Bersenam cara safiyya

Sebelum bersenam, jom kita kenyangkan perut dulu kat mamak ye acik-acik semua..Barulah senang lemak-lemak nak keluar dari badan.Kah..Kah..Kah..Ok, tak kelakar pon!
 
Kitorang pergi breakfast kat Mamak Presint 9. Korang tau tak, nie kali pertama kitorang breakfast kat mamak sepanjang duk Putrajaya, Hebaitkan?!
 
Kitorang order roti canai kosong, roti sardin dengan roti telur..Order sampai 3 set, bajet roti canai kat mamak kecik-kecik macam kat kedai orang melayu..Sekali sampai, mak aih..Besarnya portion dia..Memang tak terabislah nampak gayanya.
 
Budak bobok yang bersemangat pada mulanya, tak sampai 15 minit duduk, dah menggelepar nak turun..Homaihhhh!!! Melasak dengan jayanya kat sini yer wahai anakku.Bagi sudu abis diketuk pinggan, meja, kerusi dan semua menda depan mata.Memang excellent!! Urut dada mak kau nak..

Encik Aril yang sentiasa cool walau di mana jua berada. Maintain emosi melihat anak dara melasak mengalahkan Boboboi!!

Kita minum milo dengan teh tarik je pagi-pagi nie untuk menambahkan kadar kalori dalam badan.Maklumlah, kejap lagi nak bersenam dengan anak.Wajib amik kalori banyak-banyak supaya peluh keluar menitik-nitik karang.
 
Sementara menunggu Speedmart buka, jomlah kita ke taman sebelah Food Court tue..Gumbira yang amat anak dara ni. Mula-mula macam takut-takut, lepas je dapat naik seround gelongsor tue, terus tak mau turun-turun dah. Berpeluhlah ketiak mama abah dia dekat taman nie.Yeay! Misi berjaya untuk kurangkan kalori dalam badan :P

Bila dah ramai sangat bebudak dekat taman, jomlah kita ke padang sebelah taman pulak..Orang takde..Seronok cikit nak main..Luas mata memandang, senang nak pantau si kecik bobok nie. Kesian, anak aku, duduk rumah tinggi-tinggi, jarang jumpa laman..Bila jumpa, eksitednya hanya ALLAH je yang tau kot..Tengok jelah ekspresi muka dia..Bangga amat!!

Yeay!!! Saya bermain dengan gumbira kerana tempat ini saya yang punyaaaaaa...Tenkiu mamaa, tenkiu abah :)

Bila dah puas main dekat padang, safiyya nampak pulak stage kat tepi padang tue. Wallah!! Memang terbaiklah bila dia ajak turun naik, turun naik berkali-kali kat stage nie..Untung-untung, keciklah sikit drumstick mama awak lepas niekan sayang :P

Hai semua, saya berjaya buat mama abah berpeluh bagai nak rak pagi nie!!
 
Lama jugak kitorang dekat padang nie. Ada dekat 45 minit rasanya sebab nak menunggu speedmart buka pukul 10..Memang letih longlai safiyya main kat sini.Tapikan, seronok sangat sebab tengok dia eksited yang amat-amat sebab bebas main dekat sini. Lain kali, boleh pergi (^_^)

Muka orang keletihan ^__________________^
 
Lepas beli susu, terus balik rumah mandikan safiyya, bagi susu sebotol, terus lena anak dara nie..Letih sangat lettewwwww!!!!!!
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017