Hari gaji, yeay! (entry semalam tapi tak sempat nak post,kiki)

Assalamualaikum
 
Harini semua orang gomen senyum sampai telingalah. Hari gajikan. Konfirm-konfirm time lunch hour tadi semua dok pakat ramai-ramai pergi makan kat tempat yang mahal-mahal sikit. Sebulan sekalikan. Apa salahnya :) Aku terkecuali dari kes tu. Harini tak makan mahal pon. Makan bihun sup je. Esokkan ada cekup kat KK. Takut berat naik lebih dari yang sepatutnya. Tak sanggup nak tengok angka 6+ berubah jadi 7+, hahaha...
 
Dah kata hari gajikan, perkara pertama yang kena setel sebelum berhibur dah tentu-tentulah hutang piutang. Dah setel bayar semua, barulah senang nak berjolikan. Bagi aku pulak, x de istilah nak berjoli dah. Semenjak dah beli rumah ni, semua perbelanjaan kena bajet. Haritu sempatlah merasa mewah kejap laki binik. Bila duit rumah dah mula potong, masing-masing kena buat bajet semula, haha. Macam nilah lagak orang yang berhutangkan. Merasa mewah sekejap, pastu semua kembali macam normal. Perbelanjaan semua kena jadi berhemah. Takpelah, aset tu. Pejam mata jelah bayar duit rumah bulan-bulan yang dekat RM1k, phewwwwwwwwwwwww.. Duduknya tidak..Rugi-rugi :(
 
Eh, aku nak tanya korang-korang yang ada anak baya-baya safiyya anak aku tu, anak korang ada habit suka korek pampers tak??? Oiiii..bahaya sungguh anak dara aku ni. Aku perasan dia kalau membuang je, mesti suka mengorek-ngorek vons dia. Pastu dia pergi cium. Yakkkk!!! Bahaya betullah. Malam semalam rasanya dah kali ketiga aku perasan. Cepat-cepat bagitau en.aril suruh bawak safiyya pergi toilet untuk cuci vons dia. Geram betul aku. Kalau sekadar air kencing je bolehlah tahan lagi dia seluk pampers dia. Ni siap ada "kuih" dalam tu, boleh pulak dia korek-korek macam feeling bebenor. Bila aku tegur, boleh pulak dia menyengih macam kerang busuk. Hailah anak. Macam mana nak bagi dia faham yang dia korek tu menda kotor ye? Kalau boleh taknaklah bagi dia korek-korek. Kotorkan?!
 
Buat masa ni, semua kejadian korek mengorek tu aku perasanlah, kalau terjadi time yang aku tak perasan, pastu dia pulak pergi pegang-pegan menda lain pulak tak ke haru :(
 
Ohoiiii...tak boleh jadi ni. Kalau korang ada tips macam mana aku nak train safiyya supaya dia tak korek "kuih" dia tu kongsilah dengan aku yerp. Aku ni dahlah tak lama lagi nak beranak. Berpantang pulak kat rumah mak. Celah mana aku nak menengok dia sokmo sama ada dia mengorek vons dia ke tak. Perhatian dah kena bagi dua. Mana nak menengok adik dia lagi, dengan aku yang belum sihat lagi (katapon dalam pantangkan). Mak aku pon bukannya sihat sangat yang boleh nak berkejar pantas bawak safiyya ke toilet. Karang bertambah haru biru mak aku dibuatnya.
 
Haaaa..hari sabtu baru ni barulah aku berkesempatan nak redeem kupon Full House yang aku beli kat Living Social aritu. Belinya dah kemain lama. Tak silap aku harini expired dahlah pon kupon tu. Nasib sempat pergi. Kononnya beli kupon tu untuk celebrate birthday en.aril. Tapi, disebabkan time nak pergi tu dia tak sihat, postponed ke birthday aku. Kebetulan masa tu boleh dikatakan setiap hujung minggu ada aktiviti, postponed lagi ke birthday safiyya. Tapi, disebabkan aku ni cerdik sangat, aku terlambat book. Nak redah je tak boleh pulakkan. Last-lastnya, sabtu baru nilah berjaya aku redeem.
 
Pengalaman aku ke tempat macam ni macam ngeri je kot! Aku rasa aku tak sesuailah pergi tempat yang ada clas macam ni. Mungkin kalau nak pergi pon aku kena biasakan diri dulu ke situ dengan orang yang dah biasa pergi, then baru boleh bawak en.aril dengan safiyya pulak. Bukan apa, aku rasa macam blur-blur je masa masuk nak cakap yang aku dah call wat reservation bagai. Maklumlah, kitorang laki bini ni standard makan kat kedai mamak je. Takpon warung-warung biasa je. Bila sesekali pergi tempat macam ni, macam jakun pon ada. En.aril lagilah tak biasa tempat-tempat cenggini. Dia serahkan kat aku bulat-bulat nak order apa semua. Stress mak hencik! Kebetulan safiyya pulak dah meragam sebab nak tido, lagiklah aku pening. Rasa macam nak cancel makan pon ada. Nasiblah dia meragam tak lama. Tepuk-tepuk, bagi susu dah tido. Mula-mula dia tido atas pangku kitorang, nak baringkan dia takde tempat yang sesuai. Adalah aku tengok tempat yang bersofa tapi tempat tu khas untuk orang yang datang makan ramai-ramai. Aku buat-buat berani je tanya waiter boleh ke aku nak tukar seat sebab anak nak tido. Nasiblah supervisor diorang bagi. Mungkin kesian kot sebab tengok safiyya tido dalam keadaan yang tak selesakan.
 
Tapi, tulah, once kitorang dah duduk situ, semua orang pandang-pandang. Kebetulan sedang elok kitorang duduk, datanglah serombongan Chinese family nak makan kat situ. Duklah sibuk tanya waiter pasal temapt duduk. Masalahnya, banyak je lagi set sofa yang kosong. Seat aku tak kacau pon tempat diorang kalau diorang nak makan. Yang tak selesanya bila semua waiter dok jeling-jeling kitorang sampailah datang sorang waiter tanya aku suka-suka ke tukar seat. Wahhh.... Dalam hati aku memang rasa tak best dah. Aku terangkanlah kat diorang supervisor situ yang izinkan aku tukar seat barulah diorang tak de nak jeling-jeling dah. Ni salah satu sebab aku tak selesa makan tempat-tempat cenggini ni. Taulah aku ni kampong sikit. Tapi, tak payahlah memanjang nak mengusha macam kitorang buat salah besar sangat, huh!
 
So far makanan kat situ takdelah terlampau sedap. Biasa-biasa je. Bolehlah. Untuk repeat lagi tu, takdelah kot. Mungkin kalau aku nak repeat pon aku akan pergi dengan kawan-kawan yang dah biasa makan kat sini. Jadi diorang lebih tau apa yang sedap atau tak kat sini :)
 
Ni antara menu yang diorder untuk redeem kupon bernilan RM80 hengget tue ye.
 
 
 Ni aku punya. Nama tak ingat. Tapi, oklah, pedas, sedap dan penuh dengan isi lala.

 
 Nie pulak en.aril punya. Nama menu pon sama aku tak ingat. Yang ni muak sikit makan. Terlampau banyak cheese kot. Tapi sebab en.aril takde deria rasa dia makan je tanpa ada perasaan. Aku tak boleh terima menu ni. Kembang-kembang tekak aku, hahaha

 
 Tak pernah-pernah pergi makan order dessert bagai. Tapi, sebab tak nak bazirkan kupon, mehlah kita order sorang satu, hahaha. Yang nie kek coklat dengan aiskrim vanilla. So so je rasa dia.

 
Disebabkan memang aku dah lama teringin nak makan bread pudding, nah, ini aku punya. Tapi, muak giler kot. Terlampau kuat rasa susu/butter. Bertambah kembang tekak mak hencik :)
 
Air pulak macam biasalah, aku order air tembikai, en.aril minum air kelapa laut. Total bil RM75. Lagi RM5 nak genap 80 henggetkan. Pandai kitorang bajet :) Walaupon tak cukup 5 hengget, no refund ye kawan-kawan. Nasiblah. Aku beli kupon RM80 ni dengan harga RM40 je. Oklah tu kan (^_^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017