira ke, memang tak dapek. Mungkin kalau jadik macam Siti Nurhaliza tu boleh rasanya, hahaha (ok, tak kelakar yer).


Nilah breakfast dengan lunch aku arini. Roti wholemeal sandwich telur. Gigih binik nak berdietkannnnn sebab nak dinner sekali dengan husband dan anak-anak nanti (^_^)

Ulasan

  1. Bila bawak bekal , memang boleh jimat banyak . telor tue nampak mengancam sungguh .

    BalasPadam
  2. Yup kak yana, memang jimat sangat. Trylah buat sandwich ni. sodappp, hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?

Catatan popular daripada blog ini

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga